Ahad, 4 September 2011

Sirih Pulang Ke Gagang

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Sebelum gua berleter dan berceloteh gua nak komen sikit lah berkenaan perkhidmatan streamyx dekat Alor Setar, Kedah nih! Kepada pihak TM sila baiki dan tingkatkan perkhidmatan serta servis anda pada kesemua pelanggan anda yang berada di Alor Setar nih. Gua faham kalau kalian semua sedang mengemas kini perkhidmatan atau apa - apa yang berkenaan tetapi kalau setiap bulan berkali - kali perkhidmatan internet nih asyik terganggu sahaja memang lah boleh buat gua rasa marah. Kalau internet tu offline sejam dua gua boleh sabar lagi tetapi kalau sampai dah lebih daripada 12 jam memang lah gua panas derr!!! Harap kalian baiki perkhidmatan kalian!!




Baiklah!! Memandangkan Isnin nih gua bakal memulakan praktikal gua jadi hari ini memang gua menyelesaikan 2 urusan yang saja gua tangguh dan akhirnya menyusahkan gua untuk seharian nih! Hahahaha!! Urusan pertama ialah membeli tali leher dan belajar memakai tali leher. Gua memang tak suka pakai tali leher dan oleh sebab itu gua boleh bilang berapa kali jer gua pakai tali leher dan kebanyakannya kawan gua yang tolong ikatkan jadi akhirnya gua terpaksa lah belajar sendiri. Gigih nih download tutorial How to Put on a Nectie dekat youtube! Hahahaha! Jadi, kepada adik - adik yang berperangai macam gua silalah belajar ikat tali leher segera sebelum kalian ikut jejak langkah gua! Alhamdulilah 70 kali cuba akhirnya dah boleh ikat tali leher sendiri tetapi gua rasa tali leher gua tak cantik lah bila gua ikat! Kepada bakal isteri gua harap nanti boleh ikatkan tali leher untuk gua macam dalam adegan filem Mohabbatein yang melibatkan Amitabh Bachan dan isterinya Jaya Bachan tu! Hahaha!!




Tak kisah sangat lah bab tali leher tu! Satu lagi urusan yang sangat penting ialah surat tawaran atau orang putih cakap Offer Letter yang gua wajib bawa pada hari pertama sebagai bukti gua diterima untuk menjalani latihan praktikal di situ. Surat tu gua dapat daripada email jadi haruslah mencetak surat tersebut dan nak dijadikan cerita printer dekat rumah nih ada masalah sikit. Jadi, gua pun pergi lah dekat cyber cafe dekat rumah gua yang gua memang selalu pergi bertapa dulu! TUTUP!!!




Adoiyai!! Raya ke-5 pun tutup lagi kah? Okaylah!! Gua rasa gua tak sedap hati kalau tak print offer letter tu hari nih jadi gua gigih pusing Alor Setar cari cyber cafe!! Jumpa tu jumpa tapi untuk online atau main game jer lah!! Printer tak ada!! Haihhhhhhhhh!!! Yang tak tahan tu waktu gua dekat Shahab Perdana! Gua pandang bangunan 3 tingkat tu dan dekat papan tanda tu ada tulis internet segala nih lah! Gua pun naik lah atas! Sampai dekat tingkat 2 ada sebuah kedai yang pintunya terbuka! Gua pun duduk lah kejap depan pintu usha dalam kedai tu kejap! Tak ada pun komputer! Jadi, gua fikir dekat atas lah kut!!




Gua pun nak naik lah ke atas tiba - tiba kakak dalam bangunan tu tanya gua,"Eh, adik nak pi mana? Dekat atas tu mana ada kedai dah! Sini jer! Adik cari apa yer?" Tengok!! ADIK! Diulangi ADIK! Jadi ini bukti gua sentiasa muda dan kacak! Lalalala~! Okay! Sambung cerita!! Lepas tu gua pun geleng jer kepala dan cakap,"Tak apa lah! Saya tersilap tempat nih!" Lepas tu gua blah jer lah cepat - cepat sebab gua rasa macam pelik - pelik jer suasana dekat situ! Lepas tu gua dengar akak dengan abang dalam kedai tu panggil - panggil gua! Gua buat bodoh jer lah dan turun macam biasa!!




Bila gua sampai dekat motosikal gua tiba - tiba abang dekat kedai tu pun turun! Mak aih!! Dah kenapa abang nih ikut gua sampai ke bawah nih! Sudah!! Gua dah fikir bukan - bukan dah! Lepas tu abang tu tanya gua,"Adik, sini hotel! Adik cari apa yer?" Mak aihhhhhh!! Hotel rupanya!! Hahahaha!! Dalam hati gua masa tu gua fikir benda lain!! Gua rasa macam ada benda tak kena jer dekat tempat tu! Tetapi, gua senyum jer lah dan cakap,"Tak apa lah bang! Saya silap tempat! Saya nak cari tempat lain sebenarnya! Maaf yer!"

Lepas tu gua memang dah penat dan beranggapan kedai - kedai masih bercuti jadi gua pun saja lah merayau - rayau tengok pemandangan Alor Setar. Gua fikir gua nak cetak surat tawaran tu esok jer lah!! Lepas tu saja lah gua lalu dekat cyber cafe yang dekat dengan rumah gua tu sebab itu salah satu jalan yang paling dekat nak sampai rumah gua!! Alih - alih cyber cafe tu BUKA! Diulangi! BUKA! 



Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!


Gara - gara cyber cafe nih lah gua sampai termasuk dekat 'hotel' yang gua rasa 'ngeri' tu!! Adoiyaiiiiiiii!!! Sedih gila gua rasa!! Gua berpanas nak dekat sejam lebih mencari cyber cafe alih - alih cyber cafe yang pada awalnya tutup tu juga lah gua print sebab dah pekerja dia buka! Gua tanya lah pekerja dia kenapa tengahari tadi gua datang cyber cafe nih tutup lagi! Lepas tu dia cakap hari raya memang buka lambat!! Ciss!! Habis rentung tangan gua disinari panas mentari siang tadi yang memang panas! Hahahahaha!!!


 Cari Gambar Lelaki Tak Jumpa Pula


Apa - apapun, cuti gua dah bakal berakhir dan gua mengharapkan kalian semua mendoakan agar gua berjaya menghadapi latihan industri gua dengan jayanya ya! Amin! Baiklah! Gua blah dulu! Assalammualaikum dan salam sejahtera!!


P/S : Panjang Gila Gua Membebel Dalam Entry Nih!! (^_^)Y


20 ulasan:

  1. moh belaja ngan cikgu..cikgu Xpert pakai tali leher

    BalasPadam
  2. slmt menjalani praktikal.
    saya sda lepas.
    ur turn pulak.
    gud luck :D

    BalasPadam
  3. goodluck! jangan delete tutorial pakai tie tu tau. haha. cari-cari tak jumpe, last2 jumpe kat sini. kuang3..

    BalasPadam
  4. Strymux mmg s**ks.. Kalau dah tipon customer service ambik masa 2 hari untuk settle problem..

    BalasPadam
  5. selamat berpraktikal...do ur best

    BalasPadam
  6. nasib baik aku perempuan..xyah susah2 pakai tali leher..

    slmt berpraktikal..

    BalasPadam
  7. haha. all the best! praktikal kat mane?

    BalasPadam
  8. adik mmg suka panggil adik ek, haha. mode ry lg la tu kwsn tu.

    samat praktikl

    BalasPadam
  9. selamat berpraktical bro..semoga berjaya mengharungi dunia baru itu..=)

    selamat hari raya...maaf zahir n batin..=)

    BalasPadam
  10. ble praktikal ade elaun kan?









    tangan kanan gua bertambah tambah gatalnye

    BalasPadam
  11. aku dulu kan tun hans, blaja ikat tali leher dari majalah maskulin tau.. masa tu baru tingkatan 2.. hahaha..

    apapun gud luck!

    BalasPadam
  12. hhaha akoo yg pmpuan ni pon tau ikat tie tau..


    *akak akoo keje kat stramix tu wei.haha

    BalasPadam
  13. assalam..suka blog hang..hang alor setar kat mana?anyway, gudluck dengan tie hang..

    BalasPadam
  14. woo pnjg punya story nk print surat tawaran praktikal.. haha bnyk dugaan dan cabaran..

    BalasPadam
  15. aku datang komen. tak baca entri. tapi yg pakai necktie tu takleh blah. kau keje opis ke?

    BalasPadam
  16. Merepek teruk dah hang ni. Hahaha.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com