Gua Berdosa! Maafkan Gua....

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Yeahhhh!! Masa waktu rehat tadi gua balik rumah sebab kalau gua pergi kantin sah - sah 100% gua pergi menketedarah nasi kan! Jadi, sebagai keselamatan pada program pembuangan lemak tepu nih maka gua pun balik rumah makan roti saja! Hahaha! Balik - balik rumah tudiaaaaa....peti surat penuh dengan surat! Yes! Cek nuffnang dan churp churp sudah sampai setelah 2 bulan menanti dengan penuh debaran. Gua ingatkan cek gua tu posmen terjatuhkan masuk dalam longkang depan peti surat tu ker apa sebab lama sangat gua menanti cek tu sampai rumah! Hahahaha!

Lepas tu masa nak balik ke pejabat semula tu gua tertengok pokok - pokok dalam kawasan rumah! Asal pucat semacam jer nih! Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!Gua lupa nak siram! Adoiyai!!!! Macam mana gua boleh lupa pula nih! Gua siram yang dekat depan rumah jer! Adoiyai! Terlupa pula dekat halaman rumah gua tu berbumbung! Jadi, walaupun hujan 3 hari berturut - turut pun pokok - pokok nih mana kena pun air hujan tu! Mak aihhhh!! Rasa sedih gila gua! Jadi, tadi lepas jer gua sampai rumah dari pejabat terus gua siram pokok - pokok tu sambil cakap,"Aku minta maaf lah sangat - sangat weh dekat hangpa semua! Selalunya aku tak buat kerja siram menyiram nih jadi memang lah aku tak ingat langsung! Maaf sangat - sangat lahhh nohh!!"


Hans Mengugut Pokok - Pokok Dirumahnya?


Gua tak kisah lah kalau jiran - jiran gua terdengar dan fikir gua sakit ker apa cakap dengan pokok sebab gua tahu pokok tu hidupan juga! Dia faham jer apa kita cakap cuma dia tak boleh cakap balik jer. Okay juga lah dia tak boleh bercakap! Kalau dia bercakap memang lah gua lari 100 meter macam Watson Nyambek! Hahaha! Jadi, tadi lepas dah siram gua pun nampak pokok - pokok tu kembali segar bugar(sedapkan hati gua!). HaihhhH!! Esok nak kena siram lagi! Karang kalau mati pokok tu mampus gua nak menjawab dengan mak ayah gua yang amanahkan suruh jaga! Haih! Gua berdosa! Maafkan gua wahai pokok - pokok di luar rumah!!


Ramalan Hans Jika Pokok Mati!


P/S : Hari Ini Tak Boleh Makan Nasi! Diet! Muahahaha!! (^_^)Y


6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. woi, kejam xbg pokok tuh minumm. grrr

    BalasPadam
  2. pokok bunga xsiram leh hidup balik kalau tmbh baja ngan air,

    hamster aku dah mati ari isnin lps cane nk ganti baru kalau xde nk duit nk beli. sobs :'(

    BalasPadam
  3. dulu mase kecik2 memang dah jadi rutin siram pokok bunga. kene pakse! hahaha

    BalasPadam
  4. Awk tgh diet? :D Hehe, good luck :)


    Kte suka mntk maaf dkt brg klau tjtuhkn dia -- mcm pelik je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama