Rabu, 5 Oktober 2011

Mahu Memalukan Tetapi Dimalukan! Tahniah Che Det!

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Aku sangat tertarik menonton salah satu video di youtube yang bertajuk Mahathir VS Yahudi sebentar tadi! Mungkin ramai yang sudah menonton atau mungkin ramai juga yang belum menonton jadi aku kongsikan video tersebut di bawah ini.




Aku tak kisah dan tak paksa untuk sesiapa pun menyukai insan bergelar Tun Dr. Mahathir Mohamad dimana aku memanggilnya sebagai Che Det kerana itu hak kalian semua untuk suka atau pun tidak. Apa yang aku nak kongsikan ialah bagaimana beliau menggunakan akal untuk mematahkan serangan - serangan lidah pengacara tersebut amatlah membanggakan aku. Apa yang aku boleh simpulkan kesemua soalan tersebut sebenarnya cuba untuk menjatuhkan dan memalukan Che Det tetapi apa yang menariknya kesemua soalan tersebut dijawab dengan begitu hebat dan memalukan kembali pengacara tersebut serta kerajaan - kerajaan negara luar yang bersekongkol dengan Yahudi.




Banyak jawapan dari beliau yang membuatkan aku sangat suka tetapi salah satu yang agak menarik bagi aku ialah jawapan ini :

Tun : Kamu (orang barat) juga pernah memanggil kami orang melayu pemalas! Melayu tidak cekap! Orang melayu tidak boleh dipercayai!! Tetapi, kami tidak boleh mengatakan apa sesuatu pun terhadap kamu. Jadi bila saya berada dalam kedudukan yang membolehkan saya berkata sesuatu terhadap kamu dan saya ucapkn sedemikian dan kamu tidak menyukainya! Apabila kamu mengatakannya kepada kami dan adakah kamu harap kami menyukainya?

Pengacara : ........ (Terus Ubah Topik Berkenaan Demokrasi..Hahahahaha)


Aku sukakan jawapan itu kerana aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh cikgu aku dimana 'Negara Mat Salleh - Mat Salleh' ini pernah mengutuk rupa kereta pertama buatan Malaysia dimana mereka mengatakan kereta tersebut bakal bergerak dengan menggunakan kaki orang yang berada di dalamnya. Jadi, senang cakap kalian semua tonton lah sendiri video nih dan doakan agar Malaysia dikurniakan pemimpin yang berani dan bijak seperti Che Det di masa akan datang! Selamat menonton!


P/S : Seronok Tengok Mat Salleh Kena Bantai Kaw - Kaw Punya! Hahahahahaha!!! (^_^)Y


50 ulasan:

  1. Tun sgt profesional dlm menjwb soalan~~ like!

    BalasPadam
  2. alamak..
    napa tak leh tgk nieyh???

    BalasPadam
  3. sukasukasuka sama tun! hidup tun dr mhathir..

    BalasPadam
  4. ini antara sebab kenapa aku admire beliau!

    fikiran padat!

    BalasPadam
  5. Tun ni kepala otak dia memang bergeliga.. No wonder dia jadi bapa permodenan Malaysia. Memang jasa dia jugak la yg rancakkan pembangunan negara kita nih..

    p/s; ni video bila ek?

    BalasPadam
  6. Kebanggaanku tun Mahathir....

    BalasPadam
  7. dulu kini dan selamanya
    tun mmg terbaik

    BalasPadam
  8. Dialah satu-satunye pemimpin yang terbaik.. Malaysia bertuah ade seseorang seperti Dato' Mahathir.

    BalasPadam
  9. KAGUM!

    chancellor universiti ak tu,haha

    seriously, klau semua pemimpin kita ada pelimikiran macam dia, konfirm makin maju

    BalasPadam
  10. Host tu dh speechless kan bile TM reply camtu... TM the BEST PM ever kotttt~~

    BalasPadam
  11. Tun dr mahathir memang pandai mematahkan serangan2 dari pengacara tu menggunakan akal..:)

    BalasPadam
  12. Sebab Beliau Bijaksana.... Beliau Tahu apa yang beliau Inginkan....

