Sabtu, 23 Julai 2011

Kembali Menjadi Si 'Buta'

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua baru perasan satu benda yang bila gua - gua fikir balik ada kebenarannya. Ramai kawan - kawan gua kata gua pandai jaga barang. Gua tak tahu lah itu betul - betul pujian atau sebaliknya tetapi gua percaya sebab barang - barang gua memang lambat nak rosak tetapi yang buat gua sedih bila benda - benda nih rosak mesti mereka akan rosak serentak atau senang cakap pada bulan yang sama. Macam laptop gua nih bila dah nak masuk usia 5 tahun barulah ada masalah - masalah kecil yang berlaku tetapi masih gagah digunakan.


 Perlu Beli Jeans Baru Nih!


Seluar jeans gua pun yang berusia 5 tahun pun elok jer gua guna walaupun gua selalu pakai tetapi lepas pakai mesti gua akan basuh(ada orang seluar jeans sebulan sekali baru basuh!). Baru - baru ni tiba -tiba seluar jeans kesayangan gua terkoyak dekat lutut pula! Hahahaha! Gua tak buang sebab mana tahu nanti reunion tiba - tiba diorang kasi tema Rock Kapak ker apa memang gua rembat pakai seluar jeans tu lah! Hehehehe!


Gambar Tak Ada Kena Mengena Dengan Entry


Sekarang yang memberi gua satu lagi masalah ialah cermin mata gua yang berusia 4 tahun setengah ini! Tiba - tiba saja cermin sebelah kanan gua 'luruh' daripada bingkai cermin mata secara tiba - tiba. Walaweh! Gua rimas lah tak ada cermin mata! Macam mana nak online dengan tengok televisyen! Fikir punya fikir akhirnya gua guna salotip dan lekatkan balik cermin tu dekat bingkai! Walaweh! Gua rasa macam lawak pun ada bila tengok cermin mata gua bersalotip nih! Hahahaha!


Harap - Harap Cermin Mata Lama Dapat Diselematkan!


Jadi, esok gua mungkin akan pergi kedai Optometrist untuk bertanya adakah cermin mata gua nih masih mampu diselamatkan atau adakah gua perlu membuat cermin mata baru? Gua harap masih mampu diselamatkan! Kalau tidak habis duit dalam tabung nak buat cermin mata baru! Sob Sob Sob!

P/S : Sebelum Cermin Mata Gua 'Sakit', Gua Sedang Berangan - Angan Nak Borong Makanan Dekat Pasar Malam Dan Akhirnya Ia Memang Menjadi Sekadar Angan - Angan! Sob Sob Sob!


20 ulasan:

  1. bro pakai kanta besar je..hehe

    BalasPadam
  2. slua jeans tu mybe blh tmpal something funky plak kat tmpat koyak.. so, bile ada tema funky, blh pkai slua tu..
    then, bfore btol2 nak buang, blh la kerat dua2 kaki slua, buat jadi short jeans.. :P

    BalasPadam
  3. Waa lepas ni semua baru :D

    BalasPadam
  4. pergh! lamenyer spec bertahan sampai 4thn ... kire bersyukur lah 2 tau, hehe~

    BalasPadam
  5. pinjam cermin mata Harry Potter jelah... hahah (^__^)V

    BalasPadam
  6. Kalau part cermin mata tu mmg payah sikit.. Aku biasa ganti dalam 3 - 4 tahun sekali...

    BalasPadam
  7. kedai Optometrist.. keh3x..
    alahai hans... xeffect pon kalo g borong mknan kt psr mlm tu

    BalasPadam
  8. memang meminta yang baru lah tu maksudnya....hehe

    BalasPadam
  9. kalau macam ni, boleh berjimatkan, tak payah shoping selalu hihi

    BalasPadam
  10. slama pkai spek rsenya tiap tahun tukar spek kot..paling lame pun tak smp 2 tahun..dh tukar yg br..huhu..

    BalasPadam
  11. beli je yg baru..guna pama je le..hehe..kan bawah tanggungan lagi

    BalasPadam
  12. dah sampai masa nak kena tukar ar tue. nak yang baru lak. hehehe..

    suar jeans tu jgn buang dulu. potong je jadik seluar rumah ke..

    banyak jeans gua, gua potong paras lutut. pakai kat rumah jek. hehehe.. jimat.. jimat..

    BalasPadam
  13. ok la tu cermin mata salotip...style apa..haha :D

    BalasPadam
  14. haha..alahai..pakai spek mata salotip lak..

    xpa2 ;pi repair cepat2. ~ hehe

    BalasPadam
  15. bro tun hans
    kira pujian tu memang betul2 pujian..

    memang pandai jaga barang..
    tp kalau seluar jeans tu
    g la kedai
    jahit zig zag.. tak mahal pun, rm 8jer.. cantik bro.. cam stylo lepas tu..

    apapun
    laptop yg spec tu
    saya tak tau..

    BalasPadam
  16. barang2 ni dah adakan meeting utk 'sakit' sama2 kot..haha

    BalasPadam
  17. pakai spek mcm aku!!kompom tahan lasak..

    BalasPadam
  18. baguih la, jimat cermat amalan mulia, jangan jadi macam saya

    BalasPadam
  19. bagus ni buleh simpan n jaga barang lame2...klu ezay jenis tak cekap sket..takpe2 janji boleh pakai..

    nak kene tuko cermin mate baru tuh..hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com