Netbook - Jenama? Harga? Kelebihan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua petang tadi pergi lah sekejap ke PIKOM PC Fair dekat Star Parade, Alor Setar sebab nak usha - usha netbook untuk menggantikan laptop(notebook) gua berumur 5 tahun yang tengah nazak nih. Gua cuba usha harga, jenama dan apa yang mereka tawarkan tetapi gua tidak pasti jenama apa yang bagus sebab kebanyakkan perisian dan software yang mereka tawarkan tu semuanya lebih kurang sama jer. Hahahaha!

 Gua Berkenan Gila Dengan Netbook Acer Nih Tadi!

Gua sangat tertarik dengan rekaan serta warna netbook jenama Acer yang berwarna putih dengan harganya yang agak murah iaitu RM899 sahaja. Tetapi, selepas bertanya pandangan rakan - rakan lain ramai yang berkata jenama ini mudah mengalami masalah selepas 3-4 bulan menggunakkannya. Memandangkan gua pun menggunakan laptop Acer sekarang jadi gua tak nafikan lah laptop gua nih ada mengalami masalah tetapi selepas 3 tahun lebih gua menggunakannya. Ramai kata gua pandai jaga barang.

Gua Tak Jumpa Pun Inspiron Mini 10 Netbook Nih!

Gua ada dengar netbook jenama Dell adalah yang paling superb apabila dikhabarkan kurang kedengaran masalah yang dihadapi selepas lama menggunakannya dan bateri juga tahan lama serta banyak juga kelebihan lain seperti ketahanan keypad dan sebagainya tetapi harganya pun boleh tahan hebat juga lah dalam lingkungan RM1100. Hahahaha! Tetapi, tadi gua usha dekat laman web Dell ada pula netbook yang harganya sama macam jenama Acer tadi tetapi tak pula gua jumpa dekat PC Fair tadi. Aneh!


Gua juga diberitahu netbook jenama Asus dan HP juga agak bagus dan kurang masalah yang dihadapi penggunanya. Harga pula agak menarik kerana mengikut tinjauan gua tadi lebih dari RM1100. Hahahaha! Gua pun tak pasti macam mana! Mungkin gua akan kembali pergi kesana untuk melihat dan membuat perbandingan apa yang patut tetapi masalahnya esok adalah hari terakhir Karnival PIKOM PC Fair. Hahaha!


Gua rasa mungkin gua terpaksa menangguhkan seketika hajat gua untuk membeli netbook. Apa - apapun, tiba - tiba gua dah terhasut untuk membeli netbook jenama Dell kerana mengikut ulasan daripada member - member gua yang pakar dalam hal berkaitan gadget nih sememanng jenama Dell sangat bagus dan kurang kerenah. Entah lah! Ada rezeki dapatlah gua membeli netbook baru atau mungkin terpaksa menunggu sehingga gua yakin dan mampu membelinya.


Apa pula pendapat korang? Korang rasa netbook jenama apa yang paling bagus? Kongsikan di ruangan komen yer!

P/S : Malam Nih Bila Tidur Mesti Mimpi Dapat Netbook Baru! Sob Sob Sob! :-(

34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. saya ni kurang ambil tau sgt pasal gajet2 ni..

    tp dari dulu sukakan brand compaq..

    tp ASUS pun ok juga.. sebab rumate dan ramai bebudak junior mula beralik kepada brand ni.. huhuh

    BalasPadam
  2. ASUS..dell maybe nk dpatkan brg n service dia agk sush..aku minat dell,klau bleh nk angkat ja alienware sbijik..haha.xlayanla apple2 ni..

    BalasPadam
  3. ikhram : ar ar...kawan aku kata ASUS bagus juga

    iniialahaku : owh..Dell susah dapat service ekk? tapi dkt tempat ku ada..hehehe...apple2 nih den xmampu..hahaha

    BalasPadam
  4. acer lagi mesra pengguna.. beli je la acer

    BalasPadam
  5. tak tau la pulak hans..sbb sy pun guna acer ni hmpir 4 tahun..alhamdulillah xda mslh yg teruk sgt..ok je hehe

    BalasPadam
  6. lenovo ok x??

    sebab dulu tyme aku nk bli laptop org tu syorkn lenovo. tahan lasak jgk la..

    tp xtau la netbooknya..

    BalasPadam
  7. Asus Lamborghini VX6 12.1-Inch Netbook terbaik! xD

    BalasPadam
  8. kawan aku cakapppp..
    jenama tu tak penting..
    yg penting hati..
    ahahahaha..
    aku guna acer..
    mmg dah 2tahun..
    pehh kau kan main lagi 5thun..
    lama gile..
    tapi dell pun lagi baguss..
    kawan aku pun ckp gitu haha

    BalasPadam
  9. takyah beli netbook kecik tu..beli laptop bese je..sebab yg kecik tu function pun kuranggg =P

    BalasPadam
  10. Saya selesa guna ACER,.. Tapi ikut kata 'poket' lah bro.. Sendiri mau pakai, kan? Jenama tu hanya cop, yang penting cara guna tu.. Yang sebelum ni buleh guna 5 tahun, kira sgt berbaloi lah..

