Usavich Dan My Secret Wish Contest

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Waktu gua blogwalking balas komen - komen pembaca blog gua nih tiba - tiba ada satu entry yang letak kan video Usavich dekat blog beliau. Gua dah lupa pula siapa sebab banyak sangat komen yang gua balas tadi. Apa - apapun, gua sangat - sangat nak ucap terima kasih kerana berkongsi video kartun Arnab yang sengal tu dekat blog beliau. Ketawa sungguh gua tengok kartun yang muka statik jer nih.




Memang lama sikit video kartun nih dekat youtube. Dalam 21 minit sebab ada sampai 13 episod kan! Tetapi, memang serius lawak gila! Yang arnab baju merah tu memang otai habis! Buat lah apa pun mesti tak mati - mati! Hahahahaha! Kemudian, lepas dah habis gua tengok kartun nih gua pun buka lah nuffnang gua! Saja lah usha dekat bahagian referral dan tiba - tiba terlihat asal banyak sangat traffik datang daripada satu entry blog nih. Gua tengok entry apa dekat link tu dan gua terpandang nama entry tu ialah Senarai Pemenang My Secret Wish Contest.


Klik Gambar Untuk Ke Blog Almari Si Pari - Pari


Gua dalam hati dah fikir dah,"Eh, aku menang kah? Atau dapat saguhati jer? Atau cuma nama peserta jer?" sebab memang ramai blogger yang menyertai contest nih. Tetapi, serius gua masa buka tu memang gua tak berharap sangat menang sebab selalu bila gua berharap nak menang tak pernah menang pun. Tiba - tiba bila entry tu dah terpampang dekat skrin laptop gua...terus gua.....




Gua memang gembira sangat - sangat! Syukur pada Allah kerana membuatkan juri - juri contest ini memilih gua sebagai pemenang. Gua memang banyak dah join contest sebelum ini dan pernah menang tetapi gua rasa inilah contest yang pertama kali gua menjadi pemenang utama. Yang seronoknya tu ini adalah contest pertama yang gua join selepas 5 bulan gua tak join apa - apapun contest sebegini. Alhamdulillah! Syukur sangat - sangat!

Apa - apapun, gua nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada http://almarisiparipari.blogspot.com serta juri - juri yang sudi memilih gua sebagai pemenang utama. Terima kasih!! Ini ibarat salah satu hadiah hari lahir gua lah nih! :-)

P/S : Gua Memang Teruja Lebih Bila Gua Menang Contest (^_^)Y

18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. video tu aku nak tengok tapi 21 minit aku lupakan jer lah..hehehe..
    tahniah bro ko menang..ko ni memang rajin la join contest...Hm..tahniah2

    BalasPadam
  2. merahitujambu : thanks :-)

    amry : hahaha..ko buka time tenet laju..tapi 21 minit tak terasa weih dengan kesengalan kartun tu..memang lawak gila

    BalasPadam
  3. wah tahniah..jom open table hahahahaha

    BalasPadam
  4. Wa, bertmbh kacak la en. hans lpas ni dgn perfume One Million Paco Rabanne tu kan, haha. tahniah, tahniah...

    BalasPadam
  5. Abu : open table? ko nak makan perfume ke? hahaha

    Cahya : tq tq :-)

    Hanjila : tu la pasal...makin kacak la En. Hans yang kacak nih :-)

    BalasPadam
  6. konrajulesen hans!!hehe

    mmg bertuah btol..=)

    BalasPadam
  7. tahniah ko menang!


    hadiah sila share oke..agaga xP

    BalasPadam
  8. hihi dah menang pom bole tak perasan lagi tuu
    congrats ^^

    BalasPadam
  9. haha. rasa nak tumbuk2 je yg hijau tu..tak reti nak dok diam ke. tapi kesian..
    yg merah cool, mcm org takda prasaan je~ haha.


    tahniah bro. rezeki julai:D hehe

    BalasPadam
  10. ko x ajak aku pun masuk contest ni hans...mcm ni ka kawan...kah3

    BalasPadam
  11. waaaaah!! bestnye!!! congrat! XD

    BalasPadam
  12. wee! tahniah hans! thx sebab sudi join kontes tak seberapa tu.. nt ble hadiah dah ready, eny pos kat hans ok!

    tahniah diucapkan sekali lagi ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama