Sabtu, 24 September 2011

Manusia Semakin Gila

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Selamat hari minggu gua ucapkan pada anda semua. Saban hari gua serabut perut membaca atau menonton berita berkenaan gejala sosial mahu pun songsang yang semakin menjadi - jadi sejak akhir - akhir ini. Jika dahulu kita sering 'dihidang' dengan berita tentang masalah - masalah yang sehingga kini belum selesai seperti kes dadah, pelacuran, ketagihan gam, rempit, black metal, ajaran sesat, judi, nombor ekor, arak dan pelbagai lagi kes yang masih wujud dengan statistik yang semakin meningkat namun sekarang gejala - gejala lain pula yang datang untuk menambah kepada masalah - masalah sedia ada.




Bunuh diri, rogol, cabul, liwat, membunuh, simbah asid, homoseksual dan banyak lagi kes - kes sebegini kini semakin ligat dilaporkan oleh media negara. Gua kadang - kadang rimas dan pelik memikirkan apa sudah jadi dengan masyarakat kita sekarang? Seperti contoh salah satu kes bunuh diri yang paling menyedihkan gua yang berlaku baru - baru ini berkenaan sepasang kekasih yang membunuh diri dengan menelan racun gara - gara cinta mereka dihalang keluarga. Alhamdulillah si perempuan masih disayangi Allah kerana dapat diselamatkan namun si lelaki yang dikatakan baru memeluk Islam pula mati di dalam kejadian tersebut. Sedih sangat gua baca kisah nih. Betapa ceteknya tindakan mereka dengan membunuh diri semata - mata untuk membuktikan cinta mereka setaraf Romeo & Juliet. Bagi gua dari mereka bunuh diri baik mereka kahwin dekat Siam sahaja kalau betul lah mereka nak sangat berkahwin dan hidup berkeluarga. Apa - apapun, restu ibu bapa anda itu penting kerana perkahwinan lebih diberkati jika ia disokong oleh kaum keluarga.





Kes rogol juga sudah kedengaran seperti kes biasa sekarang kerana saban hari ada sahaja gadis yang dengan rela atau tanpa rela dirogol. Tetapi, paling menyedihkan apabila orang yang diharapkan sebagai pelindung menjadi sebaliknya bak kata pepatah harapkan pagar tetapi pagar makan padi dan ibarat haruan makan anak. Gejala kes seperti ayah merogol anak kandung, abang merogol adik sendiri dan datuk merogol cucu sendiri sememang satu gejala yang menjijikkan dan lebih teruk daripada sikap binatang yang tidak mempunyai akal untuk berfikir. Apakah yang golongan ini fikirkan sehingga tergamak merogol darah daging sendiri? Walau apapun sebab yang dikemukakan oleh mereka namun aku sesekali tidak akan dapat menerima dan memaafkan perbuatan mereka yang terkutuk itu kerana bagi aku mereka tidak layak untuk dipanggil manusia.




Sebentar tadi aku ada terbaca tentang kes seorang kanak - kanak lelaki berusia 8 tahun yang hampir diliwat oleh seorang lelaki yang 'gila meroyan' di dalam tandas tetapi alhamdulilah ayah kanak - kanak tersebut berjaya menyelamatkan anaknya dari diliwat dan lelaki 'gila' tersebut berjaya ditangkap. Sedih betul aku membaca kisah tersebut. Apa sudah jadi dengan nilai moral masyarakat kita? Mengharapkan pada yang berusia untuk memberi ajaran berguna namun begini pula jadinya. Nak diharapkan yang muda pula masing - masing mengikut darah panas dengan membuat sesuka hati atas nama kepuasan diri tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri serta keluarga dan agama. Manusia semakin gila! Berubah lah wahai manusia sebelum terlambat!


P/S : Manusia Semakin Kembali Ke Zaman Jahiliah!



P/S Lagi : Selamat Hari Lahir Diucapkan Kepada 


14 ulasan:

  1. Sedih dan Sadis dengar berita2 sekarang. macam2 yang berlaku..ermm

    BalasPadam
  2. gila2...manusia semakin hilang pertimbangan...sudah tidak knl dosa pahala...inikah namanye dunia akhir zaman?

    BalasPadam
  3. setuju!!! manusia semakin gila...

    BalasPadam
  4. ruginya psgn kekasih yg membunuh diri tersebut.. bek kawen kt siam drp bunuh diri..

    BalasPadam
  5. tuh la, tak tau apa nak jadi manusia nih.

    BalasPadam
  6. solihin zubir : kan? dah alang2 nak sangat kahwin pergi la kahwin dkt siam...diorang patut contohi pasangan yang lari ke Lombok..itu baru tindakan bijak(bagi si jejaka lombok jer lah)...

    BalasPadam
  7. kdg2 x dpt diterima akal pun ade.
    kena dgn lagu elyana nih. erkkk!

    BalasPadam
  8. akidah tu bile ckp mmg senang.. tp bile kite nak pupuk dlm masyarakat kite mmg payah..

    BalasPadam
  9. sedih bila baca yang baru masuk islam dah bunuh diri.. rasa sia2 aje tu.. sayangnya..

    BalasPadam
  10. Hmmmm risau je manusia skrg ni --

    BalasPadam
  11. moag kita dijaohkan la drpd menda pelik2 suma tu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com