Selasa, 6 September 2011

Petknode : Manusia Tidak! Binatang Pun Tidak!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Semalam salah seorang member gua yang begitu sukakan kucing sangat emosi di twitter semalam berkenaan isu Petknode. Mula - mula gua tak tahu apa - apa dan lepas gua baca kisahnya maka tersangatlah terkejut, sedih dan geramnya gua dengan pemilik - pemilik Petknode tu!!

Gua tak tahu nak membahasakan pemilik Petknode nih dengan gelaran apa. Nak kata manusia tetapi perangai macam binatang! Nak kata binatang pun tak boleh juga sebab binatang pun sayangkan anak masing - masing!! Apa jenis insan pun gua tak tahu lah! Yang paling gua tak tahan tu pihak Petknode nih nak saman pemilik kucing yang pecah masuk kedai mereka!! Dah buat salah besar pun ada hati nak tunjuk hebat lagi!! Tadi gua ada terbaca permohonan maaf mereka dan apa gua boleh simpulkan itu semua ayat sampah!!!


Gambar Nih Buat Aku Menangis



Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada. Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.


Wahai Pemilik Petknode(PP)!!


Cara PP minta maaf ibarat PP nih tukang jahit dan sedang memohon maaf pada pelanggan PP kerana tidak dapat siapkan baju raya mereka jer! Ini berkaitan nyawa!! Kalau dah PP kata perniagaan kecil lah kekangan modal lah...habis tu apa kejadah PP terima sampai beratus - ratus ekor kucing untuk dijaga? Lagi pun pemilik kucing bayar beratus - ratus kut!! PP memang gila lah!! Gila duit!!! Permohonan Maaf Kalian Tak Ada Nilai Langsung!!

Jadi, gua mengharapkan sangat - sangat agar pihak berwajib terutama kerajaan Malaysia lebih tegas dalam menguatkuasakan undang - undang berkenaan haiwan peliharaan nih sebab makin lama makin teruk layanan segelintir manusia dekat Malaysia nih mana haiwan - haiwan yang lemah nih!! Mengikut apa yang kawan gua cakap, dekat luar negara memang ada undang - undang tegas berkenaan kes macam nih dan apa yang menariknya siap ada satu hospital besar khas untuk haiwan sahaja!! Jadi, jangan lepaskan Pemilik Petknode nih walau siapa pun mereka kerana mereka sememangnya perlu dihukum atas sikap tamak dan tidak berperikemanusiaan mereka!!



P/S : Gua Membahasakan Mereka PP Kerana Gua Tidak Percaya Mereka Adalah Manusia!!

43 ulasan:

  1. gua tak boleh tgk kucin macam tu. kesian sgt








    wiuwiwuwu

    BalasPadam
  2. kalau tak bayar tu lain lah,,ni dah bayar,,,,

    BalasPadam
  3. animal hve the right to live peacefully..

    aku dah klik ..tanx 4 ur concern..:)

    BalasPadam
  4. huhuhu... kalaulah aku leh jaga seekor dua

    BalasPadam
  5. tak boleh aa tengok binatang kena mcm tu. ksiannya..

    BalasPadam
  6. sangat tidak guna dorang ni

    iskkk ak bertanggujawab !!!

    BalasPadam
  7. walaupun aku takut kucing.tapi siannye kucing2 tu.sob2.

    BalasPadam
  8. sedih tgk.. klu xmampu jgn ambil... ni semua sbb nk duit tp xbuat kerja..

    BalasPadam
  9. sedih tgk.. klu xmampu xpyh ambil.. ni semua tamakkn duit..

    BalasPadam
  10. err.. kucen ni mati ke?

    kejammm

    BalasPadam
  11. hai..gila duit ajelah..memalukan ja..

    BalasPadam
  12. salam hans !!! selamat hari raya .. hee. lama tak singgah ..

    sian ye kucing2 tuh .. kucing boleh tahan makan lama kot .. tapi kalau sampai mati2 ni kira dasat ... kesiannya ..

    BalasPadam
  13. entri ko bagi aku idea untuk create satu watak ko dlm short aku...

    ;-)p

    BalasPadam
  14. alasan memang boleh dicipta...
    hampeh punye petknode

    BalasPadam
  15. salam perkenalan & salam aidilfitri..

    mmg teruk dan sgt x wajar.. dgn stetmen pemilik tu.. kalau tau kekangan modal..naper nak jage kan??

    BalasPadam
  16. Dengar cerita nanti akan ada law against animal cruelty nak dibahas dan terus digubal di Parlimen nanti.

