Matlamat Asal Hans

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah seronok betul gua dapat bercuti 3 hari cuma yang tak seronoknya kerana gua diuji dari segi kesihatan apabila gua demam hari nih. Namun kerana gua rasa kebosanan sebab nak tidur pun gua dah tak mampu tidur sebab asyik tidur jer jadi gua pun keluar lah dengan matlamat asal mahu menonton wayang. Apabila sampai dekat tempat yang dituju memang suasana tersebut mengejutkan gua kerana begitu ramai orang beratur untuk membeli tiket wayang.




Tiba - tiba gua hilang nafsu untuk menonton wayang jadi gua bercadang mahu membeli - belah baju atau seluar dalam 2-3 helai. Gua lihat - lihat dan jeling - jeling dan akhirnya gua tertarik dengan beberapa baju dan seluar lalu gua pun bergerak menuju mesin ATM dan mengeluarkan wang gua! Bila gua datang balik tiba - tiba selera gua untuk membeli baju - baju tadi mati! Entah kenapa lah dengan gua nih! Jadi, gua ambil keputusan untuk keluar mencari makanan - makanan rangup di luar dimana selera gua waktu tu ialah mahu membaham apam balik. Kedainya tutup pula! Haihhhhhhhhh!!!


 Kacak Kan Sandal Baru Gua Nih!


Lepas tu gua mengambil kesempatan untuk ke Tesco Stargate sebab gua tak pernah pergi lagi! Hurmmm!!! Sedikit kebosanan kerana keluasannya tidak lah sebesar mana! Jadi, gua pun bergerak pula ke Tesco Mergong! Disana gua tertarik dengan sebuah kasut yang sangat cantik dan semestinya harganya pun cantik iaitu RM139. Gua tahan nafsu dulu! Nanti gua kaya sikit gua datang jumpa kau balik yer kasut! Gua beli sandal jer lah menggantikan selipar gua yang berusia 2 tahun tu! Hohohoho! Tetapi, agak rimas juga lah sebab waktu gua tengah seronok mencuba kasut - kasut dekat situ ada seorang pekerja asyik duduk belakang gua jer! Gua pergi mana pun mesti dia ikut gua! Huh!! Rimas betul gua!


 Durian & Coklat Sangat Sedap


Selepas tu gua menapak pula dekat Big Apple. Dah nak dekat setahun dah gua tak makan benda nih gua rasa! Hahahaha! Jadi, gua macam biasa lah mesti lah beli donut kegemaran gua iaitu coklat dan durian. Yummy! Yummy! Balik rumah gua suruh mak gua pilih nak donat yang mana! Mak gua buat muka lah sebab dia tak suka coklat jadi gua mencadangkan agar beliau merasa donat durian yang gua beli 2 biji tadi! Lepas tu mak gua cakap,"Awat tak beli semua durian?" Muahahahaha! Itu tanda mak gua sudah mencintai donat durian Big Apple. Kehkehkeh!

Apa - apapun, memang terang lagi bersuluh matlamat asal Hans telah lari kerana permulaannya ingin menonton wayang dan kemudian berubah kepada membeli baju dan seluar dan akhirnya berubah lagi kepada membeli kasut dan donat Big Apple. Kehkehkehkeh!! Esok lusa lah gua tengok wayang! Chow dulu! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Demam Gua Kali Nih Pelik Sikit Sebab Selera Makan Gua Sangat Tinggi! Selalu Kalau Gua Demam Letak Daging Unta Bakar Pun Gua Tak Rasa Nak Makan Tetapi Kali Nih Selera Makan Cukup Besar! Aneh Betul!


19 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yg duk blkg tu folow2 ko sbb nk mtk nombo enpon kot.. hahahaha..

    BalasPadam
  2. Hik3 jauhnya lari dari matlamat asal..=D

    aish!best sangat ke donut durian? glurpp! suka yg coklat gak! yeayyy

    BalasPadam
  3. budak tu duk iring ko sbb nak ngorat la tu. hahaha..

    ko saje je kan beli donut durian 2 supaya ko boleh makan lagi empat ketul. kan? kan? lalala~

    semoga cepat sembuh hans!

    BalasPadam
  4. terliur tengok pic donut big apple tueee~~~

    BalasPadam
  5. ni demam nak ko jadi gemuk ni..hehe

    BalasPadam
  6. eden pon tongah solsomo ni..pfftt..

    mcm ak je ko ni hans..haha,,aritu keluar nk beli ubat je.balik2 penuh slendang ngan baju plak aku beli..hahaha

    BalasPadam
  7. Musim selsema kot.. Aku sini pun kena gak ngn selsema...

    BalasPadam
  8. get well soon hans! wah.tu due2 muvie y memang sy teringin nak p tengok jugak.hee.donut tu memang siyes nmpk menarik :)

    BalasPadam
  9. hahahaha. okey. yang tu memang sedap. bila nak belanja saayyaa?

    BalasPadam
  10. gua demam ke tak ke selera makan tatapp besar. kui kui :P

    BalasPadam
  11. eh betul la. sandal itu kacak. harge kacak x?? =.="

    sekali imbas bace ingat Tesco Mengong, rupenye Mergong. aiyoh >.<

    BalasPadam
  12. "Munchet banyak donut byk2," kata Amer yang sama2 makan donut Big apple Alien n Cheese

    BalasPadam
  13. wah, nak ikut.. tak cakap awal2. haha~

    sedap tu big apple. lama tak makan..

    matlamat dah berubah dan cari yg lain. hihi~

    BalasPadam
  14. apa al sakit sebenarnya si tun dr hans ni yer..??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama