Selasa, 2 Ogos 2011

Resipi Cempedak Goreng Bersama Chef Hans

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Okay! Hari nih Chef Hans nak ajar korang semua cara - cara untuk menyediakan cempedak goreng yang sedap untuk dimakan oleh korang bersama ahli keluarga atau orang tersayang. Chef Hans mendapat banyak rungutan daripada surirumah sepenuh masa seperti rungutan daripada Kak Jenab dan Mak Timah yang mengeluh tentang kegagalan mereka untuk menyediakan cempedak goreng yang sedap dimakan sebab kata mereka bila mereka goreng cempedak mesti tak menjadi seperti yang dikehendaki. Jadi, hari ini Chef Hans nak berkongsi rahsianya dan mari kita lihat bahan - bahan untuk menghasilkan cempedak goreng yang sedap ini!


Gambar Hiasan


Bahan - Bahannya :-

1 biji cempedak yang masak ranum
Tepung Beras
Air
Garam (secukup rasa)
Minyak Masak


Cara - Caranya :-

1) Masukkan air, tepung dan sedikit garam ke dalam bekas.

2) Kemudian, korang kacau bahan - bahan tadi sehingga sebati. Pastikan bancuhan tepung korang tidak terlalu pekat atau terlalu cair supaya mudah untuk proses menggoreng nanti.

3) Selepas itu, celupkan ulas - ulas cempedak korang ke dalam bancuhan tepung tadi. Gaulkan biar rata dengan sudu agar apabila digoreng nanti akan menghasilkan warna yang cantik kekuningan pada cempedak korang tu.

4) Panaskan minyak dan kemudian masukkan cempedak yang telah dicelup tepung tadi ke dalam kuali untuk digoreng.

5) Dah siap! Senang bukan? Jadi, selamat mencuba resipi yang Chef Hans beri nih yer!


P/S : Cempedak Goreng Pun Nak Kecoh Kan Chef Hans Nih! Hahahaha!

26 ulasan:

  1. tadi baru je makan cempedak goreng;)
    sy sendiri yang kopek buah cempedakk tuhh, hehe;)

    BalasPadam
  2. kemain lagi chef hans;D
    terliur plak dahhh~ adui

    BalasPadam
  3. sedappp oiii..hehehe..

    boleh buat meniaga nih..

    BalasPadam
  4. favourite gila kot cempedak goreng nii. ahhh, sedappppp!!! :)

    BalasPadam
  5. My Name is Mar : hahahaha....harus lah poyo..ini resipi keramat aku kut minggu nih...hahahaha

    Yang Lain - Lain : selamat mencuba :-)

    BalasPadam
  6. amboi dah jadi chef hans la plak ;)

    BalasPadam
  7. waaa sedap la cempedak goreng..nanti nak buat la

    BalasPadam
  8. hahahaha :)) harus lah kecoh sbab org yg tgh taip komen ni pon x pnah masak lagi cempedak goreng, ahaks :D

    BalasPadam
  9. pergghhh.. bulan2 pose ni... lazat sungguh nampaknye cempedak goreng tu.. ^_^

    BalasPadam
  10. Cempedak goreng..beberapa hari yang lepas ade makan..rasa macam nak makan balik la pulak..sebab memang sedap.

    BalasPadam
  11. Perghhh.. Pakar nie.. Bak sini sikit aku test.. haha...

    BalasPadam
  12. cempadak goreng RM2 Hans oi..!
    hahaa

    kemain jadi chef sekarang XD

    BalasPadam
  13. Aku noob gila cari nak komen kat mana -_-' Sekarang dah jumpa.
    Aku salu goreng pakai cucur adabi =.=
    Oh beras jati cap kapal layar, beras pilihan anda.

    BalasPadam
  14. wauuuuu mcm besh je kalo dpt rasa hans masak =)

    BalasPadam
  15. chef hans tuuu..boleh lawan chef wan tak? :P

    BalasPadam
  16. sedapnya..suka mkn cempedak goreng.
    tq share resepi ni (walaupon hakikatnya tahu resepi ni...hikhik)
    pas ni chef hans buat repesi ikan 3 rasa pulak yer

    BalasPadam
  17. aduh.. sedapnya.. bikin terliur jer.. isk...isk...

    BalasPadam
  18. wah..lamanya x mkn cmpedak goreng..
    buka semlm mkn cokodok goreng..hehe

    jgn lupa KURMA jgk ye
    http://shilagyla.blogspot.com/2011/08/puasa-mesti-ada-kurma.html

    BalasPadam
  19. sedapnyeeeeeeeeeeee...nk sikit!

    BalasPadam
  20. haha,kak jenab dengan mak timah tu jiran sebelah rumah ke?

    BalasPadam

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen. Setiap Komen Anda Akan Dicas Sebanyak 10sen Untuk Kos Penyelenggaraan Blog! Harap Maklum! LOL!

P/S : Sebarang Komen Yang Mempunyai Link Entry Yang Telah Dihubungkan Ke Blog Masing - Masing Tidak Akan Diterima.