Juvana Episod 13 (AKHIR)

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Hohoho! Seperti biasa pada setiap malam Isnin maka drama bersiri paling digemari dan dinanti ramai ketika ini iaitu Juvana akan bersiaran di TV3 tepat pada jam 9 malam. Drama bersiri yang mempuyai 13 episod ini kini sudah sampai ke penghujungnya dimana malam ini merupakan malam terakhir drama Juvana bersiaran di TV3 dan seperti biasa rating penonton untuk setiap minggu menunjukkan jumlah yang agak tinggi iaitu melebihi 2 juta penonton dan ini cukup membanggakan.




Untuk episod 13 iaitu episod terakhir drama Juvana pada hari ini, penonton akan ditunjukkan apakah yang akan berlaku kepada Daim dan rakan - rakannya dimana bagaimana mereka cuba melepaskan diri daripada penjara untuk menyelamatkan diri dan Cikgu Zakiah. Tidak dilupakan juga apakah nasib yang bakal menimpa Cikgu Zakiah yang dikurung di dalam sebuah bilik dimana tudungnya dilucutkan oleh Cikgu Azmee! Persoalan lain yang timbul ialah adakan Cikgu Ariffin yang dikenali dengan sikap panas baran turut sama bersubahat dalam hal ini atau beliau sebenarnya cikgu yang baik dan bakal membantu menyelamatkan Cikgu Zakiah? Apakah yang akan terjadi kepada Cikgu Raja, Tony, Botak dan Cikgu Azmee? Sama - sama saksikan Juvana episod akhir pada hari ini di waktu yang sama iaitu pukul 9 malam hanya di TV3.


 

 


Episod 13 (Akhir) Juvana 


Episod akhir kali ini menunjukkan bagaimana semua pelajar sekolah Wira Bakti bekerjasama untuk melepaskan diri daripada tahanan atas arahan Warden Raja yang terbukti bersalah mencuri duit peruntukkan untuk sekolah tersebut. Cikgu Azmee rupa - rupanya telah bersubahat dengan Cikgu Raja sejak sekian lama dan apa yang mengejutkan Cikgu Ariffin yang sebelum ini dikenali sebagai cikgu yang bengis tidak termasuk di dalam pakatan tersebut. Botak pula kerana perasaan tidak puas hatinya yang meluap - lupa terhadap Daim dan Cikgu Zakiah yang baginya punca pelajar - pelajar lain tidak lagi menghormatinya telah membuat keputusan untuk menyertai pakatan Warden Raja, Cikgu Azmee serta Tony. Botak mencadangkan agar Cikgu Zakiah dibunuh dan Cikgu Ariffin mula mencari jalan untuk menyelamatkan Cikgu Zakiah.

Perancangan awal yang dilakukan oleh semua pelajar - pelajar sekolah Wira Bakti untuk melepaskan diri daripada penjara sekolah berjaya apabila salah seorang daripada mereka berpura - pura diserang asma. Mereka menyerang pengawal keselamatan dan melarikan diri keluar daripada sel penjara dan cuba menyelamatkan Cikgu Zakiah. Namun, akhirnya mereka semua berjaya ditahan semula kecuali Gaban manakala Daim telah ditikam oleh Botak yang begitu marahkannya walaupun Daim cuba untuk mengubah pendirian Botak. Cikgu Ariffin pula telah ditikam oleh Cikgu Azmee sewaktu beliau cuba menyelamatkan Cikgu Zakiah.

Kebanyakkan pelajar mulai putus asa apabila melihat keadaan Daim namun atas semangat yang ditunjukkan Daim yang tidak pernah kenal erti putus asa akhirnya mereka semua kembali bersemangat dan dengan taktik baru iaitu dengan cuba mengapi - apikan Tony menyebabkan mereka berjaya lari dari dalam sel penjara sekali lagi. Manakala kebijaksanaan Cikgu Zakiah memanipulasikan pemikiran Cikgu Azmee menyebabkan beliau sempat menasihati Botak walaupun Botak kelihatannya langsung tidak ambil kisah dengan apa yang Cikgu Zakiah katakan padanya.

Namun, polis telah diberitahu dahulu tentang kejahatan yang dilakukan oleh Warden Raja dan beliau akhirnya ditangkap bersama dengan Cikgu Azmee. Walaupun bahan bukti iaitu rakaman pengakuan sumpah Kedah dan Daim telah dicampak ke dalam unggun api oleh Warden Raja namun atas bantuan Cikgu Zakiah dan Nadia maka akhirnya Daim dibebaskan. Botak pula telah meminta maaf kepada semua dan menyesali perbuatannya. Kesemua pelajar akhirnya menyanyangi Daim dan berterima kepadanya kerana telah berjaya mengubah mereka menjadi manusia yang berani terutama Apek.

10 tahun kemudian, Daim kembali ke sekolah Wira Bakti dan berkhidmat sebagai guru disana bersama Cikgu Zakiah manakala pelajar - pelajar lain juga telah berjaya di dalam kehidupan masing - masing. Episod akhir kali ini begitu menarik dan menghiburkan pada pandangan aku kerana watak Daim tidak diubah menjadi kuat secara tiba - tiba untuk menewaskan Botak yang gagah dari segi fizikal dan bagaimana setiap karakter yang dibentuk begitu bermakna walaupun kemunculan mereka hanya seketika. Tahniah kepada semua krew dan pelakon drama bersiri Juvana kerana drama ini sememangnya menarik, hebat dan penuh dengan pengajaran. Tahniah sekali lagi!

P/S : Harap - Harap Ada Juvana 2! (^_^)Y

50 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cishh.. aku ingat dh kuar video episod akhir tu.. haha..
    x sabar aku nk tgok episod last..

    BalasPadam
  2. wah wah...keless sguh ikot dr awal hga akhir

    BalasPadam
  3. owh setiap malam ahad aku mesti tggu ko update pasal citer juvana nih...hehehe...x sabar nak tgk last episod ;)

    BalasPadam
  4. sori bro.x leh nk komen.best ke tk sbb tk tgk pun citer ni.ngeee~

    BalasPadam
  5. berdebar-debar tunggu ending cite ni mlm nnti..

    BalasPadam
  6. x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar x sabar

    BalasPadam
  7. aku rase cikgu arifin tu tlg dia la nnt. nampak je cam jahat n baran kan.huhu.

    BalasPadam
  8. harap2 malam ni sempat tgk citer ni.. huhu

    BalasPadam
  9. x sabar nk tgok episod last mlm ni....

    BalasPadam
  10. episod last kan malam nih! pasti tonton!! :)

    BalasPadam
  11. tu arrrr...cant wait..
    hahahahahaha..weh wehhhh..
    aku nk tgk si botakkk tuuu
    mg kene ar ngan daim pas ni..
    ekekekeke...
    mesti teruja lahh tgk
    episod last ni haha

    BalasPadam
  12. ala, tak suka betul bile cite best dah nak abis ...huhu....
    minta2 la kesudahan nye gempak!

    BalasPadam
  13. as salam..
    yeah! kemuncaknya malam ni? sekali tiba2 ada masalah. letrik putus, tv rosak. hahaha~

    sabar~ =)

    sekali rupa-rupanya cikgu ariffin, mastermind utama. haha

    BalasPadam
  14. wajib tengok malam ni...final tuuu..*_*

    BalasPadam
  15. tak sabar nak tengok botak... weee ;)

    BalasPadam
  16. mesti tengok malam ini sebab episod terakhir..(:

    BalasPadam
  17. harap dpt tengok mlm..coz mlm ni ada taklimat perasmian lak..adoi..

    BalasPadam
  18. grrr...aku benci cikgu azmi tu..huh =,="

    BalasPadam
  19. mesti ramai yg nk tgkk..ak tgk 1st episod pastu xde mase nk tgk dh.kehkehkehhh

    BalasPadam
  20. salam..aku layan citer ni dari eps 1 lg kat rumah..tapi, bila dah masok kolej aku layan kat you tube je....tv kat kafe pon x de sore..sedey..harap episod akhir ni gempak...

    BalasPadam
  21. akhirnya daim jadi cikgu kat sekolah wira bakti :)

    BalasPadam
  22. tgk ep pertama je, tu pun sebab kena review

    BalasPadam
  23. mesti ramai terpikat dengan cikgu daim tu tadi.. hehe

    BalasPadam
  24. ahaha...kicap dak skola ak kot...
    dak form5..
    bapak klaka ar tgk ...

    BalasPadam
  25. hi...hi...hi... episod dulu-dulu x layan Episod last layan pulak.

    BalasPadam
  26. sgt best..penuh aksi menarik..
    dlm serius..ada gak selit lawak.. part nak jadi hero tu..haha

    BalasPadam
  27. malam tadi punya emo tengok cite ni..ahahaha...

    BalasPadam
  28. mesti ramai yg bleh menarik nafas lega daa pasne.

    BalasPadam
  29. yeahh. jahat semua kene tgkap. :D

    BalasPadam
  30. wah.. terus ada rebiu..thanks2.. tak sabar nak tengok :D

    BalasPadam
  31. walaupun tidak sempat utk menonton, tetapi dgn mmbaca sipnopsis oleh tun hans.. rasanya sudah berpuas hati..

    terima kasih..

    BalasPadam
  32. thanks pd hans sb buat suma review ni. last episod mg best!!! mantap! =)

    BalasPadam
  33. episod pengakhiran yg memuaskan! XD

    BalasPadam
  34. as salam..
    tak dapat tengok

    =_=

    kena donlod tengok la jawabnya

    >_<

    terima kasih! review yang menarik!
    macam pakcik dapat bayangkan bagaimana latar jalan ceritanya

    =)

    by: fadzli-rt

    BalasPadam
  35. hoyeah! puas hati dgn ending..kuikui

    daim jadi cikgu kat skolah tu balik xP

    BalasPadam
  36. Juvana best. Tapi pada pendapat I lah... episod akhir tak logik dan merosakkan segalanya.

    Mana mungkin semua yang terlepas boleh kena tangkap balik?

    Mana mungkin Daim yang kena tikam kat perut yang pada mulanya macam nak mati tapi kemudiannya macam tak sakit jer?

    Dan... beberapa persoalan lagi...

    Bikin anti-klimaks jer...

    BalasPadam
  37. agak best la dr cite2 melayu yg typical drama melayu slalu tu..huhu

    BalasPadam
  38. lepas nie ada juvana the movie plak.. :D

    BalasPadam
  39. Hans!!!cite nie dah abis...uwaaaaaaa
    rs nak tgk lagi & lagi
    if ada movie..kita g tgk sesama nak? hahaha
    hr tu time tgk cite nie, if ade no tepon Hans..mmg sure dah msg2!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama