Episod Akhir Drama Soffiya



Nampaknya drama yang kini menjadi bualan ramai penonton di Slot Akasia TV3 iaitu drama bersiri Soffiya akan melabuhkan tirainya pada hari Selasa ini iaitu pada 8 November 2011. Nampaknya pada episod sebentar tadi menunjukkan bahawa watak antagonis di dalam kisah ini iaitu Fiona bakal berakhir dengan kematian yang agak tragis. Jadi, apa - apapun, jangan lupa untuk menyaksikan drama menarik yang penuh dengan pelbagai suka duka ini pada pukul 7.00 malam(8 November 2011) ini hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang akan terjadi kepada Soffiya dan hubungannya dengan Kamal, ILyas dan Muiz.


Sinopsis Episod Akhir Drama Soffiya

Fiona akhirnya disahkan meninggal dunia namun bayinya berjaya diselamatkan cuma bayinya kini berada di dalam keadaan yang agak kritikal dan memerlukan penderma darah yang sepadan dengannya. ILyas cuba memaksa Haris untuk menderma darah kepada bayinya namun Haris tidak mempedulikan langsung rayuan tersebut lalu berlaku sedikit pergaduhan di antara ILyas dan Haris. Akhirnya, ILyas dan Soffiya bersepakat untuk cuba menderma darah mereka dan darah ILyas sepadan dengan darah bayi tersebut. Soffiya mendapat satu panggilan telefon daripada seorang Mak Bidan. Rupa - rupanya bidan tersebut merupakan bidan yang sama sewaktu beliau melahirkan anak di kampung dulu. Mak Bidan tersebut memberitahu anak Soffiya sebenarnya tidak mati tetapi sebenarnya dijual kepada sebuah keluarga lain hasil perjanjian antara Mak Bidan dengan bapa Soffiya dan dia meminta Soffi RM5,000 jika mahu tahu dimana anaknya sekarang.

Jadi, Soffiya dan ILyas pun pergi berjumpa mak bidan tersebut dan memberi RM5,000 tersebut. Mak Bidan memberi alamat rumah dan Soffi pergi melihat anak beliau dari jauh sahaja kerana tidak mahu kegembiraan budak itu musnah jika tahu tentang sejarah silamnya. Kamal pula seperti orang yang tidak tentu arah sejak kematian Fiona. Beliau hanya duduk termenung tanpa mahu makan, minum mahu pun bercakap. Ini merisaukan Soffiya kerana penyakit Kamal akan menjadi semakin teruk gara - gara tekanan yang dihadapinya kini. Ujian darah mendapati darah ILyas dan anak Fiona adalah sama dan kemungkinan besar anak tersebut adalah anak beliau bersama Fiona dan bukannya anak Haris. Manakala Muis pula sudah berjaya diberkas oleh pihak polis. Kesihatan Kamal semakin teruk dan kaki beliau perlu dipotong segera. Kamal telah memberitahu ILyas jika beliau mati maka jagalah Soffiya serta cucu beliau.

Akhirnya,Soffi memberitahu kisah silamnya kepada Kamal. Kamal agak terkejut namun dia mempercayai Soffi dan menerima Soffi seadanya. Akhirnya, Soffi memilih Kamal sebagai teman hidupnya dan sanggup menunggu Kamal sama ada Kamal selamat atau tidak dalam pembedahannya nanti. Manakala anak Fiona merupakan anak kandung ILyas. Mereka sekeluarga hidup bahagia akhirnya.



Jadi, memandangkan sedutan promo untuk episod akhir tadi terdapat satu soalan yang meminta penonton memilih watak mana yang paling baik iaitu antara Kamal dan Ilyas jadi gua pun macam teringin juga lah nak buat undian kan! Jadi, selamat menjawab soalan di bawah dengan berkongsi jawapannya di ruang komen entry ini yer! Hehehe!!


1. Antara dua watak dibawah yang mana satukah anda rasa paling baik?
a) Ilyas
b) Kamal


2. Antara watak - watak yang disenaraikan dibawah yang mana satukah watak yang anda rasa paling jahat?
a) Fiona
b) Muiz
c) Sulaiman
d) Mak Bidan
e) Haris
f) Lain - Lain


3) Antara watak - watak yang disenaraikan dibawah, yang mana satukah watak yang anda rasa baik dan disenangi penonton?
a) Soffiya
b) Ilyas
c) Kamal
d) Kak Ton
e) Lain - Lain


4) Antara watak - watak yang disenaraikan dibawah, yang mana satukah watak yang anda rasa paling bengap dan lembab?
a) Soffiya
b) Ilyas
c) Kamal
d) Fiona
e) Kak Ton
f) Sulaiman
g) Lain - Lain


5) Sila pilih satu watak yang anda suka di dalam drama Soffiya ini!
a) Soffiya
b) Ilyas
c) Kamal
d) Fiona
e) Kak Ton
f) Sulaiman
g) Aisyah
e) Kakak Ilyas
f) Mak Bidan
g) Alice
h) Lain - Lain

