Isnin, 26 September 2011

2 Perkara Yang Memberi Kesan Hari Ini Pada Hans

Dunia dewasa adalah satu dunia yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang datang bukan sahaja terhadap diri sendiri namun termasuk lah cabaran di dalam perhubungan dengan orang sekeliling. Setiap orang ada pemikiran dan pandangan sendiri tentang sesuatu perkara. Yang berumur sentiasa merasakan diri mereka betul dan yang muda pula sentiasa mengganggap idea mereka paling terbaik kerana kononnya mengikut arus zaman. Bagi gua tidak kira anda tua atau muda namun perlu lah ada sifat tolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Insyaallah kedua - dua generasi ini mampu hidup sebumbung bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang singa mengaum.


 Kejap Lagi Gua Nak Makan! Yehaaa!!


Mukadimah di atas lahir daripada pengalaman hari ini apabila berinteraksi dengan golongan emas yang berkongsi kisah tentang golongan berdarah panas berkenaan sikap dan tabiat di dalam dunia pekerjaan. Harap - harap kalian memahami lah mukadimah yang gua tulis tu. Apa - apapun, hari ini ada 2 perkara menarik yang berlaku terhadap diri gua sewaktu gua berada di sebuah karnival menyibukkan diri gua yang tidak sibuk pada hari ini.




Perkara pertama yang sangat menyentuh hati gua pada hari ini apabila berpeluang berjumpa dengan segerombolan murid sekolah daripada sebuah sekolah khas yang mengalami masalah penglihatan yang agak teruk dimana ada 2-3 orang budak di dalam kumpulan tersebut yang mengalami masalah penglihatan yang bagi aku sangat menyedihkan kerana kasut di hadapan mereka pun mereka tidak nampak sehingga perlu dipimpin oleh cikgu mereka. Gua sedih sangat waktu tu! Memang lah air mata gua tak menitik tetapi hati gua rasa sayu sangat! Gua tak tahu nak gambarkan keadaan gua macam mana tetapi sedih gua sampai gua tak sanggup nak pandang mereka lama - lama! Apabila gua melihat mereka maka teringatlah satu ungkapan Jika Anda Merasa Diri Anda Sudah Cukup Susah Maka Ingatlah Ada Lagi Insan Yang Lebih Susah Daripada Anda dan hal ini secara tidak langsung mengajar gua supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada gua. Selepas mereka berangkat dari tempat aku duduk setelah selesai urusan guru mereka maka terbayang lah gua tentang bakal anak - anak gua(walaupun calon isteri tak jumpa lagi tetapi gua terfikirkan bakal anak gua!!) dan adakah gua mampu menghadapi cabaran jika diuji dengan ujian sebegini? Jika kalian diuji sebegitu mampukah kalian mengharunginya? Insyaallah kita boleh jika kita redha terhadap segala kejadian tersebut! Amin!




Perkara kedua pula yang berlaku kepada gua yang kadang - kadang gua fikir agak lucu dan adakalanya terasa sedikit seram apabila gua terlihat seorang remaja lelaki berjalan seorang diri ke sebuah meja tempat gua dan rakan - rakan duduk berehat seketika sebentar tadi. Gua berada di dalam sebuah bilik berdinding gelap dimana orang luar tidak nampak gua di dalam namun gua nampak dengan jelas orang yang berada di luar. Gua tengok budak lelaki nih duduk dekat meja tu dan tiba - tiba dia ambil cawan plastik yang gua dan rakan - rakan tinggalkan sekejap dekat atas meja tu dan dia minum air di dalam cawan plastik tu. Lepas tu budak lelaki tu dengan selambanya ambil cawan plastik gua yang berisi air mangga yang gua baru minum sikit tu dan dia minum agak banyak juga lah. Kawan gua dah ketawakan gua dah tetapi gua pula tergamam tengok aksi yang sangat selamba dari budak lelaki tu. Selepas tu gua fikir budak lelaki ini mungkin ada masalah kesihatan kut jadi gua hanya memerhati daripada dalam. Tiba - tiba datang abang atau ayah budak lelaki tersebut dan budak lelaki itu pun pulang dengan menaiki motosikal. Gua pun tak tahu nak kata apa tetapi memang air gua dalam cawan plastik tu gua dah tak sentuh lah. Hehehehehe!!




Apa - apapun, hari ini memang gua membeli - belah sakan lah kan! Gua bukan beli benda merepek pun! Gua beli jagung nak buat cucur jagung! Lepas tu beli jeruk mangga kesukaan gua! Beli kuih samosa yang disejuk beku! Beli coconut shake! Hahahaha! Duit gua hari nih habis dekat makanan jer tetapi gua tak kisah sebab makanan kan! Boleh kongsi makan dengan keluarga! Gua tak tahu kenapa tetapi hati gua jadi senang dan gembira bila gua dapat bawa balik makanan dan bagi keluarga gua merasa! Gua rasa hati gua puas sangat! Tak tahu lah kenapa tetapi itu adalah salah satu perkara yang gua sangat suka buat! Jadi, sampai sini sahaja lah gua merepek pada hari ini. Harap - harapnya adalah serba sedikit perkara di dalam kisah ini yang mampu membuka mata hati atau menyedarkan pembaca blog ini tentang apa yang gua cuba sampaikan. Jumpa lagi pada hari yang mendatang. Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Teringin Nak Makan Ayam Piru!!! (^_^)Y


12 ulasan:

  1. apsal sume nk kaler kuning hans?
    otak sy bekerja keras tatkala m'bce entry anda kali ini...agk berat ye...huhu =p

    BalasPadam
  2. "yang tua dihormati, yang muda disayangi,"

    malangnya kebanyakan manusia gemar membuang satu frasa demi kepentingan diri masing-masing. kalau tolak faktor umur, secara ringkasnya sy boleh katakan semakin tua seseorang, semakin hilang budi bahasanya. - Ini utk kbanyakan org yg saya come across dlm life.

    org muda-mudi selalu disalahkan tak kira kat mana2, senoir lebih mulia dr junior, tp kenapa senyum dibalas jelingan atas ke bawah? kemudian hipokrit mengatakan - kami senyum juga, senyum dalam hati..

    wahh, panjang tira tulis, boleh buat entri ni. :)

    BalasPadam
  3. Kena tabah dan redha dalam setiap perkara yang berlaku.. Setiap satunya pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  4. i baru makan jeruk..makin teruk batuk i ni..hehe

    BalasPadam
  5. wa yang baca entry lu ni pun jadi tacing..haha..tabik monoshock kawan..

    BalasPadam
  6. Tak tahu la orang lain macam mana, tapi bila-bila time aku tengah ditimpa masalah, aku suka tengok video-video orang OKU atau pun episod-episod Bersamamu. Kira macam terapi untuk menghadapi masalah la. Hmm.

    BalasPadam
  7. kesimpulannya hans mmg gembira hari ni, keh keh keh..


    ayam piru tu apa?

    BalasPadam
  8. selamba je budak lelaki tu minum air kau...kenapa

    BalasPadam
  9. ayam piru tu penyet ka..

    kite bersyukur, sekian

    BalasPadam
  10. ternyata ko mmg suka makan..hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com