Sabtu, 27 Ogos 2011

Shopping Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Entry ini di taip sekitar pukul 2.00 pagi dimana gua baru saja pulang daripada membeli - belah sempena promosi hari raya nih. Tetapi, gua bukannya shopping raya atau erti katanya membeli - belah baju raya tetapi membeli - belah untuk gua menjalani latihan praktikal selepas raya nanti. Cuak sedikit mengenangkan hari yang bakal tiba tu tetapi gua cuba buat selamba jer lah! Hehehe!


 Jodoh Kita Tak Panjang Kan RM100!!!


Alhamdulillah berkat menang contest Puan Bee tu gua dapat RM100 dan ditambah dengan wang yang mak gua bagi tadi memang habis gua kerjakan untuk membeli beberapa barang! 4 barang jer pun gua beli tadi iaitu kemeja, seluar slack, dompet dengan barangan sulit lelaki(hahahaha)!! Gua terbeli kemeja yang agak mahal!! Dah gua berkenan jadi gua keluarkan duit gua menang contest tu maka tamatlah sudah riwayat duit RM100 tu yang hanya sempat berada di dalam akaun gua tidak sampai pun sehari. Kahkahkahkahkah!!




Gua lupa bahawa hari ini ialah hari minggu jadi masyaallah....punyalah banyak manusia dekat tempat gua membeli - belah tadi iaitu di Alor Star Mall!! Penat betul gua beratur dan berebut fitting room dengan manusia - manusia lain!! Hahahaha!! Alih - alih pasaraya tu lanjutkan waktu operasi sampai pukul 2.00 pagi!! Cess!! Kalau gua tahu memang gua buat selamba jer lah tadi!! Tak ada lah kejar masa sangat!! Nampaknya ada lagi beberapa barang gua tak beli seperti kasut!! Haruslah meminjam duit dekat mak gua esok!! Kehkehkeh!!


 Ada Tutorial Macam Mana Nak Ikat Tali Leher Tak?


Mungkin ada yang akan berkata gua boros tetapi gua rasa tak pun sebab bukannya bulan - bulan gua membeli - belah nih. Lagipun memandangkan gua nih tidak suka berpakaian formal dan waktu praktikal nanti terpaksa pula hari - hari pakai pakaian formal maka nak tak nak terpaksa lah membeli - belah juga pakaian - pakaian tu. Tetapi, gua gembira sebab dapat beli dompet baru tadi!! Lepas nih boleh lah gua campak dompet lama gua yang gua beli waktu gua diploma dulu! Hahahaha!! Buruk gila dompet lama gua!! Yeyeyeye!! Gua dah ada dompet baru!!! Dompet baru yang di dalamnya tak ada duit!! Kahkahkahkah!!


 Rambang Mata Aku Bila Singgah Dekat
Pasar Malam Sempena Raya Depan Pekan Rabu Tadi!!!


Selepas dah penat gua dan member gua membeli - belah dekat sana maka kami berdua pergi pula ke Pekan rabu! Wahhh!!! Meriah gila!! Ramai betul manusia!! Mak aihhh!! Cantik betul baju - baju raya nih!! Tak apa!! Gua memang dah bercadang gua nak beli satu set lengkap baju melayu termasuk songkok, sampin dan capal untuk tahun depan setelah 3 tahun gua pakai baju yang sama. Hahaha!! Gua bukan apa!! Mak ayah gua suruh beli baju melayu dah pada tahun - tahun sebelum nih tetapi rasa macam malas nak membazir duit mereka. Insyaallah doakan lepas gua praktikal nih gua dapat kerja yer!! Dapatlah gua beraya dengan baju baru lengkap tahun depan menggunakan duit gaji gua sendiri!! Apa - apapun, ini merupakan pertama kali gua membeli - belah di waktu malam pada malam - malan terakhir sebelum tibanya bulan Syawal. Memang seronok dan suasananya cukup meriah!

Bila dah membeli - belah memang gua tak sedar masa berlalu pantas. Jadi, dibawah ini merupakan situasi yang berlaku.


Hans Yang Kacak : Mak!! Nak keluar kejap dengan kawan!! Nak beli baju dengan apa - apa yang patut untuk praktikal nanti nih!!

Mak : Owh!! Nak beli dekat mana?

Hans Yang Kacak : Dekat Pacific lah kut rasanya!

Mak : Mesti balik lambat nih!

Hans Yang Kacak : Tak lambat kut! Nak beli baju jer! Lagipun Pacific tu rasa - rasanya pukul 10.30 ke 11.00 malam macam tu dah tutup.




Alih - alih gua balik pukul 2.00 pagi tadi!! Hahahahaha!! Apa - apapun, gua nak berterima kasih pada member gua iaitu Luqman yang sudi menemani gua membeli - belah dan secara tidak langsung telah terhasut dengan gua untuk turut sama menghabiskan duitnya membeli barang - barang idaman hati beliau. Hahahaha!! Okaylah! Gua nak berehat sekejap!! Assalammualaikum!


P/S : Alangkah Indahnya Jika Ada RM5K Sekarang!!! Heaven Nak Shopping Raya!! Hehehehe!!

15 ulasan:

  1. hahahaha...weih! gudluck for industrial training! mungkin lagi kacak kau pki formal kan.. haruslah beli yg mahal.. auww.. ;)

    BalasPadam
  2. jum shopping kat epo hans! =)

    BalasPadam
  3. goodluck untuk praktikal !!

    pengalaman praktikal mmg memahitkan! LOL. bg aku lahh.

    Adoi gambar Lee Min Ho tuh takleh tahan :DD

    BalasPadam
  4. hari ni aku baru nak menghabiskan duit shopping ni...heheh...5k ko nk shopping..penuh satu bonet kete..

    BalasPadam
  5. amboiii..shopping sakan noh!

    BalasPadam
  6. hans, belanja kasut satu. hehe..

    eh. bukak sampai pukul 2 pagi? huih. rasenye kalau 5 pagi pun konpem ramai lagi. huhu

    BalasPadam
  7. Hans, tahniah sebab dah menang contest Duit Raya di blog puanbee tu. Haha..dah termakbul ucapan Kak Long supaya kamu menang.

    BalasPadam
  8. gud luck k.. haha..pekan rabu tu..aku pernah pergi kot.. '

    BalasPadam
  9. queen pun tak shopping raya lg nie.. isk...

    BalasPadam
  10. Hehehehe aku tak shopping 'sekeping' baju pun lagi Hans. ;D


    wah kau dapat hadiah RM100? Betuah²..

    Selamat Hari Raya, Selamat menikmati tempooh praktikal juga... heheh

    BalasPadam
  11. selamat berpractical nnt yer tun hans..

    BalasPadam
  12. hans..good luck untuk praktikal...dan selamat hari raya...
    Sebelum pakai baju tu pi praktikal ..pakai untuk jalan raya dulu...hahaha

    BalasPadam
  13. selamat berpraktikal hans. nasib baik aku kat U memang kena pakai baju formal bila praktikal takyah la susah2 nak beli baju dah. jimat2. hehe

    BalasPadam
  14. aku lalu je, xprnah stop..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com