Sabtu, 15 Oktober 2011

Kata - Kata Profesor Ungku Aziz



Sayang gua baru terjumpa gambar nih! Alangkah indahnya jika gua berjumpa gambar ini pada bulan 3 yang lepas! Boleh juga gua tag dekat beberapa orang di facebook yang bagi gua perlu tengok benda ini. Hahahaha! Gua sangat tertarik dengan kata - kata ini sebab bagi gua memang ada kebenarannya yang gua nampak pernah berlaku depan mata gua berdasarkan situasi ini. Contohnya seperti nombor 2 tersebut dimana ada seorang rakan gua ini sangat rajin bekerja tetapi beliau malas nak cakap banyak - banyak dan akhirnya beliau dibuli oleh manusia yang berada di nombor 6 dan nombor 7.

Kata - kata di atas memang agak bisa pada sesiapa yang tahu apa rasanya bila termakan cili dan gua sangat - sangat lah bersetuju dengan nombor 6 dan nombor 7 tu. Hohoho!! Sangat - sangat setuju kerana secara jujur dan ikhlasnya gua tersangatlah menyampah dan meluat dengan manusia sebegini. Kerja tak jalan langsung tetapi mulut laju pula 'berjalan'. Itu tak apa lagi lah mulut berjalan cuma yang rasa nak muntah tu sebab mulut tu berjalan laju kerana asyik memuji diri sendiri. Kononnya kerja - kerja itu dia lah yang uruskan dan dia lah yang buat namun hakikatnya semua orang nampak bahawa manusia BAIK MATI tu tak pandai menipu. Hahahaha!!!




Gua nih agak susah sikit sebab bila gua tak suka orang tu memang gua tak boleh sembunyikan yang gua tak suka. Cuma jenis gua bila gua dah tak suka gua malas nak ambil tahu lah pasal manusia BAIK MATI tersebut sebab gua rasa ada lebih ramai lagi manusia yang gua rasa gua perlu ambil berat! Hohoho! Apa - apapun, kepada manusia - manusia diluar sana jangan lah sesekali anda merasa anda terlampau hebat kerana ada orang yang lebih hebat daripada anda diluar sana walaupun mungkin akademik mereka tidak sebagus anda. Merendah diri itu juga boleh tetapi jangan biar sampai diri anda dipijak. Senang cakap hidup ini perlu ada keseimbangan begitu juga dengan sifat anda. Jangan angkuh dan jangan terlampau merendah diri. Biarkan sifat itu berada di tengah - tengah supaya anda lebih yakin dan tidak perasan diri anda terlampau bagus. Sekian, jumpa lagi di entry akan datang! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : Apa Bagusnya Menipu Orang Lain? Untuk Nampak Diri Anda Hebat? Jika Itu Yang Anda Fikirkan Maka Sila Lihat Nombor 7 Di Dalam Gambar! (^_^)Y


16 ulasan:

  1. Haha.. Kesian tengok dierang nombor 7 tu.. Ko bacalah surah Yassin depan dierang nanti.. haha..

    BalasPadam
  2. nak jadi nombor 1. walaupuan tak reti sgt ckp banyak. heheh

    BalasPadam
  3. bagus sekali-target yang tu..haha

    BalasPadam
  4. gua pun tiba2 jatuh cinta ngan kata2 tu..macam best je kan tembak orang pakai kata2 tu..haha

    BalasPadam
  5. pernah baca kat sk0la mana ntah masa buat marketing.

    BalasPadam
  6. Mls dah nak pk nak lyn org2 mcm ni ;D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com