    BalasPadam
  13. bukan kali pertama, time dia jadi PM lagi selalu kena interview and kena hentam

    pernah tengok yang dulu punya, lagi teruk pengacara tu hentam dia, memang tak boleh jawab, tengok yang ni okay jugak Tun jawab, hebat...

    apa-apapun kita harap Malaysia terus maju lah kan, cabaran banyak betul....hehe

    BalasPadam
  14. pemimpin yg sejati...tiada tandingan nye...

    BalasPadam
  15. Amin~ semoga Malaysia dikurniakan seorang pemimpin seperti beliau. So proud of him and for what he had done to Malaysia. Dah tgk video nih tadi and terus look up kat utube, ada 3 part actually.. He is awesome!! truly a good leader..

    BalasPadam
  16. Che Det.. dia ada kebolehan yang tersendiri.. kenapa PM selepas dia tak macam dia.. -__-

    BalasPadam
  17. haha! Tun masih lagi berbisa!!

    BalasPadam
  18. meremang bulu roma ermm wish ada lagi pemimpin mcm DR M ....

    BalasPadam
  19. pergh..bunyi mcm nk slh mnyalah je soaln dr mat saleh ni entam, terima kasih tun

    BalasPadam
  20. yup!video ni amat terbaik.kat BBC pula tu.kesian moderator tu.Tun memang hebat. :)selamba je Tun hentam org tu. :)terbaiklah.

    BalasPadam
  21. Tun Mahathir cool dalam temuramah terebut...

    BalasPadam
  22. Hans,

    Saya dah melihat videonya. Memang tak dinafikan, Tun seorang negarawan ulung. Susah nak cari pemimpin berani seperti Tun.

    Najib pun tak sehebat beliau.

    BalasPadam
  23. rasa bangga dengan dia....

    BalasPadam
  24. bukan senang nak mendapatkan pemimpin seperti Tun Mahathir

    BalasPadam
  25. Jawab secara rasional, tnpa emosional even the mat tolleh provok macam2...


    (clap hand)Oh, mantap~~

    BalasPadam
  26. Tun adalah perdana menteri terbaik Malaysia. Tanpa beliau, Malaysia takkan ada apa2 yang boleh dibanggakan. Terlalu banyak jasa yang beliau dah sumbangkan kepada Malaysia.

    Pasal kena hentam tu, standard la, semua PM mesti kena hentam. Cuba letak Bush kat situ, mesti lagi teruk kena hentam.

    BalasPadam
  27. tak berkesempatan tgk vid..tapi kalau ada masa tgk..:)

    btw..bukan sng nak dapat pemimpin mcm ni..berpemikiran jauh...

    Tun Mahathir patut jadi role model utk semua..

    BalasPadam
  28. bila kuat rasa tanggungjawab dalam diri,tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada dia(Tun Mahathir),akan jadi org yg begitu..menegakkan yg benar selagi boleh,tanpa rasa takut.. dia mmg pemimpin yg sngt dikagumi oleh ramai orang termasuklah saya
    (^_^)v

    *kita pn lahir di dunia ni lahir dgn tanggungjawab, harap boleh menjadi seperti dia bila menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan ni, hidup dgn berani!

    BalasPadam
  29. serius ak suka bila tun mahathir ni jadi pm,bermacam dugaan dan cabaran dalam sepanjang 22thn jd pm..biar apa tohmahan dan apa yg org kata ttp ada pendirian sendiri...melihat sesuatu dr sudut yg jauh dan bukan sekadar melihat dr apa yg ada skrg...

    BalasPadam
  30. ada banyak lagi perkara berkenaan mahathir yang orang tak tahu...beliau memang hebat dan yahudi memang takut pada beliau :)

    BalasPadam
  31. even beliau dah beumur..
    geliga masih bertapa.
    hebat sgt..
    syukur alhamdulillah..

    BalasPadam
  32. org barat tu suka buat buta hati buta mata, ckp mcm2 padahal sdri x btol x nmpk...btw, che det memg the best...

    BalasPadam
  33. Nice one...my idol..he never disappointed me...huhu

    BalasPadam
  34. Tun is genius man! kagum! tokoh ulung!

    BalasPadam
  35. I like :) mcm mana dia mlawan pgacara tu. tgk cara pgacara tu pun dah mcm marah. ahhahahaha. power. but Tun tetap senyum. terbaik.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com