    BalasPadam
  11. aku rasa netbook dell tu memang bagus. netbook asus pun boleh tahan jugak. tapi masa aku pegi pc fair kat ipoh hari tu aku tengok netbook toshiba nampak menarik je bentuk dia. try la tengok dulu camne ye. :)

    BalasPadam
  12. bagi aku la,baik bli Dell..sb Dell mmg tahan lasak..nk lak klu jenis Dell Latitude..mmg terbaik..

    BalasPadam
  13. bg aku baik beli jenis Dell. sb Dell mmg tahan lasak..nk lak jenis Dell Latitude..mmg terbaik..lg 1 jgnla nk bli netbook ke hape..drpd bli netbook tmbah duit ckit leh amik notebook..nak taip assignment pn snang..

    BalasPadam
  14. i vote for asus.
    tp yang dah ada dalam simpanan sekarang ni laptop lah bukan netbook. setakat ni memang tak buat kerenah lagi. compare dengan dell, asus lagi murah walaupun software hampir sama. tambah-tambah lagi keypad dia serupa macam vaio punya.

    BalasPadam
  15. hans, jgn lupe beli 2 tau. 1 lg utk aku. hekhekhek. :)

    aku rase asus punye brand kot yg better. dell ni aku pkai ttp rosak jew. muehehe.

    BalasPadam
  16. jenama ape pun sama jer.. kalau pandai jaga barang tak da lah rosak.. kalau takpandai jaga barang, paham2 jer la... huhuhu....

    BalasPadam
  17. ala..tak reti lah pasal gadgets ni..reti guna jer, hehe.

    tp suami akak beli netbook toshiba:)

    BalasPadam
  18. terbaik ni...hang try tgk brand Lenovo atau Asus...mungkin kualiti lebih baik..harga sama dgn Acer tu


    Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

    BalasPadam
  19. y dun amik compaq? tak pun HP. =)

    BalasPadam
  20. Dulu saya pengguna ASUS eeepc. lasak gila. pernah jatuh 2 3 kali dari table (bangun dari kerusi, kaki tersadung kabel) tp still perform mcm biasa. ahernya, rosak ditangan tuan sendiri akibat kecuaian sampai skrin pecah :(

    lepas tu rembat Dell Inspiron 14 pulak hehehe. Salah satu sebab beli adalah kaler dia yg warna merah lain dari laptop2 lain kat kedai n dia ada on-site servis ke apa tak ingat. (kalau kita repair kat kedai n kedai takleh settle, org Dell sendiri yg akan turun Langkawi, means laptop kita tak payah naik feri langkah pulau)

    setakat ni, oke je la. takde masalah. bateri pn tahan lama..

    eh, panjang pulak komen :P

    BalasPadam
  21. jenama x penting kot..
    kalau kita cermat,mmg barang akan tahan lama..kalau jenis kasar,mmg akan cepat rosaklah barang tu

    bui pakai netbook toshiba..ok jer..*_*

    BalasPadam
  22. rasenye dell kot ok..xpon asus..

    BalasPadam
  23. Dulu pakai acer. Tp sekarang beralih kat asus lak. Acer cepat rosak. Pakai asus setakat ni ok jer. tak banyak ragam.

    BalasPadam
  24. as salam,..
    pakcik pilih fujitsu. anti shock casing paling best. terjatuh dari tingkat 2 pun ok lagi. performance, boleh tahan. terpulang pada hans nak tahan lasak atau performance. pasal maintenance, fujitsu pakcik takde effect lagi walaupun buka 24 jam non stop tak off

    BalasPadam
  25. camne bro sekarang?? dah dapat keputusan ke belom??

    BalasPadam
  26. ezay rase ezay pakai yang netbook hp mini ni ok lagi sekarang..igt kan dapat free meragam gak..dell pun ok jike nak banding ngan acer

    BalasPadam
  27. huhu..apik sebagai pelajar komputer ni..tak galakkan beli acer..walaupon spesifikasi acer tinggi dengan harga murah...tapi benda tu tak jamin bleh guna lama..huhu..

    yang paling ok..macbook la..hehe..tapi kalo standard untuk belajar..HP dengan Dell

    BalasPadam
  28. selalu org ckp HP la elok..haha

    tapi macam aku pakai hak kerajaan mesia jek..lalala xP

    BalasPadam
  29. FYI technology lcd acer tak bagus,tak setanding yang lain..Acer mmg murah dan spec nya lebih tinggi..Customer cc paksu saya ramai yang hantar laptop n monitor acer utk tukar yang baru..jadi tu saja kelemahan acer..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama