Isnin, 29 Ogos 2011

Snow White And The Seven Dwarfs - Part 6 (Versi Hans)

Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs

Genre :-
Fantasi

Episod :-
6

Watak - Watak Utama :-

Snow White


Ahli Sihir Jahat


Putera Raja


Orang Kerdil


Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat


...............................................................................................................................


Selepas Golimat berbincang dengan Snow White tentang cadangan yang diutarakan oleh gadis tersebut tentang bagaimana mahu menipu ahli sihir yang jahat itu maka Golimat pun membuat keputusan untuk mengikut bulat - bulat cadangan yang diutarakan oleh Snow White itu. Maka pada hari yang telah dijanjikan akhirnya Ahli Sihir Jahat tersebut pun datang bertemu Golimat di rumah pembunuh upahan itu untuk mengetahui tentang status terkini Snow White sambil membawa 10 ribu keping syiling emas seperti yang diminta oleh Golimat mengikut perjanjian mereka tempoh hari.


: Selamat petang!! Hai!! Golimattttttttt!!! Ohhhh Golimaatttttt!!! Aku datang nih!! Buka lah pintu!!!

: Hah!! Datang pun si tua nih!! Ingatkan bulan depan baru hang nak datang!!! Mana syiling emas yang aku minta tu??? Jangan cakap hang lupa bawa pula!! Aku tahu lah hang dah tua dan pekak!! Jangan tambah satu lagi kelebihan hang yakni nyanyuk!!

: Aku bawa lah syiling emas yang hang minta tu!! Tetapi, aku nak tahu dulu adakah Snow White telah mati seperti yang aku mahukan dan jika betul hang dah bunuh dia apakah buktinya? Tunjukkan!!
 
: Aku sudah bunuh Snow White semalam!! Mayatnya sudah aku buang di dalam hutan belantara agar dimakan oleh binatang buas di sana!! Tetapi, aku telah simpan ini sebagai bukti. Inilah jantung Snow White!! Nah!! (sambil mencampakkan jantung tersebut kepada Ahli Sihir Jahat itu)

: Muahahahahahaha!! Puas hati aku!! Akhirnya perempuan tak guna itu dah mati!! Aku lah yang paling cantik di dunia ini!! Hahahahahahaha!! Tetapi, kenapa jantung si bedebah ini kecil sangat? Apa - apapun disebabkan hang dah laksanakan tugas dengan cemerlang seperti yang aku minta jadi aku berikan hang 10 ribu keping syiling emas seperti yang dijanjikan sebelum!! Yeahhhh!! Snow White dah mampus!! Aku puas!! Puasss!!!
 
: Terima kasih perempuan tua! Eh, minta maaf yer! Aku dah lama nak tanya hang satu soalan nih! Boleh tak aku nak tanya soalan nih wahai perempuan tua yang buruk lagi hodoh?

: Apa benda yang hang nak tanya tu? Tanya cepat!! Aku dah nak balik ke menara tempat tinggal aku dah nih!!
 
: Rumah hang tak ada cermin kah??? Muka hang buruk kut!! Walaupun Snow White dah mati tapi mesti ada orang yang lebih cantik dari hang!! Hahahahaha!!

: Hahahaha!! Lepas nih hang tak boleh nak hina aku lagi!! Aku sudah siapkan satu ramuan ajaib yang bakal membuatkan aku kelihatan muda dan jelita kembali!! Kejap aku minum!! Glup glup glup! (ahli sihir tersebut meminum ramuan rahsia itu di hadapan Golimat)


Selepas ahli sihir jahat itu meminum ramuan rahsia buatannya sendiri itu tiba - tiba fizikalnya telah berubah menjadi muda dan jelita.


Wajah Terbaru Ahli Sihir Jahat Selepas Meminum Ramuan Rahsia
 


: Wahhhh!! Tiba - tiba dah jadi cantik!!!!! Jom kahwin!! Aku bujang lagi nih!! Belum berpunya lagi!!

: Malas aku nak layan hang!! Wahai cermin sakti kuuuu!! Wahai cermin sakti kuuuu!! Bangunlahhhh!!! Beritahu aku siapakah wanita yang paling cantik di dunia iniii!!

: .........................

: Kenapa tak ada sebarang respon nih!! Aku cuba lagi sekali! Wahai cermin sakti kuuuu!! Wahai cermin sakti kuuuu!! Bangunlahhhh!!! Beritahu aku siapakah wanita yang paling cantik di dunia iniii!!

: .........................

: Nih sah dok tidoq lagi nih! Tak guna punya cermin!! Hoiiii!!! Bangunlah setannnn!!! Aku nak tahu siapa wanita paling cantik di dunia ini!! Aku pecahkan juga hang nih kang!!

: Hurmmmmmm!! Alahhhhhhh!! Kacau lah tuanku permaisuri nih!! Hamba nak tidoq pun tak senang!! Baru sekejap tadi hamba bermimpi berjumpa dengan marka hamba!!

: Ada aku kisah hang mimpi jumpa marka ka awek hang ka apa!! Yang aku nak tau sekarang nih ialah siapakah wanita yang paling cantik di muka bumi ini!! Cepatlah jawab!!

: ...............(Golimat mula berasa resah kerana dia tahu Snow White masih hidup)

: Tuanku permaisuri!! Sudah berkali - kali hamba bagitahu bahawasanya gadis yang paling cantik dekat dunia nih ialah Snow White!! Snow White!! Adakah tuanku permaisuri sudah nyanyuk atau adakah tuanku permaisuri sudah pekak??

: Hang nih memang dasar cermin pemalas lah!! Aku sudah upah orang untuk bunuh Snow White semalam!! Kini gadis tak guna itu sudah mati!! Jadi, aku nak tahu siapakah gadis yang paling cantik di dunia selepas kematian Snow White!! Bodohh punya cermin!!

: Oh, Snow White dah mati rupanya!! Lain kali bagitahu lah dulu!! Haihhh!! Kejap hamba tilik dulu!! Eh, tuanku permaisuri!! Nampaknya Snow White masih belum mati!!

: ..............(Golimat bergerak perlahan - lahan ke pintu belakang rumahnya lalu melarikan diri) 

: Apa yang hang merepek nih jebon?? Snow White dah mati lah!!

: Kalau Snow White dah mati maka dia tidak akan tersenarai di dalam carta 10 gadis paling cantik dan seksi di dunia tetapi menurut senarai yang hamba dapat nih Snow White masih kekal berada di kedudukan nombor satu manakala tuanku permaisuri yang sebelum ini berada di kedudukan ke 100,541 pula berubah kedudukan di tangga ke-2 selepas tuanku permaisuri meminum ramuan istimewa itu sebentar tadi!!

: Maksudnya disini Snow White tidak dibunuh dan masih hidup dengan gembira ditemani oleh kuih karipap dan cucur badak hasil air tangan dia ka? Habis ini jantung siapa?

: .Begitulah nampak gayanya tuanku!! Snow White masih hidup dan jantung itu adalah jantung seekor ayam wahai tuanku permaisuri!! Nampaknya tuanku sudah ditipu dan diperbodohkan sebodoh - bodohnya oleh pembunuh upahan yang tuanku upah tu!!

: Tak guna punya Golimattttttttttttttt!!! Berani kau tipu aku!! Patut lah kecil jer jantung nih!! Rupa - rupanya jantung ayam!!! Arghhhhhhhhhhhhh!!! Matilah kau wahai Golimattttttttt!!!!!!! 


Ahli sihir yang jahat itu berasa begitu marah lalu mencari Golimat yang cuba melarikan diri daripadanya. Akhirnya ahli sihir jahat tersebut telah berjumpa dengan Golimat yang bersembunyi di dalam reban ayam rumahnya lalu berlaku lah sesuatu yang tidak diduga oleh Golimat!!


: Ooooooooooooooohhhh!!! Dekat sini hang bersembunyi rupanya wahai Golimat si penipu tak guna!!!

: Ahhhhh!! Macam mana hang boleh jumpa aku disini!! Baik hang berambus segera jika tidak mahu mati di tangan aku!! 

: Hang nak bunuh aku? Hahahahahaha!! Jangan harap lah!! Disebabkan hang menipu aku dan selalu menghina aku jadi rasakan lah pembalasannya!! (satu cahaya keluar daripada mata ahli sihir jahat itu lalu cahaya itu menuju tepat ke arah Golimat dengan lajunya)

: Apaaaa....apaaaa....yang....hang...cubaaa.....laku...kan...niiii....(Golimat terasa begitu lemah selepas cahaya itu meresap ke dalam badannya) 

: Aku sumpah hang jadi teloq ayam!!! Jadilah hang telong ayammm!!! (jerit ahli sihir jahat itu sekuat hati)


Bling!! Bling!! Blingg!!!


Tiba - tiba fizikal Golimat yang sebelum ini tegap dan sasa berubah bentuk secara tiba - tiba dan akhirnya Golimat bertukar menjadi sebiji telur ayam yang berwarna putih!! Kemudian ahli sihir jahat tersebut memijak telur ayam tersebut sehingga pecah!! Riwayat Golimat berakhir di kaki ahli sihir yang jahat itu.


: Berani hang tipu aku!! Rasakan!! Padan muka hang!! Puas hati aku!!

: Wahai tuanku permaisuri!! Tuanku mempunyai kuasa sihir yang begitu hebat!! Kenapa tidak tuanku sendiri yang menghapuskan Snow White itu dengan kuasa yang ada pada tuanku permaisuri ini?

: Betul juga kata - kata hang tu!! Awat lah aku nih bengap sangat hah!! HaihhH!!!

: Tuanku permaisuri baru tau ka yang tuanku permaisuri nih bengap? Hahahaha!!

: Hang nak jadi teloq ayam macam Golimat juga ka?

: Erkk!! Hamba bergurau jer lah tuanku permaisuri! Janganlah marah!! Jadi, bagaimana sekarang? Bila tuanku permaisuri mahu menghapuskan gadis itu?

: Malam ini juga aku akan bunuh perempuan bedebah itu!!!

: Bagaimana tuanku permaisuri nak bunuh dia??? 


Pada malam tersebut ahli sihir jahat itu telah pergi ke rumah Snow White di kampung Tiada Salji lalu membakar rumah gadis tersebut menggunakan kuasa sihirnya. Seluruh rumah Snow White terbakar teruk dan selepas kebakaran reda terdapat satu jasad yang rentung dimamah api dijumpai di bahagian dapur rumah Snow White tersebut. Ahli sihir jahat itu pun pulang ke menara dengan perasaan yang cukup gembira meraikan kematian Snow White itu.


: Seronoknya aku sebab Snow White dah mati depan aku!! Wahai cermin saktiku!! Wahai cermin saktiku!! Siapakah gadis yang paling cantik di dunia ketika ini??

: Gadis yang paling cantik di dunia ini ialah...ialah...ialah...

: Asyik ialah ialah!! Ialah apaaa??

: Snow White!!

: Apaaaaaaaaa??? Snow....White??? Biaq betoi!! Habis tu mayat yang rentung terbakar di dalam rumah dia tu siapa pula?

: Tak tahu!! Tak tahu!! Tak tahu!! 


Bersambung....... 

Part 1 Disini

Part 2 Disini 

Part 3 Disini 

Part 4 Disini

Part 5 Disini

Part 6 Disini

Part 7 Disini

Part 8 Disini

Part 9 Disini


P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y

25 ulasan:

  1. banyak episod ni. jadilah hang teloq ayam putih sebab buat aku tertunggu-tunggu. haha

    BalasPadam
  2. ok! akn ku tggu smbungan nya lg :D

    BalasPadam
  3. bila kau nk buat smbungn pulak ni hehe

    BalasPadam
  4. mst org kerdil yg rentung tu kan..hehe

    BalasPadam
  5. ade plak yg mati. ni xleh ni . :(

    BalasPadam
  6. Salam..selamat hari raya hans!

    BalasPadam
  7. bertelur la nunggu sambungan cite ni hehehe

    Jgn2 seven dwarf tu yg rentung hihi

    BalasPadam
  8. membazir betul tukang sihir tu kan , kan lebi baik goreng jek telur tu buat sahur ;p

    BalasPadam
  9. haha...kesian golimat jadi teloq ayam....adehh...siapakah yang rentung itu? :D

    BalasPadam
  10. fuh.. ko nak wat drama blog ka ni..

    BalasPadam
  11. ok. ahli sihir macam cantek siket

    BalasPadam
  12. dramatik betol la cite ni..
    lawak pon ada..
    hahahaha...

    BalasPadam
  13. perlbagai watak menjelma ye

    hehehe

    BalasPadam
  14. syok gak layan mcm bace komik hehe..

    BalasPadam
  15. kah kah kah
    golimat yg bodoh kan?

    tp dahsyat la citer nie..

    BalasPadam
  16. bnyk episod kau, xingt plak aku yg episod lps..samat ari raya

    ps- kau ada suggest kawan kau kat aku dlm fesbuk ea kan, tetiba tanya sini

    BalasPadam
  17. siap rentung lagi tu...heheh..ni dah memang lari dari jalan cerita sebenar ni..heheh

    BalasPadam
  18. huh, cam best jer citer nih... nanti2 nak kena baca dari mula2 dulu nih :)

    BalasPadam
  19. wah nama golimat tak menahan..hehe...jauh betul fantasi en hans kan..hehehe

    BalasPadam
  20. jadi teloq ayam? adess....jadi la kuih ke..sedap jugak...hahaha...

    sapa yang rentung tu??

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com