Isnin, 1 Ogos 2011

Hans Menang Duit Syiling Peringatan Malaysia Siri 3

Klik Gambar Untuk Lihat Keputusan


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah! Berkat bulan Ramadhan dan atas bantuan rakan - rakan yang mempunyai blog yang sudi mengundi saya secara rela atau paksa rela maka saya telah pun memenangi set syiling yang saya idam - idamkan sangat selama nih. Terima kasih sangat - sangat saya ucapkan pada bantuan kalian! Ini pertama kali saya sertai contest yang dianjurkan blogger Eyriqazz nih dan alhamdulillah rezeki nampaknya pada penyertaan pertama ini. Maaf kalau nampak teruja sebab memang tengah gembira habis nih.


Gambar Pocong Bertuah


Sebab ramai sangat tanya ini pocong betul ker tidak dan sebab ramai sangat tanya siapa yang gigih sangat jadi pocong sampai berbungkus habis tu maka mari saya ceritakan pada anda semua. Ini gambar pada tahun lepas dimana waktu tu saya dan rakan - rakan sangat sibuk menyiapkan bahan - bahan pembentangan untuk tugasan salah satu subjek kami yang berkaitan dengan grafik dan tajuk tugasan kami semua berkenaan budaya atau kepercayaan masyarakat Malaysia berkenaan hantu atau makhluk halus(asal ayat aku skema sangat nih?).


 Aku Dengan Group Aku Gigih Cut Out Animation Nih!


Memandangkan hampir 90% budak rumah sewa aku tu ialah budak kelas aku sendiri jadi masing - masing sibuk lah siapkan tugasan masing - masing. Ada yang buat pasal toyol! Ada yang buat pasal bomoh! Ada yang buat pasal susuk! Ada yang buat pasal hantu kumkum! Kumpulan aku pula buat pasal Hantu Lapar atau lebih sedap dipanggil Hungry Ghost. Jadi, budak rumah aku nih pun buat lah 'pocong' nih menggunakan bantal peluk budak bilik aku dan apa benda entah lagi yang diorang sumbat bagi nampak macam betul - betul ada orang dalam balutan tu sebagai gimik kumpulan diorang. Hohoho!


Nih Presentation Kumpulan Aku! Hantu Kumkum Tu Sesat Sekejap! Hohoho!


Mengikut kata mereka - mereka yang terlibat memang diorang ada pasang niat nak menyakat budak rumah termasuk aku dan ada yang terkejut dan melatah siap! Yang tukang buat pocong nih pun takut dengan ciptaan sendiri!! Macam mana tu? Hahaha! Aku bernasib baik sebab malam tu aku tak balik rumah! Punyalah bersengkang mata aku dengan kumpulan aku buat Cut Out Animation jadi lepas Subuh baru aku balik rumah! Alhamdulillah aku terselamat daripada bencana sakat - menyakat nih! Hehehehe! Kemudian pocong palsu nih dibawa ke fakulti sebab tugasan nih memerlukan kami buat satu event dan memang pocong palsu tu menjadi tumpuan ramai lah!


 Ini Presentation Kumpulan Budak Rumah Aku!


Jadi, itulah serba sedikit berkenaan sejarah silam pocong palsu dalam gambar yang diambil budak rumah sewa aku nih. Hehehe! Apa - apapun, aku nak ucapkan terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi bersusah payah mengundi aku. Terima kasih! Hanya Allah membalas pertolongan kalian. Assalammualaikum dan salam sejahtera!

45 ulasan:

  1. Salam Hans!

    salam ramadhan. Alhamdulillah rezeki :).

    *seriusly pocong tu nmpk real.haha:P

    BalasPadam
  2. Anem : sama...alhamdulillah..hahaha..tu la pasal..ramai jer cuak dgn pocong palsu tu

    BalasPadam
  3. va va va. tahniah.
    hahaha mmg la seram tngok pocong 2. tuan yg buat 2 sdiri takut, apetah lagi org lain. hakhak ^^

    BalasPadam
  4. wahh..tahniah!!

    pocong tu mmg cool la..

    BalasPadam
  5. tahniah..dpt syiling baru tu..

    tuah ayam nmpak di kaki,tuah pocong...hans menang syiling..hahahahah

    BalasPadam
  6. sama2, tahniah mng syiling tu..=)

    BalasPadam
  7. yeay! hans menang ye? hehe.



    nak tanya, kum3 tu cemana eh? tak salah kte ada cerita kum3 kan, dekat tv3~


    tapi tak pernah tengok pula~

    BalasPadam
  8. tahniah hans....

    wahhhh... gerun tgk presentation mcm tue!

    BalasPadam
  9. hans berkata : thanks semua :-)

    adrina : kumkum tu hantu yang bagi salam Kum tu...pakai baju hitam nampak mata je :-)

    BalasPadam
  10. ish..seramnya tgk pocong tu.

    selamat berpuasa hans!

    BalasPadam
  11. Tahniah Hans... Nasib bulan puasa... haha..

    BalasPadam
  12. tahniah hans !!! wewwiiitt !!

    BalasPadam
  13. Salam Ramadhan Hans!
    nice presentation, nampak real sangat haha..

    pocong tuh awesome!

    BalasPadam
  14. hahahahahaha
    hampeh ahhh gimik team korang ni..
    ade yg makan kaki aku saiz 8 ni..
    kah3...
    wehhh nape pocong tu duduk atas kerusi..
    hahaha..
    selamat berbuka hanss..

    BalasPadam
  15. huwaaaa...pocong ke tuh...adoii..
    slmt bepuase ye

    BalasPadam
  16. Kreatif gila.. Hahaha.. Serius aku ingta orang betul.. Pandai ek korang..

    *Duit syiling tu share ok??? Ngee :)

    BalasPadam
  17. aaaaaaaaaaaaa.. tkut. weh, nak 1 syiling!! hehe

    BalasPadam
  18. oooo...gitu rupanya
    apa2 pun tahniah Hans

    BalasPadam
  19. wahhh,...tahniah lahhh yeeeeee...

    i like pocong

    BalasPadam
  20. congrats, Hans! :) selamat berpuasa! ;)

    BalasPadam
  21. congrets! dah lame seh tak jadi hantu. hmm

    BalasPadam
  22. tahniah sekali lg do..haha..pocong tu mmg terbaik..siap ada bentuk2 tangan lagi..haha

    BalasPadam
  23. Hans Berkata : yang Pocong tu group budak rumah saya...bukan group saya punya..harap maklum :-)

    BalasPadam
  24. tahniah hans! rezeki ramadhan al mubarak ;)

    BalasPadam
  25. tahniah ye hans. 1 undian aku tu bermakna jugak kan. hehe

    BalasPadam
  26. fuh! nampak real kot pocong tu.. by the way... tahniah menang syiling tu ^_^

    BalasPadam
  27. Qarr Torres berkata : rezeki bulan ramadhan..bez nye..

    BalasPadam
  28. bln puasa dah tiba.. slmt brpuasa skali lagi :)


    special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
    http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html

    BalasPadam
  29. nampak mcm btol je... hahaha

    BalasPadam
  30. tahniah hans...kem salam kt hantu tu ea

    BalasPadam
  31. haha , alhamdulillah , tahniah !

    BalasPadam
  32. Tia tengok pun seram hans . adehss ..
    rezeki hans menang duit syiling tu :)

    BalasPadam
  33. yeah yeah!!
    menang !!
    tahniahx3....
    mcty bez kan...=)

    BalasPadam
  34. pergh!!!! menang? alhamdulillah~ rezeki di awal ramadhan~ hehe

    BalasPadam
  35. assalam...uiiitss syiling koleksi payah nak dapat ker tuu?tahniah2...hans mana pandora box...mongkey king tuu yg merah kiri ke?

    BalasPadam
  36. hantu kumkum? hantu lapr? x penah dgar pun..mcm mana rupa hantu tu?

    BalasPadam
  37. untunglah (:
    congrats bro. hehe

    BalasPadam
  38. tahniah..samat berpuasa, rezeki kau kan..syukurlah

    BalasPadam
  39. wah,tahniah wei menang..nk satu duit syiling tu.

    BalasPadam
  40. scaryyyy la p***** tuuuu...

    BalasPadam
  41. walau palsu pocong tu hans, seram jgk kot huhuhu

    tahniah la menang contest :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com