Petai



Petai dikatakan mempunyai jumlah protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain selain mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Biji petai pula dipercayai mampu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang dan juga dikatakan mujarab untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mengalami masalah cacing di dalam badan.

Sewaktu aku kanak - kanak ribena dulu memang aku tak suka makan petai. Mungkin sebab bila orang kata makan petai nanti kentut kita akan berbau busuk, mulut pun berbau kuat dan air kencing kita pun boleh tahan lah aromanya. Aku pun pernah cuba makan tetapi memang masa kecil - kecil tak suka! Tekak tak boleh telan!

Entah macam mana bila dah jadi remaja yang kacak lagi baik hati nih tiba - tiba pula aku boleh jadi suka untuk makan petai. Tetapi, aku hanya makan sambal udang petai jer lah setakat nih! Kalau petai mentah tu tak pernah pula aku cuba! Hehehehe! Jadi, bila dah suka makan tu aku tengok lah mak aku membersihkan dan memotong petai nih.


Hans : Aik! Awat biji petai nih warna oren?

Mak : Ini petai dah masak sangat nih! Kena buang yang oren dengan selaput dia!

Hans : Owh! Mai lah nak cuba buang tengok!


Gambar Hiasan


Patut lah mak aku pakai pisau kecil tu untuk buang selaput oren nih! Liat dan melekat! Aku pakai jari jer! Hahaha! Dah macam main plastisin plak! Gigih nih buang selaput oren tu! Seronok jer aku buat! Alih - alih sepapan jer yang biji petai terlampau masak tu! Yang lain tak ada dah yang ada selaput oren tu! Semua hijau - hijau suci murni jer!

Lepas tu tengok pula mak aku potong jadi halus - halus! Owhhh!! Macam nih rupanya nak masak petai! Selama nih tahu makan jer! Buatnya tak tahu! Hahahaha! Lepas nih nak cuba belajar masak sambal petai lah! Sedap kan sambal petai! Rasa nikmat gila makan dengan nasi!


P/S : LOVE PETAI! (^_^)Y

39 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. PETAI??...aku tak makan petai..haha..

    BalasPadam
  2. teringat kalau kat kampung, sampai bercari petai utk makan masa kenduri.. hahaha..!!

    teringat mcm mana abah saya beli seratus papan petai dengan harga rm10 kat orang asli.. huhuh

    agak2 braper bapak saya untung lepas tu bila jual balik.. hahaha

    BalasPadam
  3. Hahahaha, ckp psl petai ni smlm Mak Lang kte msk smbal udang petai ;D

    Pastu eden ahh yg kene kopek dia --'

    Aigo, melekit gila. Last2 pkai gunting, lntak hncur ke tak XD

    BalasPadam
  4. hee betol2. time kecik2 x suke. besar2 pon xdela suke. tp boleh la kalo nk makan walaupun dah lame x makan ni. hehe :D

    BalasPadam
  5. Petai?? sedap..cicak budu or buat sambal petai...nyum2..sedapnye! ;)

    BalasPadam
  6. x leh duduk dekat dgn hans lah pas ni..bau petai, hihi

    BalasPadam
  7. kakak tak suka makan petai eee.tapi biasalah mask untuk arwah ibu dulu, orang tua memang sukakan? masak sambal bilis+petai nampak macam sedap jeeee...

    BalasPadam
  8. Petai sedap gilewsss..semalam baru makan..fulamak! tambah nasi okey:)

    perghhhhh! sedap:))
    lau buat petai dengan udang masak merah...fuh! kecur air liur dah nie..petai muda lah best.yg tua dah tak best;) bau kuat sangat..he

    BalasPadam
  9. perrrhhh!!! terliur aku tgk smbal petai ni...

    BalasPadam
  10. tak suka makan petai yang dimasak dalam apa-apa masakan, tak sedap nak kunyah, suka yang fresh je sebab ranggup tapi yang kecik-kecik je la. yang bosa2 eh den tak makan doh.

    BalasPadam
  11. aku suke sambal udang petai. lagi sedap kalau orang lain yang tolong masak. agagagaa

    BalasPadam
  12. slm...sedapnya sambal petai tu...teringin plak nak makan...:)

    BalasPadam
  13. woi petai bestnya buat sambal kecurrrr air lir den.

    BalasPadam
  14. dah berapa tahun entah aku tak makan petai :D

    BalasPadam
  15. I love petai, can eat everyday although my hubby tak boleh tahan the smell.

    BalasPadam
  16. terbaek bro.....feberet gua nieyh der.....hahahaha...rindu masakan mak *sambaL petai terbaek....
    *puasa tahun lepas ada orang masakan gua sambaL petai kt KL nieyh...but tahun nieyh dah takde plak dah....sedih pon ade....petai terbaek....

    BalasPadam
  17. Salam Ramadhan Karim…selamat berpuasa, moga dirahmati-NYA =)

    Baru kejap tadi makan tghari petai.hehe

    BalasPadam
  18. pergh. ada khasiat rupanya petai ni. tak penah dengar. haha. ermmm. still tak suka jugak :P

    BalasPadam
  19. Baca entri macam ni time puasa nanti memang boleh bikin kecur air liur woo.

    BalasPadam
  20. Belum pernah makan petai lagi nie..walaupun dah tahu yang petai ade khasiatnya juga..(:

    BalasPadam
  21. hmm...nmpk mcm sedap..
    p xmint petai la..hee..:)

    BalasPadam
  22. aaa...sedap gila sambal tu..

    aku baru pas mkn petai td..klu petai rebus cicah sambal belacan lg kaw..ce try..haha..

    mmg faverat petai gak..

    BalasPadam
  23. Ko Tak habis habis ngn petai ko. BAHAHAH XD

    BalasPadam
  24. aku xsuka petai sebab tu xpernah mkn..

    BalasPadam
  25. owh, mknn kegemaran en. hans, petai (:

    BalasPadam
  26. kans?? petai ni banyak khasiat tambah2 kalau makan tak dimasak..uhuk

    BalasPadam
  27. hui .. gambar tuh bahaya ok .. esok kalau tengok, kurang pahala .. hahaha

    aku tak suka petai .. kalau masak dgn sambal pun, sikit pun aku tak usik petai2 tuh .. hehhe

    BalasPadam
  28. petai??? errk? tak makan laa. bau dia, pergh!!

    BalasPadam
  29. lepas makan petai..cepat2 gosok gigi..haha

    BalasPadam
  30. Erk x kisah la banyak mana khasiat dia sy tetap x suka mkn :p hehe.
    Sama gak mcm peria. Pahit lah...huuhuu...

    BalasPadam
  31. tak makan petai.. pernah cuba. tapi tak leh nak telan..terkeluar balik. dah mcm makan ubat dah.haha

    BalasPadam
  32. bau syudah makan syambal petai tadi...huhuhu...

    BalasPadam
  33. RAJIN TOLONG MAK KAT DAPUR EK... ERRR Queen x mkn petai... xpnh pun nak cuba mkn petai.. hehehehe

    BalasPadam
  34. masak tumis ikan bilis + petai ummpphhhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama