Isnin, 17 Oktober 2011

Terima Kasih Lah Makcik Oiiiiii

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Alhamdulillah hari nih rezeki murah! Tiba - tiba dapat tahu bakal dapat bayaran padahal gua buat kerja - kerja tu sebab gua minat jer. Syukur sangat - sangat! Tetapi....Hahaha! Sempat pula buat gimik tu! Tetapi, sayangnya waktu gua tengah gembira menuruni tangga melintasi tandas di pejabat pagi tadi tiba - tiba gua terdengar lah 2 orang makcik nih punya lah seronok mengumpat di dalam tandas tu. Dan yang lagi seronok tu orang yang sedang diumpat itu adalah gua. Hahahaha!!

Gua yang tengah bergembira sebentar tadi tiba - tiba tak sedar mana lah perginya rasa gembira tersebut selepas mendengar umpatan yang tak munasabah tu. Yang seronok lagi tu tengah seorang makcik nih seronok mengumpat sambil keluar dari tandas tu dan muka dia terkejut gila apabila melihat gua melintasi dia tanpa ada apa - apa perasaan di muka. Takut lah tu dah mengumpat gua lepas tu kantoi buta - buta macam tu jer!


 Terkejut Macam Nih Lah Tadi! Hahahahaha!!!


Kepada 2 orang makcik terbabit ingin gua tegaskan disini sebelum ini gua sangat menghormati kalian mengenangkan kalian pun sudah tua dan lebih kurang sama baya dengan mak gua. Tetapi, sayangnya gua tak sangka sampai begitu sekali kalian menuduh gua yang bukan - bukan. Di depan bukan main manis budi bahasa tetapi di belakang memang kalian berdua mengejutkan gua dengan bahasa yang keluar dari mulut kalian berdua.

Gua bersyukur sangat sebab Allah dah takdirkan gua dapat dengar sendiri kalian berdua mengumpat gua sebab selalunya gua kalau dah tengah bekerja memang gua tak turun ke bawah. Memang Allah nak tunjuk betapa busuknya hati kalian. Gua tak sangka lah rupa - rupanya gua nih bermasalah di dalam pandangan kalian. Gua tak sangka selama nih kelembutan percakapan gua dan senyum gua yang ikhlas pada kalian berdua sebelum ini dibalas sebegini. Terima kasih lah makcik oiiiiii!! Selepas nih tak payah dah lah kalian nak lembut lutut bagi senyum plastik kalian pada gua lagi dah! Segala - galanya sudah terbongkar hari nih! Terima kasih sekali lagi pada makcik - makcik di tempat kerja ku!


P/S : Anda Semua Jangan Terlalu Yakin Seperti Gua! Cakap Lemah - Lembut Dan Senyum Dah Macam Joker Pun Tetapi Masih Juga Anda Akan Berjumpa Dengan Manusia Yang Tidak Sukakan Diri Anda Dan Mencari Apa - Apa Perkara Tentang Anda Untuk Diburuk - Burukkan Oleh Mereka! Kepada Makcik - Makcik Terbabit! Hari Nih Anda Berdua Mengumpat Gua! Mungkin Esok Lusa Anak Anda Pula Akan Rasa Apa Yang Gua Rasa Hari Ini! Terima Kasih Lah Makcik Oiiiiii Sebab Jarang Orang Puji Saya Macam Tu! Terharu Owhhh!!



20 ulasan:

  1. Haha.. Makcik2 yang bermasalah.. Lenkali ko senyum sikit2 jer kat dierang...

    BalasPadam
  2. dah byk jumpe org bermuke2 skang ni :(

    BalasPadam
  3. ramai sangat org bermuka-muka sekarang ni...ermm

    BalasPadam
  4. Hish..hish! Makcik tu suka makan ketupat kot..tu yg nak mengumpat...hehe- hairan...hairan...

    BalasPadam
  5. makcik tu mesti kerja dia mengumpat je tu..selalu buat mesyuarat tingkap..

    BalasPadam
  6. hans...kirim salam pelempang aku kat makcik tu

    BalasPadam
  7. tu la...kadang2 kita dah cukup jaga tingkah laku kita..wat keja sendiri..

    tapi masih akan ada yang tak puas hati dengan kita....

    lebih kurang entry aku skrg ni.. siap kena fitnah lagi... sabar ja yang mampu aku buat skrg ni...

    BalasPadam
  8. gua selalu kutuk lu kat belakang. hehehe

    BalasPadam
  9. manusia memang macam2... ia berkenaan sikap dan bukan umur. kalau tidak berubah, jangan terkejut even umur berapa pun, sikap masih sebegitu. kesal.

    BalasPadam
  10. kalau aku bro,aku salam cium tangan makcik tu sambil cakap tq makcik..haha

    BalasPadam
  11. gila lah. malu gila kalau jadi makcik tuh.

    BalasPadam
  12. relax bro...abaikan saja umpatan tu, kerja dgn ikhlas =)

    BalasPadam
  13. makcik2 tu tak minta maaf
    oh.. sabar ajelah hans

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com