Jumaat, 26 Ogos 2011

Snow White And The Seven Dwarfs - Part 3 (Versi Hans)

Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs

Genre :-
Fantasi

Episod :-
3

Watak - Watak Utama :-

Snow White


Ahli Sihir Jahat


Putera Raja


Orang Kerdil


Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat


...............................................................................................................................


Raja Linpazhingo pengsan sejurus melihat wajah bakal isteri beliau yang dicari oleh Putera Raja di setiap daerah jajahan kerajaan Linpa. Putera Raja pun berlari mendapatkan Raja Linpazhingo yang rebah ke lantai secara tiba - tiba.


: Ayahandaaaaaaa!! Ayahandaaa!!! Bangun ayahandaaaa!!! Bangunnn!!!

: ..........................(Raja Linpazhingo sudah tidak bernafas)

: Ayahandaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! (meraung - raung atas kemangkatan Raja Linpazhingo yang tidak disangka - sangkanya)


Disebabkan kemangkatan Raja Linpazhingo maka kerajaan Linpa pun berkabung lah selama 7 hari 7 malam sambil rakyat jelata pula tidak habis - habis meratap mengenang pemergian pemerintah yang disayangi mereka itu. Putera Raja yang begitu sedih dengan pemergian ayahnya secara tiba - tiba itu berkurung seketika di dalam istana sambil terkenangkan tentang peristiwa Raja Linpazhingo yang pengsan dan terus tidak bernyawa selepas melihat wajah wanita yang dipilih untuk menjadi suri di dalam hidup baginda.


: Kenapa ayahanda pengsan sejurus melihat wajah wanita itu? Wanita itu bukannya hantu pun! Lagi pun wanita itu memang secocok dengan ayahanda bagai pinang dibelah dua(Putera Raja bermonolog dalaman sambil mengenang kembali wajah wanita yang dipilih untuk dijodohkan dekat Raja Linpazhingo)



Inilah Wanita Yang Terpilih Untuk Dijodohkan Dengan Raja Linpazhingo


: Adakah ayahanda pitam kerana terkejut melihat wanita itu sudah tua? Tetapi, hanya itu sahaja wanita yang sudi berkahwin dengan ayahanda! Lagipun ayahanda sudah tua jadi sangat padan lah dengan wanita tersebut! Apakan daya bukannya jodoh ayahanda dengan wanita tersebut! (Putera Raja bermonolog sendirian lagi)


Sewaktu Putera Raja sedang bersedih di dalam istana tiba - tiba masuk seorang pengawal memberitahu Putera Raja bahawa ada seorang gadis datang untuk bertemu beliau. Putera Raja berkata beliau tidak mahu diganggu buat seketika namun pengawal itu memberitahu gadis itu tetap mahu berjumpa dengan Putera Raja. Putera Raja berasa begitu murka lalu menyuruh pengawal itu membawa gadis itu datang berjumpa dengannya.


: Apakah gerangan kau wahai rakyat jelata datang untuk berjumpa dengan beta? Tidak kah kau sedar beta sedang berduka!! Adakah kau mahu beta berasa murka lalu menghukum kau? (Putera Raja membelakangkan badannya sewaktu bercakap dengan nada yang tinggi jadi dia tidak tahu siapakah manusia yang berada di depannya)

: Wahai tuanku! Ampunkan patik wahai tuanku Putera Raja! Patik mengerti bahawa tuanku masih lagi bersedih atas kemangkatan Raja Linpazhingo namun patik perlu juga datang ke istana ini untuk menuntut hutang yang dibuat oleh Raja Linpazhingo terhadap patik!

: Heyyyy!! Sejak bila ayandaku berrr...huuu...tangggg.....errrrr...(Putera Raja tergamam selepas beliau menoleh untuk memandang siapakah empunya diri yang lantang dan berani meminta hutang kepadanya itu)

: Maafkan patik wahai tuanku! Untuk pengetahuan tuanku sebenarnya Raja Linpazhingo sudah mengupah patik untuk menyiapkan tempahan kuih - muih yang dimintanya seperti karipap dan cucur badak untuk diberi kepada tetamu pada hari perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini. Sayangnya hajat Raja Linpazhingo itu tidak tercapai.

: Jadi, apakah...apa yang Raja Linpazhingo...berhutang dengan tuan hamba? (Nada percakapan Putera Raja menurun dan mata beliau tidak berkelip memandang gadis di hadapannya)

: Sewaktu Raja Linpazhingo datang berjumpa patik beliau sudah memesan agar patik menyediakan 10 ribu keping kuih karipap serta 5 ribu keping cucur badak dan bayarannya akan dibuat selepas majlis perkahwinannya. Namun, perkahwinan yang dikatakan baginda tidak berlaku dan masalahnya disini ialah patik sudah pun membeli bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat kuih tersebut seperti tepung gandum, garam, ubi kentang dan sebagainya lagi. Jadi, hajat patik datang ke sini hanya lah untuk meminta hak patik seperti yang dijanjikan oleh Raja Linpazhingo pada minggu lepas!!

: Siapakah nama kamu dan dimanakah tempat tinggal kamu??

: Nama patik ialah Snow White dan patik tinggal di Kampung Tiada Salji. Kenapakah Tuanku Putera Raja bertanya? Mahu bertandang ke rumah patik kah?

: Kamu sudah ada kekasih?

: Erkkkk....belum berpunya tetapi bukan kerana patik tidak laku cuma patik tidak bersedia lagi untuk bercinta. Di Kampung Tiada Salji memang ramai pemuda - pemuda yang mahu menyunting patik sebagai kekasih mereka tetapi semuanya patik tolak. Kenapa tuanku bertanya pada patik soalan sebegitu?

: Oh, begitu ceritanya! Jika begitu sudikah kamu menjadi kekasih beta?? (soal Putera Raja sambil mengenyitkan matanya berulang kali)

: Boleh tuanku berikan patik masa barang sepurnama untuk berfikir tentang tawaran tuanku ini?

: Tidak payahlah kamu berfikir lagi! Tidak mahukah kamu merasai tinggal di istana ini? Tidak mahukah kamu merasai menjadi permaisuri kerajaan Linpa ini? Dan yang paling penting tidak mahukah kamu bersuamikan lelaki yang gagah dan kacak seperti beta ini? (soal Putera Raja bertalu - talu kepada Snow White)

: Tuanku! Patik ini bukanlah gadis yang memandang pada harta! Patik bukannya seorang yang materialistik! Tuanku jangan fikir dengan segala macam kemewahan yang tuanku katakan itu maka patik akan setuju untuk menjadi kekasih tuanku. Namun, selepas patik memikirkan faedah - faedah dan kelebihan yang Tuanku tawarkan sebentar tadi tu maka patik rasa patik bersetujulah untuk menjadi kekasih Tuanku Putera Raja.

: Bagus! Bagus! Petang nanti kita jumpa di Taman Bunga yer wahai kekasihku Snow White!! (senyum Putera Raja hingga ke telinga)

: Baiklah bakal suamiku Tuanku Putera Raja! Jumpa petang nanti yer!


Suasana istana yang ceria pada ketika itu sangat berlawanan dengan suasana di menara yang menjadi tempat tinggal ahli sihir jahat tersebut. Menggunakan bebola kaca sakti yang mampu melihat sesiapa sahaja yang diingini maka tahu lah ahli sihir itu tentang perhubungan di antara Putera Raja dan Snow White yang kini di peringkat kekasih.


: Tak guna!!!! Macam mana Putera Raja boleh jatuh hati pada Snow White bedebah itu???

: Sebab Snow White tu kan gadis yang paling cantik di dunia ini!

: Hoi cermin sakti!! Adakah hang buta? Gadis yang paling cantik di dunia ini ialah aku!! Bukannya Snow White bedebah itu!!

: Tuanku!!!! Maafkan patik! Patik nak tanya satu soalan! Boleh?


: Apakah soalan yang hang nak tanya tu wahai cermin sakti?

:Tuanku tidak pernah melihat cermin kah? Tuanku tidak pernah melihat bayangan tuanku di dalam air kah? Hahaha!!


: Hand sindir aku ka wahai cermin sakti?? Hang dah lama hidup ker hahh??

: Hehehehe!! Gurau sahaja lah Tuanku!!! Alahhh!! Tuanku kata tuanku dah dapat satu idea!! Gunakan lah idea tuanku tu untuk menghapuskan Snow White!!


Bersambung....... 

Part 1 Disini

Part 2 Disini 

Part 3 Disini 

Part 4 Disini

Part 5 Disini

Part 6 Disini

Part 7 Disini

Part 8 Disini

Part 9 Disini


P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y



19 ulasan:

  1. Hans????? Mood okeh ker... or dah melayang-layang...

    BalasPadam
  2. haha nama x leh blah pinpazhingo.berbelit lidah cheq nk nyebutnya.kikiki.lawak2 pesan cucur lak tue kt snow white.i loike.kreatif la hang hans.hans, x mau wat cita psl raya ka?:)

    BalasPadam
  3. salam Hans ..

    Salam kemaafan ingin akak titipkan andai ada komen2 akak slama ini yang menyinggung dan menyentuh perasaan ..

    Terima Kasih kerana sudi menjengah blog akak yg tak sebberapa selama ni .. hehe

    Akak berharap persahabatan alam maya ini akan berkekalan dan memberi kita 1001 manfaat .. Insyallah .. SELAMAT HARI RAYA juga dari akak dan kluarga ! ^^

    P/S : Rajinnye la dia wat crita2 camni .. Byk idea tol! Jeles tau akak .. Huhuhu

    BalasPadam
  4. aduhh gelak tak boleh tahan pasal guna bahasa tempatan..sempoi je hehe

    BalasPadam
  5. hahaha ! cpt betol dieorg jatuh cinta.. hee ~~

    btw , selamat hari rye :)

    BalasPadam
  6. versi tersendiri yer...terbaik la lu bro...

    BalasPadam
  7. laju benor jatuh cinta. -___-"

    sebelum aku balek raya make sure abes semua part aaa..

    BalasPadam
  8. alamak! ingatkan ni dah part last.
    hahahahaha siapa sgka angkara lintah dgn pacat boleh buat nm krajaan. hehe :D
    adoiyaa,,, show off punya snow white. sengaja la gedik2 tnye plak. mmg padan la dgn putera raja yg gatal smpai kenyit mate brkali2. mana nk tumpahnye kuah kalo x ke nasi ek? hee ^^

    BalasPadam
  9. owhh mudahye snow white trima cinta putra raja tu..

    BalasPadam
  10. Wahhh.. Rajinnya buat cerita.. haha.. Aku rasa nak buat cita camtu jugaklah satu... Tungguuu...

    BalasPadam
  11. hahhaa. cek ingt snow white yg nak kawen ngn bpk nye. haha

    sambung2 ...

    BalasPadam
  12. haha. takleh blah perkahwinan diraja buat karipap dengan cucur badak. hans ooo hans. lawak la kau ni. hehe

    BalasPadam
  13. hahaha....terus mangkat.. =.=

    BalasPadam
  14. hahahhaa, terus mangkat. punya lah hodoh smpai mati. hihi. Snow white buat kuih badak dan karipap. comel la. hihi

    BalasPadam
  15. lol. sape la nak kawen ngan nenek

    BalasPadam
  16. ok..sgt lwk! esp part yg kuih muih, Kg tiada salji, dan whole story lah!

    kreatif! :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com