Selasa, 25 Oktober 2011

Bila Hans Cuai Maka Kurus Lah Beliau!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Fuh! Petang tadi gua khusyuk gila membuat kerja sampai tak perasan tinggal lagi sikit jer lagi untuk semuanya disiapkan! Memandangkan jam telah pun menunjukkan pukul 5.10 petang dan orang lain di dalam bilik tempat gua bekerja tadi pun telah pulang ke rumah maka gua pun mengambil keputusan untuk mengemas diri dan keluar dari bilik dengan perasaan yang teramat gembira untuk pulang.


 Gua Gembira Macam Nih Lah Tadi!


Begitu yakin sungguh gua menutup dan mengunci pintu dengan menekan tombol beserta gaya yang sungguh hebat seperti artis gred A lagaknya dan tiba - tiba gua menyedari sesuatu! Sesuatu yang tidak bersama dengan gua! Yaaaaaaaaaaaaaa!!! Telefon bimbit gua tertinggal di dalam bilik tersebut! Tahniah pada Hans atas kejayaan anda menyusahkan diri sendiri! Walawehhhhhhhhh!! Gua dari rasa sakit perut nak melabur sebelum tu pun tak tahu mana perasaan tu terbang menghilang! Gua dah cuak, gelisah, gundah gulana, risau dan apa - apa lagi yang membuatkan proses pembakaran lemak lalu menghasilkan peluh berjalan dengan pantasnya sekali pada ketika itu.


 Alamakkkkk!!! Telefon Akuuuu!!!!


Gua berlari turun ke bawah untuk mengejar salah seorang yang bekerja di dalam bilik tersebut namun sayangnya beliau telah pulang! Arghhhhhhhhhhhhh!!! Gua takut nak pergi pejabat dan tanya macam mana nak masuk bilik tu balik atau minta kunci sebab kemungkinan besar mereka pun tak ada kunci tu! Adoi! Gua mundar - mandir naik tangga turun tangga berkali - kali dan akhirnya gua membuat keputusan nekad untuk meminta bantuan daripada seorang wanita yang gua panggil Kak Su yang bekerja di situ! Aneh apabila Kak Su hanya senyum dan seperti tahu gua tertinggal barang lalu memberi gua kunci bilik tersebut!


Ini Ketawa Bukan Senyum!


Walawehhhhhhhhhh!!! Gua gembira gila sampai rasa macam nak peluk Kak Su tu ketat - ketat tanda terima kasih yang teramat - amat. Nasib baik memandangkan beliau ialah seorang gadis maka impian gua yang baru muncul di dalam fikiran selama 2 saat itu terpadam secara automatiknya. Gua pun naik ke atas dan membuka pintu bilik dengan megah dan bergaya sekali. Treng teng tengggggg!!! Gua dah bersama kembali dengan telefon gua! Alhamdulillah! Syukur gila!


 Gembira!!


Kalau tidak gua tak tahu lah macam mana lah gayanya gua nak tidur lena malam nih! Ialah kalau dah telefon tertinggal macam tu kan! Buatnya ada orang ambil ker apa ker mahu menangis gua tak berlagu jadinya! Apa - apapun, gua memang jarang mengalami masalah kecuaian macam nih tetapi bila sekali ia berlaku maka kurus lah gua kerana bergerak ke sana - sini mencari bantuan! Nasib bukan esok hari Deepavali! Kalau tidak gua rasa peluang nak bersama dengan telefon gua memang teramatlah tipis! Hahahaha! Apa - apapun, terima kasih Kak Su! Jasamu gua kenang!


P/S : Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! (^_^)Y


19 ulasan:

  1. hahaha..
    nasib abek doe!
    kalau tak,
    menangis tak berlagu la kau!
    eh, kalau cmtue kan..
    baik kau selalu cuai!
    baru kurus@

    BalasPadam
  2. tahniah... haha! akan ku ingat utk diri sendiri juga..

    BalasPadam
  3. kem salam kat kak su weyhh hehehe
    p/s careless tul hg ni aiyhhh..loklaq

    BalasPadam
  4. ala...ko mkn nanti dinner gemuk r balik.. :P

    cantik tak kak su? =.=

    BalasPadam
  5. hehehe...macam2lah hans ni

    BalasPadam
  6. nsb baikla dpt kalau tak menangis tak berlagu

    BalasPadam
  7. heheh.. kalau da kena amek anggap je xda rezki.. semua barang tu dibg oleh ALLAH.. =3

    BalasPadam
  8. seb bek ade jugak kak su tu kan,,hehe,,,

    BalasPadam
  9. alolo tomeiya dia time nak balik.,hahha

    BalasPadam
  10. nasib!! :P Cube la kak su tadi xde kan??ahahah..

    BalasPadam
  11. keh keh tu la next time letak dlm poket ja..

    BalasPadam
  12. kalo tak memang tido kat luar pintu tuh je la eh. Bimbang. hehe

    BalasPadam
  13. kurus tak seksi, bak kata Ashraf muahahaha

    BalasPadam
  14. jgn cuai....nanti rugi...


    seb baik kau x peluk...sesilap melekat 5jari...hahhaha

    BalasPadam
  15. saya gemuk. nampaknya perkara ini boleh la dipertimbangkan sebagai metod untuk menguruskan badan. heee...

    BalasPadam
  16. kalo kena cilok mmg menangis la...dahla henset baru..

    BalasPadam
  17. lenkali jangan cuai lagi hans..:)

    BalasPadam
  18. huhuhu.. tinggal tepon.. memang seriaulah..

    BalasPadam
  19. http://wanwidget.com
    haha, sama la ngan gua, kalau phone tertinggal sanggup ambil balik, hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com