Juvana Episod 11

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hohoho! Seperti biasa pada setiap malam Isnin maka drama bersiri paling digemari dan dinanti ramai ketika ini iaitu Juvana akan bersiaran di TV3 tepat pada jam 9 malam. Drama bersiri ini kini tinggal lagi 2 episod sahaja lagi dan rating penonton untuk setiap minggu semakin tinggi dan cukup mengagumkan disebabkan jalan ceritanya yang unik dan lain dari yang lain.




Untuk episod 11 drama Juvana pada minggu ini, Komeng akan kembali semula ke sekolah Juvana manakala Botak pula sudah mulai kehilangan pengaruhnya kerana pelajar lain sudah berani melawan dan ada yang berani pula membelasah Botak. Manakala, Daim pula di dapati menyerang Kedah dengan mencekik lehernya sambil cuba ditenangkan oleh pelajar - pelajar lain. Bagaimana Daim yang sebelum ini begitu lemah - lembut boleh menjadi begitu agresif terhadap Kedah? Apakah yang akan terjadi terhadap Kedah? Adakah Kedah terlibat di dalam kematian ibu Daim? Jadi, jangan lupa menyaksikan drama bersiri Juvana episod 11 pada hari Isnin pukul 9 malam hanya di TV3!





Episod 11 Juvana

Episod kali ini menunjukkan bukti bahawasanya Daim memang tidak bersalah dan langsung tidak membunuh ibunya. Kedah menceritakan sejarah silam yang hidup terumbang - ambing di jalanan gara - gara dibuang keluarga angkatnya. Suatu hari sewaktu Kedah melarikan diri dari seorang peniaga makanan beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki yang membantunya daripada dihantar ke pihak polis. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang penipu dan perompak lalu mengajar Kedah pelbagai perkara jahat. Suatu hari lelaki ini merancang untuk merompak rumah seorang janda kaya dan kebetulan itu adalah rumah Daim. Jadi, apabila tiba masa yang sesuai dan melihat Daim tiada di rumah maka lelaki ini memecah masuk rumah tersebut tetapi tidak disangkanya terdapat seorang lelaki lain di rumah tersebut. Sewaktu pergelutan berlaku dan akhirnya lelaki tersebut menikam lelaki yang dipercayai kekasih gelap ibu Daim. Ibu Daim juga turut ditikam kerana menjerit meminta tolong. Kedah pula sewaktu itu tidak berada di tempat kejadian kerana disuruh menunggu di taman permainan.

Daim yang terasa begitu marah kerana merasakan beliau teraniaya sehingga dihantar ke sekolah ini tidak dapat mengawal kemarahannya lalu menyerang Kedah namun berjaya dileraikan oleh Apek, Ayam dan lain - lain. Atas nasihat cikgu Zakiah maka Daim berjaya ditenangkan dan Cikgu Zakiah berjumpa dengan Cikgu Raja untuk meminta beliau membantu Daim. Namun Cikgu Raja tidak mahu membantu kerana bagi beliau tiada apa manfaat pun yang beliau akan dapat jika membantu Daim dibebaskan daripada sekolah tersebut. Tetapi, atas kepintaran Cikgu Zakiah yang cuba memanipulasi kes ini dengan cuba mengatakan bahawa imej Cikgu Raja akan dipandang mulia apabila nama beliau terpampang di dada akhbar jika membantu Daim di bebaskan maka Cikgu Raja pun sedia membantu. Maka, pengakuan daripada Kedah dan Daim dirakam untuk dijadikan bahan bukti.

Botak pula sudah tidak lagi ditakuti oleh sesiapa pun kerana masing - masing sudah tidak mahu lagi hidup dibawah ketakutan gara - gara sikap Botak yang suka memaksa dan memukul. Komeng pula kembali ke sekolah Juvana dan diterima ramai. Kemudian, Kedah mendapat satu berita baik bahawa beliau telah dibebaskan dan akan dihantar ke rumah anak yatim dan kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat yang baru. Daim meminta maaf pada Kedah dan mereka kembali berbaik.

Babak yang paling mengharukan ialah sewaktu hari terakhir Kedah di sekolah tersebut di mana beliau meminta maaf kepada semua termasuk Botak. Bagi aku adegan itu begitu kuat kerana Botak juga sebenarnya menyayangi Kedah dan itu amat menyentuh hati. Nampaknya, Cikgu Raja mula menuntut janji daripada Cikgu Zakiah jika Cikgu Zakiah mahu membantu Daim untuk dibebaskan.

Jadi, untuk minggu hadapan iaitu pada episod 12 nanti penonton akan ditunjukkan adakah Daim berjaya dibebaskan? Adakah Cikgu Zakiah terpaksa menunaikan janji beliau sebelum ini kepada Cikgu Raja? Apakah rahsia Cikgu Raja yang tidak diketahui oleh orang lain? Sama - sama saksikan Juvana episod 12 pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama hanya di TV3.

P/S : Sedih Watak Kedah Sudah Tiada Pada Episod Akan Datang!  

40 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. x sabar nak tgk kejp lgi terutama part daim bantai kedah tuh...

    BalasPadam
  2. eh tgl 2 episod je lg? byk da yg tgl ni. nk kne tgk dkt tv3.com ni hehe

    BalasPadam
  3. kesian daim kan..tp kesian jgk kt kedah tu, dia xtau apa2 huhu tp dia blh jd saksi kan..

    BalasPadam
  4. Sy x pernah tgk cerita ni sampai habis, dad sy slalu tukar channel..dia ckp Juvana ni crita ganas. :p huhu.
    Nasib baik ada tonton.com kan..hehe..

    BalasPadam
  5. dah abes tgk....x sabar la plak nak tgk next episode...pehal ending dia td cmtuh td..aissshhh~

    BalasPadam
  6. rjinnya dia cite psl cite juvana ni..=)

    BalasPadam
  7. aaaahh..aku x tengok..demmm..huhu

    BalasPadam
  8. aduh.. dh terbaca sinopsis plak.. tunggu nak download.. xleh tgk keja malam... :(

    BalasPadam
  9. iyala..boring xda si Kedah lg nnti huhu

    BalasPadam
  10. makin menarik.. apalah cikgu raja tu nak buat sebenarnya..

    BalasPadam
  11. terasa macam nak layan juvana gak la wahai kembar.haha

    BalasPadam
  12. rajinnyaaaaaaaaaaa update juvana niiii!

    BalasPadam
  13. yeahh. thanx hanss! sayang kau lebeyyy! ^^

    BalasPadam
  14. dah nak episod last2 ni baru aku nak layan citer ni.. haha!!

    anyway, satu je yg aku tak berapa suka dalam episod kali ni.. watak lelaki homeless yg Kedah kenal tu tak berapa sesuai la.. Homeless, tapi hensem dan terurus.. siap ada baju cantik2 lagi..

    BalasPadam
  15. sekali pon x pernah tengok citer nh,,huhu..

    BalasPadam
  16. Sediiiih KEDAH x ada.....
    Minggu depan watak WARDEN RAJA plak timbul.. yang hanya nak kan nama je...

    Bengang aq dgn RAJA...

    BalasPadam
  17. suke citer ni..
    tapi x leh tgok...
    x der tv... huhu

    BalasPadam
  18. minggu depan rasanya Daim macam kena sabotaj je.. Cikgu Raja tu macam jahat benau orangnya...gila kuasa lak..

    BalasPadam
  19. xpena tgk cite ni sebab mak xbagi, tp aku pon xminat..

    BalasPadam
  20. gila sedih episod kali ni

    serius

    BalasPadam
  21. aku x minat lak cte nie..ak minat cikgu zakiah tu je.hahaha

    BalasPadam
  22. malam tadi ade hal, xdpt tgk juvana nie....ley la intai2 kat sini kan...hehe

    BalasPadam
  23. rasa macam cikgu raja tu taknak tolong daim je.... sbb tu dia lepaskan kedah. tengok preview minggu depan nampak daim macam tensen je.

    BalasPadam
  24. salah mak daim gak..g cakap suami die takde kt org yg die tak kenal..lepas tu bagitau kat rumah tu die ngn daim yg ade..hurmm..

    BalasPadam
  25. aku rase ko ni btol2 peminat la citer nih
    hehehe
    aku cm nk tengok tp ayah aku suke tukar channel len bila tayang citer ni.. cne nak tengok.. waaa

    BalasPadam
  26. masih ada kes juvana ah.. dah lama tak tengok :)

    BalasPadam
  27. Warden Raja tu bapa Daim kot...hehe....

    BalasPadam
  28. best kan.tapi dah nak habis dah..eh pasni cite ape pulak?

    BalasPadam
  29. sayangnya PCL klesh selalu..

    BalasPadam
  30. suke tengok ke??anis dari 1st lg juvana yg tengok anis..huuuu

    BalasPadam
  31. hhehe, sebenarnya yang raja tu adalah bapak daim! wakakaka :P

    BalasPadam
  32. x suka dgn warden raja tu..apalah yg dia akan buat kt episod akan dtg nnti, emm

    BalasPadam
  33. tak salah aku cikgu raja tu macam jahat jek =,="

    benci pulak aku tengok cikgu ariffin tu.. grrrr

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama