Selasa, 9 Ogos 2011

5 Jenis Pilihan Menu Berbuka Puasa



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Sekarang kita berada di dalam suasana berpuasa dan semestinya setiap orang mempunyai pilihan untuk berbuka dengan menu atau tempat yang diimpikan. Jadi, dibawah ini terdapat 5 jenis pilihan menu berbuka merangkumi tempat yang menjadi pilihan setiap orang. Mari kita lihat antara pilihan - pilihannya.


1) Makanan Orang Rumah

Gambar Hiasan


Alhamdulillah! Setelah beberapa tahun asyik berbuka puasa bersama rakan - rakan di hostel serta di rumah sewa maka tahun ini dapatlah juga gua berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Makanan orang rumah ini bermaksud masakan yang dimasak oleh emak, isteri atau orang rumah kita. Memang seronok dapat makan masakan daripada air tangan mereka ini. Sedap! Bersih! Jimat! Berkat! Alhamdulillah! Paling seronok tu kita boleh makan lebih tanpa dikenakan cas tambahan. Tak ada cukai! Hehehehe! Memang ramai orang menjadikan makanan orang rumah sebagai pilihan utama untuk mereka berbuka puasa.



2) Makanan Bazaar

Gambar Hiasan


Ada juga orang yang suka menjadikan makanan - makanan di bazaar ramadhan sebagai juadah untuk mereka berbuka. Macam contoh teringin nak makan kuih - muih jadi beli lah dalam 2-3 keping. Jimat lah kan daripada buat setalam tetapi tak ada orang nak makan! Hehehe! Kadang - kadang dekat bazaar nih juga ada makanan - makanan unik atau 'eksotik' yang memang kita sukar nak jumpa atau tak pernah jumpa tetapi apabila tibanya bulan Ramadhan maka menjelma lah ia di bazaar ini. Memang ramai suka membeli juadah di sini kerana banyak pilihan.



3) Makanan Masjid

Gambar Hiasan


Berbuka di masjid juga menjadi pilihan kepada ramai orang sekarang. Selepas berbuka terus solat maghrib, isyak dan tarawih sekali! Ada juga pelajar yang mengambil kesempatan berbuka di masjid untuk menjimatkan wang perbelanjaan. Apa - apapun, memang seronok berbuka beramai - ramai di sini cuma gua tidak pernah mengalami atau berpeluang berbuka di masjid lagi.



4) Buffet Ramadhan Di Hotel

Gambar Hiasan


Ini pun gua masih tak berpeluang lagi lah nak merasa! Sebab selalunya sekepala pihak hotel cas harga sampai berpuluh - puluh ringgit! Sebagai contoh satu kepala perlu bayar RM50 untuk berbuka! Memang makanan yang disediakan banyak tetapi bagi gua berapa banyak sangat lah boleh makan kan! Lepas makan kurma dan minum air jer dah rasa kenyang! RM50 boleh beli stok makanan untuk seminggu owh bagi sesiapa yang masak di rumah! Apa - apapun, gua memang teringin juga lah nak cuba! Tunggu ada orang belanja gua lah! Hahahahaha!



5) Makanan Jiran

Gambar Hiasan


Makanan jiran disini bukannya bermaksud korang pergi rumah jiran sebelah dan berbuka dengan mereka tetapi bermaksud korang lebih suka makanan yang jiran korang hantar dekat rumah korang untuk dijadikan makanan berbuka! Hahahaha! Aku tak tahu lah ada ker tidak insan kategori ini tetapi aku tak rasa ia mustahil. Mesti ada punya kan! Mana tak nya kalau jiran sebelah rumah korang tu tiba - tiba Chef Wan mesti lah korang macam semangat jer nak rasa masakan dia kan! Hehehehe!


P/S : Yang Mana Satukah Pilihan Anda Antara 1 Hingga 5?

22 ulasan:

  1. makanan bazaar besttt...
    tapi xleh lawan makanan rumah.
    :D

    BalasPadam
  2. no 6 makanan dibelanje oleh hans

    BalasPadam
  3. ofkos la 1st tu....tp yg brbuke kt msjid pon yok whoa....lagi2 ble mkn dlm talam....mmg rse best sgt!

    BalasPadam
  4. umah2.! and aku cam tersokong komen kawan kau, makanan yg dibelanja ko :P

    BalasPadam
  5. makanan orang rumah yang the bestt! aummmmm! sedap sungguh masakan air tangan ibu:) tak leh dibeli di mana-mana~ heee=)

    BalasPadam
  6. aku mencari makanan jiwa..haha...aku suka yg 1st dgn last!!..nomnomnom..haha

    BalasPadam
  7. no 1..paling selamt n tahu yg dibubuh...n lagi satu bersih..

    yg luar tu x jamin ar kecuali hotel..
    bab kata ko, mkn sikit je, mmg x bebaloi ar mkn kat hotel..

    selamat berbuka!

    BalasPadam
  8. betul3.. 6 thn buka puasa di hostel, thn ni special sbb dgn family. nak sahur pun dh x terlajak

    BalasPadam
  9. sejak dok kat egypt ni, makanan nomb 3 tu la jadi hidangan bebuka. hehe. sebab diorang buat khas untuk student msia. jimat juga duit bulan puasa ni~ hehe.

    BalasPadam
  10. nasib baek aku bukak lepas berbukak kalu tak memang AAAA HAHAHHAHA

    BalasPadam
  11. Tapi serius yg no 4 tu memang membazir..Walaupun dia bukak harga Rm30 je utk seorang..
    Apapun yang no 1 tu memang best..kenyang pun kenyang..murah..sedap lagi..hehe

    BalasPadam
  12. pernah buka puasa ala bufet di hotel dulu.

    masa tu j.w. marriot buat majlis buka puasa utk semua staff F&B dia so aku yg kerja part-time jd waiter dapat la g mkn buffet ramadhan diorang.

    mmg best...

    BalasPadam
  13. hehe mestilah pilih no 1..(:

    BalasPadam
  14. haha,chef wan pun buzy buat show dkt overseas. ngeh3..

    makanan mak masak lah yg best! tp kdg2 kalau jiran masak lagi best pun boleh jadi best! ;p

    BalasPadam
  15. aku suka makan masakan umah bro....lebih selesa..hehe

    BalasPadam
  16. dah 9 hari puasa, den style makanan umah je. simple dan tak membazir. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  17. suka makan kat masjid. free and meriah. huhu

    BalasPadam
  18. ohh , bertukar2 mknn dgn jiran. 2x sehari. haha

    BalasPadam
  19. semuo pon jadik pilihan, asal ado..haha

    BalasPadam
  20. bazaar food yg paling sodap

    BalasPadam
  21. selain berbuka kat rumah, berbuka kat masjid dalam dulang best gak :)

    BalasPadam
  22. aku pon teringin nak cube buffet dekat hotel..tapi same la mcm ko..nak tunggu org belanje...hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com