    BalasPadam
  17. Wadi : tahu xper....kucing tepi jalan pun tak seteruk kucing yang 'dijaga' oleh Petknode tak guna tu

    Safwan : tahu xper..bayar ratus2 kut

    Qarr Jalil : tahu xper...haiwan pun ada hak untuk hidup dekat dunia nih

    Jard : tu la kan...

    si daun ceri : memang kesian gila...hantar gemuk2..dapat kurus tinggal tulang n kulit..kalau yg boleh diselamatkan alhamdulillah syukur...ini yg dah mati macam mana? diorang memang kejam!!

    matjoe : tahu xper...lepas tu alasan dia bagi xcukup duit..memang haram betul perangai diorang

    mra mastura : meow

    zazaw : memang sangat tak berguna 2 makhluk tu

    Tun Teja : kesian weh...aku nih bukan lah pencinta kucing sangat2 tapi aku still sayang kucing..tak gamak wehh nak aniaya kucing sampai mati macam tu

    Mr.Syah : betul! Mereka TAMAK!!

    ishiko : mati lah...dekat 20 ekor mati!

    fatin corner : itu la pasal..bulan puasa pun diorang tak insaf2

    iPai : berapa hari diorang xbagi makan..sebelum raya sampai raya ke berapa...nak dekat 8-9 hari xsilap

    your friendly : betul3..sebab tu saya tak tahu nak kata diorang nih apa...manusia pun bukan..binatang pun bukan...sedih la ada manusia hati kejam macam nih

    Asrul : ko bagi aku watak okay2 ekk..jangan bagi aku watak keji macam malaun 2 ekor pemilik Petknode tu plak

    Hazwan : tahu xper..diorang budget diorang minta maaf orang terus boleh lupa dosa2 kejam diorang tu...memang harapan la orang nak lupa

    Fatin Mraz : itu la pasal..diorang tu nak duit jer....harap diorang dihukum seberat2nya

    BalasPadam
  18. fadzmie : sepatutnya Malaysia perlu ada lama dah undang2 macam nih...sebab dah banyak kali kes penderaan haiwan nih kedengaran..

    BalasPadam
  19. kalu PETA tahu nih habislah, sianlah kat kuching tu, even @EzrlG takut kat kucing!..

    BalasPadam
  20. Nak meniaga tapi tak tengok keupayaan diri

    BalasPadam
  21. mesti kenakan tindakan undang2..kesian kucing2 tu :(

    BalasPadam
  22. oo, begitu rupanya.. baru faham.

    org melayu pemilik tu. isk, knpa sggup buat bgitu?

    BalasPadam
  23. walaupun aku memang tak suka kucing, tapi tak de la sampai aku sanggup nak buat macam tu.

    ini kan pulak pemilik kedai binatang yang memang sah2 la sayang kat binatang. tapi syang apa ke benda macam nih.

    BalasPadam
  24. taik la xcukup modal.... kalau stakat bg ikan rebur ke ayam bese2 je pn kucing2 tu leh idup lg..klu lapa telan je...ni dah rope xbg mkn langsung dah.... kesian gila... klau da xdapat cr pkerja..dorang la yg ptut bersengkang mata n kerah tnaga jaga btul2... kalau dah xde modal time watpe...wat kesian kt kucing je..hah..da taip entri plak kt sini...

    BalasPadam
  25. sedih tgk haiwan kena camtuhh lebih lebih lagi kucing . kesian tengok T.T

    BalasPadam
  26. Dierang nie memang takder pikir untuk jaga haiwan.. Nak untung jer dierang nie.. Ishhh.. Kalau tak pandai niaga janganlah berniaga..

    BalasPadam
  27. NYAN CATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT !!!!!

    BalasPadam
  28. malu dgn bangsa kita yg tak berperikemanusiaan camni

    BalasPadam
  29. setakat minta maap kat fesbuk wat aper....penakut!dayus!buat malu ummat jer.hopefully penguatkuasaan undang2 lebih ketat berjaya dilaksanakan....

    BalasPadam
  30. wahhh senang2 jerk dia minta maaf gitu jerk erkk...

    BalasPadam
  31. manusia semakin tiada peri kemanusiaan... :(

    BalasPadam
  32. sneak peek character ko dalam latest entri aku...

    ko jadi 'jahat' dalam 'baik'

    ;D

    BalasPadam
  33. dah pgg amanah org punya banyak.
    siannn kucen2 tuuu :(

    BalasPadam
  34. satu perkataan jaa untuk PP tuh, BODOH ! geram gilaaaaa !

    BalasPadam
  35. Saya cadangkan pengusaha pusat haiwan tu dikurung dlm sangkar kucing yg sempit tu selama beberapa hari tanpa diberi makan, minum dan mandi.Keh...keh..keh.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com