P/S : Selamat Berkongsi Jawapan Pilihan Anda Di Ruangan Komen Yer! (^_^)Y

33 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. jawapan aku

    1. Ilyas
    2. Muiz
    3. kak ton
    4. lain-lain
    5. soffiya

    BalasPadam
  2. 1. Ilyas
    2. Fiona
    3. Kak Ton
    4. Lain-lain
    5. Soffiya

    Pergh tak sabar tengok last episode esok. Tak sedar nak exam ni haaa T_T

    BalasPadam
  3. 1. Ilyas (bukan stakat baik hensem pulak tu)
    2. lain-lain (bapak soffiya tu haa)
    3. Kak Ton
    4. Soffiya
    5. Fiona

    BalasPadam
  4. kalau tak suke semua boleh tak? keh keh keh :P

    BalasPadam
  5. jenuh nak menjawba ni..panjang bebeno soklan kamoo hans oii..
    btw nak share yang aku suka lakonan fizo dlm cite ni..menjadi!
    kalau sebelum2 ni fizo belakon mmg aku tak minat sbb aku rasa dia mamat yang poyo, kontrol hemsem di alam semesta ini..
    tahniah fizo kerana berjaya buat aku menjadi antara peminat hg lalalaa~

    p/s hans...soalan utk forteen tadak ka?ngeh3

    BalasPadam
  6. alah tak minat cerita ni so tak boleh pilih. hehehe. tapi kamal baik ilyas pulak hensem. camne? haih :P

    BalasPadam
  7. 1-ilyas
    2-muiz
    3-soffiya
    4-kamal
    5-fiona

    BalasPadam
  8. tak dapat buat pilihan sebab tak ikut cerita ni...

    BalasPadam
  9. 1. Ilyas
    2. Sulaiman
    3. Kak ton
    4. Sulaiman
    5. Soffiya

    BalasPadam
  10. A,A,A,B,E

    smlm lupa tengok!! dok igt raya je :P

    BalasPadam
  11. weh hans.. pas ni uat entry sapa menang dlm soalan ang okay.. hehehe

    1. ilyas
    2. fiona
    3. soffiya
    4. soffiya
    5. soffiya

    tudia.. maknanya aku suka tiz berlakon.. terbaik! hehe

    BalasPadam
  12. emmm...
    da lama xtgk tv layan drama =.='

    BalasPadam
  13. tak penah tgk crita ni... jarang layan cite mlayu

    BalasPadam
  14. 1. pengarah dia, terbaik!! akakaka

    2.tukang pegang lampu, ape jadik dia boleh diam je, tolong tidak ape tidak ..hieee laa .. :P

    3. soffiya ;D

    4. pengemis di jalanan

    5. takde, sbb jalan cerita je best, pelakonnye biase2 je.. harharhar

    * sekadar hiburan komen gua ni, lu mmg rajin buat soalan ek, jadi gua pn rajin la komen.. hahaha ;D

    BalasPadam
  15. aku tak pernah layan drama ni..tak dapeik den nak nolong..

    BalasPadam
  16. aku xsempat layan citer ni doe. so, aku xdapat nk jwb survey kau. hehe

    BalasPadam
  17. nak jawab yg no 2... fiona! haha

    BalasPadam
  18. x folo citer ni
    so, xleh nak jawab

    huuuu

    BalasPadam
  19. time citer best je mesti aku tercicir..haha.. so,aku xle jawab lah kan? :P

    BalasPadam
  20. paling kesian kat Muiz.. dahle kena pukul, daya ingatan merosot pula tu & hidup tak menentu..

    *watak Muiz lagi mantap drpd Ilyas. Fizo berlakon < best le!

    BalasPadam
  21. pergh siap ada soalan exam lagi.hehe.aku hari ni baru mula exam..=)

    BalasPadam
  22. oowwhhh..ok.. xpenah tgk citer nie.. hehhee

    BalasPadam
  23. 1. Ilyas
    2. Fiona
    3. Kak Ton
    4. Lain-lain
    5. Soffiya

    BalasPadam
  24. 1.b(kamal- ikhlas terhadap soffiya dan berpandangan baik terhadap semua org)

    2.a (fiona-pentingkan diri sendiri)

    3.d (kak ton-caring)

    4.c (kamal-kaya tapi tak tau nk selesaikan masalah)

    5.b (ilyas-he's everything...)

    BalasPadam
  25. Nasib baik aku dapat tengok episod akhir semalam.. Agak puas hati jugak la.. ;D



    Tapi lakonan Fizo dah banyak peningkatan kan..

    BalasPadam
  26. tudiaaa soalan, banyak.hahah

    akhirnya habis jugak cerita ni..

    BalasPadam
  27. wah ni peminat tegar ni.. siap wt sinopsis ape.. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama