Ahad, 13 November 2011

Kenapa Mulut Tu Berat Sangat? Ada Batu Ker? Ada Emas Ker?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entry ini gua taip sebab gua nak kritik diri gua sendiri. Haih! Hari ini gua berpindah ke bahagian lain mengikut jadual yang telah ditetapkan sepanjang gua praktikal nih. Jadi, hari pertama gua di bahagian yang baru dan gua sedaya upaya lah buat sehabis baik. Bahagian baru ini seronok! Banyak tugasan luar! Kira penat - penat pun masih terhibur dan menggembirakan. Cuma gua tak tahu nak borak apa dengan abang - abang senior tu! Entah! Mulut gua berat gila! Apa kena dengan kau nih Hans? Adoiiii!! Gua banyak mendengar daripada bercakap! Kadang - kadang tu gua diam jer! Haihhhh!! Nampaknya esok gua kena lebih berani untuk cuba beramah mesra la jawabnya.




Satu jer yang gua rasa agak bagus sekarang ialah gua senang senyum atau ketawa tetapi masalahnya pula gua jarang nak bercakap. Maklumlah jenis gua nih kena ada orang yang rajin bercakap baru gua ikut sama rajin bercakap. Tetapi, apa yang gua perasan gua lebih senang bercakap dengan pakcik - pakcik yang dah tua atau dengan makcik dan kakak - kakak dekat tempat kerja. Gua rasa gua dengan orang tua lebih ngam kut dari segi komunikasi! Hahahaha! Apa - apapun, hari ini abang senior belanja makan dan gua lupa nak ucap terima kasih! Esok lah gua ucap terima kasih! Jadi, doakan gua agar esok lebih menggembirakan dan gua lebih banyak bercakap dan mereka pun banyak bercakap dengan gua. Penat betul hari ini sebab banyak tempat gua pergi. Jadi, assalammualaikum! Doakan perjalanan hidup dan kerja gua berjalan sempurna dan baik ya. Amin!


P/S : Gua Jenis Individu Yang Perlu Masa Untuk Beramah Mesra Dengan Orang! (^_^)Y


15 ulasan:

  1. tengok kat twitter dan facebook kan main lebat.....haha....

    all da best k..!

    BalasPadam
  2. Org yg byk menulis mmg berat mulut..
    tp kdg2 mulut tu berat sbb mmg ada batu..
    hehe! =P

    BalasPadam
  3. eh eh..sama la kite..hehe..takpe diam lebih baik dari banyak bercakap yang tak berfaedah.

    BalasPadam
  4. samalah,perlukan masa untuk bercakap dengan orang.hehe

    BalasPadam
  5. hahahaha

    esk mulakan hari yg lebih mengembirakan.TH jns xsuka suasana sepi.jd p mn2 mmg sng nk ngam nga sesape pun

    BalasPadam
  6. Kadang2 aku pun diam jugak sebab takder idea nak cakap apa dengan orang...

    BalasPadam
  7. banyak lemak kat mulut.. kbai

    BalasPadam
  8. abg2 senior tu lebih matang pada ko..tu yg ko tak masuk sgt dgn perbualan dieorng..

    BalasPadam
  9. saya sembang kalau org sembang, kalau org tu senyap sy pun senyap....sy ni segan org nya...huhuhuhu

    BalasPadam
  10. leh geng..susah nak sembang ngan org yg baru kenal

    BalasPadam
  11. bukan sombong tetapi pemalu... =)

    BalasPadam
  12. sama perangai ngan kita susah nk bermersa kalau baru kenal hahahah...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com