Isnin, 22 Ogos 2011

Kasut Raya Berlampu



Sambungan Daripada Kisah Kasut Raya


Mak : Kasut raya ada lampu? Ada ka kasut macam tu? Yang macam mana nih?

Hans Kacak : Ada lah mak! Sekarang ramai orang pakai kasut ada lampu tu! Mak belilah satu!

Mak : Bak duit raya hang! Sekarang pun boleh pergi beli!

Hans Kacak : Mana bolehhhhhh!!! Pakai duit mak lah!! Bila nak keluar pekan nih mak? Tak sabar nak beli kasut ada lampu tu!

Mak : Minggu nih lah pergi tengok kasut tu kalau jadi keluar pergi pekan!

Hans Kacak : Yeyeyeyeyeye!


Hari minggu telah tiba dan seperti dijanjikan aku bersama keluarga keluar ke pekan memberi barang keperluan seharian. Tibalah kami semua di sebuah kedai menjual kasut yang aku rasa adalah kedai kasut BATA.


Hans Kacak : Hah! Tu mak! Tu! Tu!

Mak : Mana? Owh! Itu rupanya kasut yang ada lampu tu! Cantik juga! Jom masuk tengok!

Hans Kacak : Jom! (yeahhhh!! ada harapan lah dapat kasut lampu nih! boleh tayang dekat member - member nanti!)

Mak : Bos! Ini kasut harga berapa ringgit?

Penjual : Owh! Ini kasut tak mahal maaa! RM70++ sahaja! Ini baru punya kasut! Stok baru punya!

Mak : Oh, mahal betul kasut nih! Hurmmm!!

Hans Kacak : Macam mana mak? Boleh tak beli?

Mak : Lain kali lah beli! Mahal nih! Duit mak tak cukup!

Hans Kacak : Lahhhhhhhhh!!! Hurmmmm!! Okay lah!


Begitulah kisahnya tentang Hans seorang jejaka kacak yang kempunan nak berkasutkan kasut raya berlampu di hari raya! Memang waktu tu jiwa memberontak juga sebab tak dapat kasut raya berlampu tu tetapi bila fikir - fikirkan balik kasut berlampu waktu tu memang mahal dan tak berbaloi pula nak beli. Mak aku pun kata membazir sangat kalau beli tambah - tambah keluarga masa tu bukan senang sangat.

Apa - apapun, aku tetap bersyukur kerana masih dapat berhari raya dengan kasut baru walaupun tidak berlampu dan harganya di bawah RM10 kerana bagi aku keluarga cuba juga menggembirakan aku walaupun kasut yang dibeli bukanlah kasut kemahuan aku. Apa - apapun, sentiasalah bersyukur di dalam kehidupan kita tidak kira sewaktu kita senang mahu pun kita susah! Jumpa lagi di entry akan datang!


P/S : Besar - Besar Nih Kalau Pakai Kasut Raya Berlampu Korang Rasa Dapat Meningkatkan Lagi Tak Kekacakan Aku? Hahahahaha! (^_^)Y

22 ulasan:

  1. skrg dah mampu..apa lagi..belila...heheh

    BalasPadam
  2. bersyukurlah dengan apa yang ada...;)

    BalasPadam
  3. beli la. Pasti kekacakkan ekau lbh teserlah :D

    BalasPadam
  4. amek jep lampu lip lap , lilit kat kasut
    cool..

    muahah ;p

    BalasPadam
  5. kalau da tua2 cenggini nak pakai kasut camtu..mmg la cari kena gelak..haaha

    BalasPadam
  6. betul tu bersyukurlah :D

    p/s: beli la sebijik sekarang..hikhik

    BalasPadam
  7. HAHAHAHAHA..kalo ko pakai kasut nie..
    pasti bertambah-tambah kacak :D

    BalasPadam
  8. HIHI mcm2 la.. nti taun depan ada la plak kasut raya berlampu pelita ^^

    BalasPadam
  9. mmg stylo lah pakai kasut berlampu hehe

    BalasPadam
  10. xperlu nk bermewah2.. ingtlah msh ada insan yg tak mampu cm kita..

    BalasPadam
  11. Aku sokong ko beli kasut berlampu.. Beli jerr.. Lagipun Raya cuma sekali setahun.. Kelainan sikit dari org lain...

    BalasPadam
  12. kecik2 dlu ske pkai aksut ade lampu..pastu jln2 tgk bawah

    BalasPadam
  13. Eh bukan harga kasut lampu dalam RM40.++ hengiit ke..

    huhu

    YUP, beraya bukan untuk menyusah kan kita, beraya untuk kegembiraan

    ;p

    BalasPadam
  14. tu pon ok lagi..mak ko lyh karenah kasut lampu ko tu..heheh...

    BalasPadam
  15. hans, kau pakai dlu. kalo cun aku folow

    BalasPadam
  16. sekarang dah ada duit..leh la beli..haha..dulu pun saya nak beli jgk kasut lampuni..heh..mintak sapa2 dan hans kalau sudi tolong undi dgn cara like dan poll blog saya wideareas di http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/

    BalasPadam
  17. hoyeah!!! agree!!! bersyukurlah dgn ape yg ade & bersederhanalah dlm apa saja...

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah skrang dah ade kasut berlampu yg murah.so, thn ni akak dapatlah membeli kat anak2 kasut berlampu tu sorang 1.kecuali si adik sebab x de saiz beli yg ada bunyik jer

    BalasPadam
  19. konpom kekacakan bertambah kacak

    BalasPadam
  20. uittt..dah besar2 cam bapak budak pown..ada hati nak pakai kasut lip lap ke dik oii.. hahaha

    BalasPadam
  21. aahhh kan..dulu femes gilerr kasut style ada lampu2 tu..liplapliplap je

    BalasPadam
  22. bagus la budak kacak tu. memberontak nak pun still beraah jugak. good good :)

    kasut lampu memang best. setiap kali melangkah je rasa nak tengok bawah je (kasut). HAHA

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com