Sabtu, 10 September 2011

Akhirnya



Alhamdulillah! Akhirnya Samsung Galaxy Mini yang diidam - idamkan sebelum ini berjaya dimiliki pada petang tadi! Dalam banyak kedai aku survey tadi harga paling murah untuk seunit ialah RM499 tetapi tidak dicampur dengan aksesori - aksesori lain lah! Dalam banyak - banyak tempat aku survey tadi ada dua buah kedai yang berjaya menarik hati aku untuk membeli daripada mereka. Sebuah kedai A menawarkan dengan harga RM550 ditambah dengan memori kad tambahan berkapasiti 8gb sebelum tiba - tiba dia menurunkan harga kepada RM500 manakala sebuah kedai B menawarkan seunit dengan harga RM540 termasuk software dan aksesori yang aku mahukan tetapi tidak disertakan dengan memori tambahan 8gb.

Semestinya dalam otak aku sewaktu tu aku tertarik kepada kedai A jadi aku mahu bertanya jika ditambah software dan aksesori yang aku mahukan berapa harga yang aku perlu bayar. Dalam fikiran aku mesti lebih kurang dengan kedai B sahaja namun apa yang membuatkan aku rasa sakit hati apabila tiba - tiba sahaja dia berkata jika mahukan kesemua itu harga yang perlu aku bayar ialah RM600. WTF! Aku dah cakap aku tidak mahu beberap software yang tidak aku perlukan buat masa ini! Selepas tu si pemilik kedai bertanya kepada aku tentang berapakah budget aku dan aku berkata di dalam RM550 namun dia berkata kepada aku,"Alahhh! Lu tambah lah sikit! Nanti lu angkat pun puas hati maaa!"




Huh! Dari RM500 lepas tu suruh tambah aksesori yang harga RM10 dan software tu pun tiba - tiba jadi RM600. Memang kecoh gila! Nampak sangat la menipu! Aku dah kata aku tak mahu apa yang dia nak tawarkan sebab budget aku dah tetapkan tetapi dia berkeras nak suruh aku tambah! Lepas aku cakap aku tak nak boleh pula dia buat - buat tarik muka dan cakap Mandarin dengan kawan dia. Ingat aku tak faham ker?(Aku faham la sikit - sikit apa dia cakap! Untung belajar mandarin dekat Uitm hari tu!). Jadi, terus aku pergi ke kedai B dan apa yang aku suka dengan kedai B nih ialah tahap kejujuran dan berterus - terangnya adalah 10 kali ganda lebih baik dari kedai A tadi. Si pemilik kedai B berkata," Lu mau ori wa kasi lu ori ma! Tak ada tipu - tipu punya! Lu nak software apa wa boleh kasi bikin! Ada apa - apa masalah nanti lu datang sini jumpa gua lah! Tak dak hal punya maaa!"

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membeli di kedai B kerana aku lebih puas hati, tanpa ada dolak dalik, tanpa ada masam muka dan layanan yang penuh mesra! Kesimpulannya, aku tidak suka membeli apabila aku menyedari ada pembohongan yang sedang berlaku! Hahahaha! Apa - apapun, setakat aku guna kejap tadi agak seronok dan juga sedikit pening sebab pertama kali guna telefon yang jenis macam nih! Jadi, lepas habis cas bateri kejap lagi aku perlu lah memeriksa kesemuanya. Hehehehe! Terima kasih atas saranan kalian yang menyuruh aku membeli Samsung Galaxy Mini. Memang puas hati!


P/S : Jangan Menipu Dan Insyaallah Perniagaan Anda Berjaya! (^_^)Y


29 ulasan:

  1. fuyooo..ad henset baru r!! :D

    BalasPadam
  2. laaa, aku ingat cite snowwhite td

    BalasPadam
  3. wah..da jadi geng android da die..tahniah2 :)

    BalasPadam
  4. Wadi : ko mamai ke apa? hahahaha

    BalasPadam
  5. Yuyu A li malas nak sign in10 September 2011 8:23 PTG

    perghh perghh dan perghh lagi.


    up la pic bercamwhore ngn fon baru kalo brani ..ngee

    BalasPadam
  6. Qarr : hahahahaha

    Yuyu : aku tak explore lagi..harap bersabar..hahaha

    semua : :-)

    BalasPadam
  7. aku teringin nak pakai iphone4.
    skali tgk harge.
    masih tak mampu. HAHAH!

    BalasPadam
  8. huhuhu best la layan WiFi pasni...
    banyak kedai bro..kalu belum bayau baik cr kedai lain dr kena topup yang bukan2...:)

    BalasPadam
  9. tahniah! 500 dah kira murah la tu.
    hmmm.. kalu tuan kedai mcm tu dh lama aku blah beb.. bknnye ade satu je kedai. byk lg. hehe.

    BalasPadam
  10. waaaa galaxy kot.
    android nya version apa eh?

    BalasPadam
  11. fuh fuh fuh!! sabaarr..... (jeles gila!)

    BalasPadam
  12. baru behajat nak sambar 1. ok x die punye functions?

    BalasPadam
  13. waaahhh...kak lang pun ngidam bnda ni jgk, tp xtau la bila nak dpt...huhuhu

    BalasPadam
  14. aiseh..hp bru tu.nk beli hp jgk!!!

    BalasPadam
  15. akhirnya pkai android gak ko bro..aku ni bile la...

    BalasPadam
  16. wahhh. wat lah review. nak gak usha fon baru nie.

    BalasPadam
  17. kdg2..bkn sstu produk yg menggerakkn hati kita utk beli ttp layanan mesra penjual yg mbuatkn kita jatuh hati utk beli..kan..kan..kan..

    BalasPadam
  18. bes x kamera henset tu..if compare to camera galaxy sii, jauh beza x camera dia?

    nak beli phone baru gak ni..=)

    BalasPadam
  19. yeahhh ! saya pun gunakan nya . satu perkara yang melecehkan bila pakai smartfone ni . beteri cepat habis -___-

    BalasPadam
  20. wah..beli guna duit raya ker?hiks

    BalasPadam
  21. Nak jugak weiiii....duit x dakk.

    BalasPadam
  22. huyoooo....
    xpakai phone keluar lmpu kelip2 lg r nie!!!kekeke

    BalasPadam
  23. tahniah2 hans..dapt jugak akhirnye..huhuhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com