Khamis, 7 Julai 2011

Isu KFC Buat Hal

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Minggu ini dan minggu lepas kebanyakkan rakyat Malaysia telah digemparkan dengan 2 buah video pendek yang mendedahkan tentang sikap 2 orang pekerja di restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia iaitu Kentucky Fried Chicken atau yang selalu disebut sebagai KFC oleh kita semua. Ramai yang marah melihat aksi itu dan tidak terkecuali juga ada yang berasa loya atau jijik apabila memikirkan mungkin ketulan ayam di dalam video itu adalah salah satu dari ketulan ayam yang penah dimakan oleh mereka sebelum ini.


 Gambar Hiasan


Gua tidak nafikan yang hakikatnya gua juga merasa jijik dan marah apabila melihat video itu tetapi gua bukannya mahu menuduh semua cawangan KFC sebegitu kerana bagi gua individu yang harus disalahkan disini ialah pekerja - pekerja yang terlibat yang berfikiran singkat seperti itu. Hanya kerana sikap - sikap yang bodoh seperti itu sahaja secara tidak langsung mereka ini telah disumpah dengan pelbagai ayat dan semestinya jika dikatakan sumpahan itu selalunya bakal terjadi. Antara lambat dan cepat sahaja! Mungkin itu balasan kepada mereka cuma yang sedihnya kepada pekerja - pekerja lain yang ikhlas bekerja. Tidak pasal - pasal mereka juga terlibat sama dan hal ini secara tidak langsung merosakkan imej restoran makanan segera tersebut.




Apa yang mahu gua pentingkan disini ialah keikhlasan dan amanah sewaktu bekerja. Ingatlah rezeki yang anda dapat itu adakah dikira halal jika begini sikap anda sewaktu bekerja? Sebenarnya untuk pengetahuan semua perkara - perkara jijik sebegini di mana - mana sahaja boleh berlaku tidak kira sama ada di gerai biasa, restoran makanan segera serta di hotel - hotel yang diklasifikasi penuh dengan bintang pun tetap juga ada kes sebegini cuma antara tahu atau tidak sahaja. Gua ada seorang kawan yang pernah bekerja di sebuah hotel yang agak ternama. Dia pernah berkata kepada gua jangan terkejut jika dikatakan di hotel juga ada perkara yang lebih dasyat lagi pernah berlaku. Salah satu contohnya air minuman pelanggan berperisa oren dicampurkan dengan air mop lantai dan apa yang mengejutkan air itu habis diminum tanpa pelanggan tersebut sedar bahawa air yang diminumnya itu sangat kotor sebenarnya.




Gua pernah bertanya kenapa dia dan rakan - rakannya melakukan hal tersebut. Kata mereka pelanggan tersebut teramat cerewet, suka marah - marah, berlagak bagus dan tidak habis - habis melenting. Disebabkan mereka terlalu geram dan mereka membalasnya dengan melakukan hal tersebut untuk kepuasan hati yang sedang membara kemarahan. Itu hanya lah satu contoh yang dapat gua beri dan gua tak mahu beri contoh yang lebih dasyat sebab nanti mungkin anda yang membaca boleh fobia apabila membayangkannya. Bukannya bermaksud disini gua menyalahkan pelanggan tersebut dan bersetuju dengan apa yang dilakukan pekerja - pekerja itu cuma gua nak cakap hal sebegini di mana - mana pun boleh berlaku jika pekerja - pekerjanya tidak amanah pada diri serta majikan mereka.




Jika mereka berpegang pada pegangan agama dan mahukan rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga pasti mereka tidak akan melakukan perkara sebegini. Jadi, kepada sesiapapun tidak kira lah anda bekerja di bahagian mana sekali pun silalah amanah dan jujur pada pekerjaan anda. Jika marah sekali pun jangan dilakukan hal - hal sebegini. Insyaallah, Allah membantu orang - orang yang bersabar dan amanah dalam kerjanya.

P/S : Masakan Di Rumah Juga Paling Memuaskan Hati Dan Bersih! (^_^)Y

59 ulasan:

  1. betul la..
    buat kerja biar la ikhlas..
    kalau dah sanggup hidangkan
    makanan tak halal kat pelanggan
    cemana la gamaknye duit gaji yang dia dapat.
    halal kah untuk dia??

    BalasPadam
  2. tapi tak patut buat cam 2 kan..pelanggan yang tak bersalah pun jadi mangsa

    BalasPadam
  3. betul buat kerja kena ikhlas..

    pasal KFC tu dirang dah jawab dalam homepage dirang..issu last year rupanya..em...

    aku still suka ayam KFC hahahha

    BalasPadam
  4. Sungguh tak berperasaan sungguh buat orang camtu... Begitulah jika diikutkan sangat rasa marah tanpa mempertimbangkan tuntutan agama... sedih betol masih ada mereka yang bersikap begini... -_-

    BalasPadam
  5. Sungguh tak berperasaan sungguh buat orang camtu... Begitulah jika diikutkan sangat rasa marah tanpa mempertimbangkan tuntutan agama... sedih betol masih ada mereka yang bersikap begini... -_-

    BalasPadam
  6. risau dah nak makan kfc pas ni...huhu...

    BalasPadam
  7. th xpe..gua penah kerja kfc tau...tu semua mesti marahkan bos..ermmm..cari laa rezeki sebaik2nyaa

    BalasPadam
  8. aku nak mkn ayam keyhepsi semalam tak jadi weh teringat video tuh, caiittt!

    BalasPadam
  9. tak baik buat camtu...
    marah sgt dgn bos dia kot...

    BalasPadam
  10. setuju dgn Diana..apa2 pon kene sabar..
    mne bole nk emosi mcm tu??
    kene terima hakikat awal2 jgn main2 dgn org lapar!
    buruk padahnye!Ekekekeek!!
    Nasib bek la Cik Mendezz mmg spesis lg suke masak kt uma dpd mkn kt luar.. =)

    BalasPadam
  11. adoiyaii...br tgk vdeo tu..huhu..kembang tekak

    BalasPadam
  12. Terussss aku laporrrrrrrrrrrr..


    Makan Pizza ke, mcd ke.. jangan KFC.. huhuhu

    BalasPadam
  13. ntah apa2 la individu yg wat keje budus tu. tak patut betol. T__T tp dgr cite itu kisah lme kn? T__T

    BalasPadam
  14. semuanya terletak pada mentality seseorang tu kan...

    kot yer pun marah...tak perlu emo..sampai buat benda2 yg bodoh...positif la...

    Allah tu maha mengetahui kan...setiap perbuatan pasti ada balasannya.... ;)

    BalasPadam
  15. ramai yang share video tuh tapi belom pernah tengok lagi. susah dapat pekerja yang pentingkan diri sendiri ni. tak fikir orang lain =___=

    BalasPadam
  16. video dia tunjuk apa ya... tak pernah tgk la

    BalasPadam
  17. dulu masa aku kerja shakey's
    ada sorang brader ni marahkan kastemer.. dia ludahkan ayam dulu sblum dia serve kastemer tu...
    aku xde kat tempat kejadian

    hehehe

    BalasPadam
  18. yup..sincerity is important..aku rs..before hire any job kan..better majikan screening btul2 la employee 2..biasela..aku tgk kat tg mlim ni..budak yang nak kerja kat kfc ni bdk2 nakal kat skola....tu yang aku pnh tgk kat tmpt aku la..

    BalasPadam
  19. lain kali kalau nk tegur over sket pkerja tu,wat lps mkn..slmt..hahha:P

    BalasPadam
  20. kta kerja mst ikhlas dan sabar. tak tengok video tu sbb msh mahu mkn KFC...

    BalasPadam
  21. dsgusting gla kan??
    depa xphm kot keja tu pown ibadat

    BalasPadam
  22. kalau tak suka keje then menggangur je ar. betul tak? ni nak rosakkn nama kfc. tak pasal2 kfc kena bertanggungjawab dek ada pekerja yang ntah aper2 ntah..

    BalasPadam
  23. makan kt rmah lagi terjamin tp nak buat cam ner,masuk pintu kete je-jalan dah nampak KFC.nak terjerik nak,nak...aduh...mintak2 dijauhkan drpd segala yg tak baik...selesema lah pulak hari ni...

    BalasPadam
  24. memang marah betul bila tengok 2 klip video tu. biadap dan tak amanah. tapi kita semua kena tahu..bukan semua outlet kfc terjadi mcm tu...dan bukan semua staf kfc macam tu. hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. hilang keyakinan pelanggan.

    pagi tadi ada tengok klip permohonan maaf dari KFC..insiden tu jadi tahun lepas. pekerja tu dah berhenti dan polis pun dah buat siasatan.

    BalasPadam
  25. Saya belum tgk video tu lg, tp sy pernah ada pengalaman sebelum ni bila sorg pekerja KFC bersikap kurang ajar & x hormat customer langsung..& sy sndiri pernah nampak cara dorg handle makanan tu secara x bersih..huhu..
    Bekerja tu biarlah ikhlas kan....

    BalasPadam
  26. btol tu..nak buat kerja kena laa ikhlas kan.. sbb duit yg kita dapat tu dari kerja kita tu juga.. tu laa rezeki kita..

    Tiap2 pagi..masuk keje.. suka baca ayat motivasi ni..

    "saya bekerja kerana perintah Allah, saya bekerja untuk sukakan Allah, saya rajin bekerja saya berjaya, saya malas kerja saya gagal, Allah bersama saya semua kerja saya boleh buat"

    BalasPadam
  27. Nice one hans, very thoughtful :)
    Share la 2 ketul video kfc tu, xpenah tgok lagi. huhu

    BalasPadam
  28. betul tu x patut kita judge semua mcm tu.. nnti jadi mcm kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. tapi wat masa skank mmg xleh makan lagi KFC.. moga2 pekerja yg terlibat tu sedar akan perbuatan salah mereka..

    BalasPadam
  29. tak tgk pon vid tu coz tak brani tgk . uhuuhu .



    orang yang sabar dan ikhlas di sayang tuhan . kan ? :)

    BalasPadam
  30. nasib baik aku lagi suka mekdi dr kepsi..


    last makan kepsi 2 minggu lepas. n taktau bila next akan makan kepsi.

    BalasPadam
  31. betul laa .. takkan kita plak nak takut2 dgn tmpt makan ..

    patut diorang pon kena laa amanah .. orang datang bayar duit kot .. kalau free tak pe gak nak marah2 ..

    BalasPadam
  32. pihak pengurusan KFC kena la buat siasatan. dah la hanie suke makan KFC..macam mane ni..ish..bongok tol la pekerja yang buat bende tak guna tu..

    BalasPadam
  33. mereka ni bodoh sebenarnya... tkde akal... suara pun org melayu... buat aku lagi marah... melayu nak makanan bersih halal... tapi melayu jugak yg buat kotor... malu aku...

    BalasPadam
  34. betul tu,

    ikhlas,, amanah dan tanggungjawab..

    jika tidak ikhlas dgn amanah yang diberikan..
    maka kita akan menjadi tidak bertanggungjawab..serta cuai dan leka akan tugas y diberikan..

    (^^,)...

    BalasPadam
  35. ish ish.
    buat keje kenalah ikhlas. nie org lain plak jdi mngse.

    BalasPadam
  36. knp aku rasa mcm katak dibwh tempurung? hahaha, nak tengok jugakkkkk videoooooooo tuuuuuuuuuuuuuuuu!

    BalasPadam
  37. tak habes3 dengan isu kepsi nih.
    ish3.

    BalasPadam
  38. mula2 kat kasut kemudian main perah2 pulak.. apepun harap syarikat kfc lebih berhati2 pilih pekerja.. risau nk mkn kfc pasni huhu

    BalasPadam
  39. skit haty gak tgk video tu..ko yer pn tension..jgnlah smpai kredibilti dlm kje jdi target board plak

    BalasPadam
  40. sebenarnya sebab staf kitchen sorang tu je,
    nama kfc dah tercemar
    pesaing pun ape lagi, sebar kan video tu luas2
    tapi rasanye kfc okay, dia dpt pengiktirafan gred A dari tahap kebersihan and sijil halal,
    kalau kita meragui, maksudnya kita meragui jakim dan badan berkaitan

    BalasPadam
  41. lepas tsebarmya video tu kan Hans, trasa ragu-ragu nak singgah kfc
    kalau dulu, selalu!
    tah la..later recover blk la kan..jejak kaki d kfc balik =P

    BalasPadam
  42. entah, orang zaman skrg sangat bangga membuat salah & dosa (siap rakam...), cool la kononnya..hampeh!

    BalasPadam
  43. buat lah sesuatu secara ikhlas. jngn bila geram dan nak marah dengan pelanggan buat macam2.. jngn kita nak mengadili mereka, biar lah Allah s.w.t yang mengadili mereka jika pelanggan itu salah.

    BalasPadam
  44. sedang elok2 jer aman damai..pastu tambah lagi diorang wat perangai camtu...

    BalasPadam
  45. lepasni kene pikir lapan kali nak makan kat kedai. errr makan kat rumah nasik telur kicap lagi bagusss

    BalasPadam
  46. kerja kalau tak ikhlas tu tak berkat

    takut jgak kalau dorg buat makanan mcm tu, nnt pelanggan dpt penyakit mcm mana?

    yg penting gunakan akal dalam melakukan sesuatu perkara :)

    BalasPadam
  47. tayang la video cemana pun..tang bedal tu bedal jugak..hehe

    BalasPadam
  48. makanan kat rumah lagi best...KFC dah tak sedap sekarang!:D

    BalasPadam
  49. kalau ikutkan memang lah bengang kat customer....tapi kesabaran yg membezakan nya...:P

    BalasPadam
  50. trliur lak tgk kfc tu~

    jom baca review skali lagi
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/movie-review-sekali-lagi.html

    BalasPadam
  51. blum dapat keje, susah mencarik

    dah dapat keje, cam hampagas

    apadaaa

    BalasPadam
  52. tak patut sungguh die orang ni
    sedih gila aku tgk video tuu

    BalasPadam
  53. ayam KFC tetap sedap dimakan,tp takleh selalu nnt lemak bertambah2..kalau pun sakit hati jgnlah buat mcm tu kan..*_*

    BalasPadam
  54. setuju sangat...bila tengok video tu rasa marah pun ada,ye la barang makan dibuat macam tu...benda macam ni takkan terjadi kalau bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab dalam diri..tahu betapa beratnya amanah yg dipertanggungjwabkan...dan juga rezeki halal dan haram dari apa yg dibuat..


    *baik makan rumah jer lg bagus,dah tentu tahu bersih ke tak makanan yg dimasak..;)

    BalasPadam
  55. rindu nak makan kfc. tpi sbb jauh, tahan je la. makan ayam kat pasar malam pun sodap jugak.

    BalasPadam
  56. ikhlas tu penting dalam bekerja
    apatah lagi melibatkan nak bg orang makan..

    nampaknyer terpaksa makan kat umah..

    sebab diri sendiri dan keluarga jer yg paling amanah utk saya..

    BalasPadam
  57. sbb tu la klu sy order makanan kay mana2 restoran.. sy akan jg tingkah laku.. tanak bersikap kerek,cerwet.. kerana ia akan mengundang rasa tidak puas hati staff pada pelangggan,,

    BalasPadam
  58. tu ar aku mmg marahhh..
    tapi kalau kita nk
    makan ape2..mesti bace bismilah..
    insyaAllah..makann yg kita makan
    tu ok..=)

    BalasPadam
  59. btol hans...kerja tu amanah..kenala buat dgn ikhlas..malu btol tgk video tu...yg buatnya org kita gak..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com