Ahad, 28 Ogos 2011

Terima Kasih Proton Perdana Berwarna Hitam!! Jasamu Ku Kenang!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian!! Bagaimana persiapan hari raya anda wahai pembaca yang menyambut hari raya Aidilfitri sekalian? Rumah dah kemas? Baju raya dah beli? Biskut raya dah siap letak dalam balang kuih? Duit raya dah masuk dalam sampul? Hahahahahaha!! Nampaknya hari - hari terakhir nih tidak kira lah pukul berapa pun selagi tempat yang menjual baju raya, jubah, tudung, beg, kasut dan biskut raya masih beroperasi pasti kawasan sekitar tempat itu penuh dengan lautan manusia dan sesak dengan kenderaan yang keluar masuk.


 Asal Aku Letak Gambar Hujan Batu Nih? Hahahaha!!


Aku tak pasti bagaimana cuaca di tempat korang tetapi kalau di sebelah utara nih asyik hujan memanjang! Jadi, memang mencabar lah bagi aku yang menjalankan segala urusan peribadi dengan menggunakan motosikal kesayangan aku tu!! Macam tadi aku pergi lah gunting rambut setelah sekian lama rambut aku dibelai dan dijaga rapi!! Alhamdulillah selepas rambut aku digunting kekacakan aku semakin meningkat peratusannya!! Nak dijadikan cerita tiba - tiba hujan pula lepas aku habis gunting rambut!! Kena lah bertapa sekejap menanti hujan renyai - renyai sebelum aku menerjah TESCO Mergong pula!




Aku pergi sana sebab nak beli kasut untuk praktikal aku nanti! Walawehhh!! Cantik - cantik pula kasut nih!! Melayang duit aku selepas tergoda dengan kekacakan kasut yang sah menjadi hak milik aku tadi!! Hahahaha!! Lepas tu tiba - tiba terasa nak beli sandal untuk raya nih!!! Aku tengok harga dan aku tengok isi dalam dompet buruk aku!! Arghhhh!!! Tak cukup RM20!! Sob sob sob!! Tak apa lah sandal!! Bulan depan aku datang jenguk kau balik!! Hahahaha!!




Lepas tu sekali lagi aku bertapa dekat TESCO tu sebab hujan lebat gila!! Memang hujan nih tak berhenti - henti jadi aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja jalan raya tu walaupun sejuknya sampai ke tulang sumsum!! Waktu aku lalu dekat sebuah jambatan tu tiba - tiba adalah sebuah kereta Proton Perdana warna hitam bernombor plat KAP 4* ker *4 entah yang memecut laju di sebelah aku!! Mak datoooo!!! Aku rasa macam ombak daripada laut jer yang datang menyerang aku waktu tu!! Habis basah kuyup aku dibuatnya!!


Gambar Hiasan


Automatik aku yang masih belum berbahasa kesat hari nih tiba - tiba tercarut pada pemandu kereta tu!! Gila betul lah!! Nasib topi keledar aku ada penutup muka!! Buatnya tak ada penutup muka memang aku dah mati agaknya sama ada mati lemas terjatuh tasik atau mati kena langgar dengan kereta belakang!!! Geram betul aku!! Yang aku sakit hati sangat tu yang si pemandu tu gigih nak memecut laju tu kenapa!! Sah - sah lah depan dia tu lampu isyarat tengah merah!! Lagi pun depan dia memang tengah sesak pun dengan kereta dan lori!! Alih - alih kau berhenti juga menunggu lampu isyarat tu berubah jadi warna hijau!! Lain lah kalau kereta kau boleh terbang tu okay lah juga kau nak bawa laju macam Mark Webber pun!! Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!


Bentuk Air Nih Lebih Kurang Sama Macam Aku Kena Tadi Agaknya


Serius aku geram dengan manusia macam tu!!! Nasib lah umur aku panjang!! Kalau tidak tak sempat nak buat kek coklat malam nih!! Tak sempat nak habiskan kisah dongeng Snow White aku tu!! Hahahaha!! Syukur alhamdulillah sebab aku masih bernyawa!! Terima Kasih Proton Perdana Berwarna Hitam!! Jasamu Ku Kenang!!! Jadi, kepada pemandu - pemandu kereta sekalian sila lah bawa perlahan sedikit sewaktu hujan tambah - tambah kalau anda tahu di hadapan anda ada banyak air hujan yang bertakung di atas jalan raya tu!! Sila bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya yang lain!! Jumpa lagi selepas ini untuk sambungan entry Snow White aku tu. Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Tiba - Tiba Rasa Macam Nak Demam!!

13 ulasan:

  1. kesiannya...rasanya pemandu kereta hitam tu sakit perut..tu yang jadi kurang waras sikit pemikiran dia hinggakan sanggup memecut laju walaupon hari hujan dah lampu merah..nnt bukak posa mkan ubat ya =)

    BalasPadam
  2. lol ... keji gile pemandu camtu :P

    BalasPadam
  3. haha jgn demam.. dah nk raya ni

    BalasPadam
  4. aku rasa dia mmg sngaja lggar lopak air tu nk basahkan hang la.. haha..

    BalasPadam
  5. nak domam...habeihla..xfeel la nk raya camni..

    BalasPadam
  6. nasib baik selamat. sabar je la dgn dugaan ni. hihih

    BalasPadam
  7. As Salam,

    wahhaha~itu maknanya malang tak berbau..sia2 jer pemandu tu dpt carutan percuma..huhu~~

    BalasPadam
  8. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHHA.

    BalasPadam
  9. ujian di bulan puasa.. huhu..sabar jer la..

    BalasPadam
  10. sABAR itu perlu
    jom laa jln sini n follow me !
    http://hanimansor01.blogspot.com/
    Love to blogwalk at your blog

    BalasPadam
  11. Kucing dier nak beranak kot. haha.. Sabar Hans.. Msh puasa lagi nie...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com