Jumaat, 22 Julai 2011

Pisang Dah Dapat Percuma Tetapi....

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang disayangi sekalian. Kadang - kadang apabila kaum muslimin pergi ke masjid menunaikan solat jumaat maka kadang - kadang kita pasti akan terlihat beberapa tandan pisang yang diletakkan di tepi dinding masjid. Itu maksudnya adalah insan - insan Allah yang bermurah hati mengadakan kenduri atau bernazar dengan menderma pisang untuk para jemaah di masjid tersebut.




Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. Tetapi, aku berasa sangat kecewa dengan sikap beberapa insan yang aku lihat tidak membuang kulit pisang di tempat yang sepatutnya. Makan di atas motosikal atau kereta masing - masing kemudian kulit pisang dicampak sesuka hati di atas perkarangan masjid tanpa langsung ada perasaan malu atau bersalah. Lebih mengecewakan insan - insan terbabit sudah berumur dan di dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Adakah ini contoh terbaik yang mahu ditunjukkan kepada insan - insan lain terutamanya kanak - kanak yang bersolat di tempat yang sama?




Apalah salahnya jika kulit pisang itu dibuang di dalam tong sampah atau pun tahan seketika nafsu untuk makan dan makan lah di rumah kerana pasti anda tidak akan membuang kulit pisang sesuka hati di rumah sendiri. Sangat menyedihkan apabila di dalam masjid kita menjadi insan yang baik tetapi apabila melangkah sahaja keluar dari pintu masjid maka sikap kita terus berlawanan dengan sikap sebentar tadi.

P/S : Aku Lebih Suka Jika  Bapa - Bapa Yang Datang Bersama Anak - Anak Kecil Mereka Ke Masjid Melaksanakan Tanggungjawab Iaitu Dengan Memastikan Mereka Sentiasa Ada Disebelah Anda Supaya Senang Untuk Dipantau Dan Tidak Menggangu Jemaah Lain! (^_^)Y

12 ulasan:

  1. tadi ada epal oi kat masjid
    haha

    BalasPadam
  2. susah nak tegur orang yang dah berusia ni, karang kalau kita tegur dia cakap kurang ajar pulak... huhu :)

    BalasPadam
  3. setuju Miz Novexx, kadang kite nak tegur pun kang kene sembur balik ckap macam tak hormat plak kan. tapi buang merata rata rat tu. bayangkan rumah die camana. mesti sampah merata rata..aiiisshhhh...=.='

    BalasPadam
  4. mungkin cara org menegr org muda adalah dengan memberi contoh yg baik. biar kita yang buang smaph di tempat sepatutnya. lagi bagus kalau kita kutip smph2 tu. InsyaAllah, pasti yang tua akan mengikut...

    ~setiap perubahan bermula denga diri sendiri kan...x kisahlah org tua atau muda :)

    BalasPadam
  5. makan tahu tapi buang tak tahu..sekeh kepala tahu la..=p

    BalasPadam
  6. mmg susah nk ngajar org jadi bertanggungjawab ni..

    BalasPadam
  7. dah dapat free , mcam nieyh plak =='

    BalasPadam
  8. Lenkali ko teriak jer nyaring2 HOI!.. Lepastu ko belah.. Buat muka selamber.. Dierang boleh perasan tak..

    BalasPadam
  9. saya anti dengan manusia yang suka buang sampah merata. memang anti giler!

    *emo lak. heeeeee

    BalasPadam
  10. sgt setuju.. selalu jer nampak senario mcm nie..

    BalasPadam
  11. tu la pasal...kalau kulit pisang tu berbuah jadi pokok takpe...ni merosakkan pemandangan..

    BalasPadam
  12. kurang kesedaran. nak bagi sedar pun susah. hmmmm

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com