Keputusan Perlawanan Akhir Kumpulan A Sukan Sea 2011 : Malaysia Vs Indonesia



Pertembungan diantara sang Harimau Muda menentang Sang Garuda di Stadium Gelora Bong Karno pada jam 8.00 malam tadi bersamaan waktu Malaysia pada 17/11/2011 berlangsung dengan cukup hebat dan penuh dengan aksi serang menyerang yang memang mendebarkan.

Keputusan memihak kepada pasukan Malaysia dengan kemenangan 1 berbalas 0 oleh pihak Indonesia dan ini menjadikan Malaysia selaku juara kumpulan A dan menghalang Singapura daripada menyertai Indonesia ke pusingan separuh akhir. Kemenangan bermakna hasil jaringan tunggal Shahrul Azwari pada separuh masa pertama ini juga menyebabkan Malaysia berjaya mengelak untuk bertemu juara kumpulan B iaitu pasukan Vietnam.




Malaysia akan bertemu pasukan Myanmar pada peringkat separuh akhir manakala Indonesia akan bertemu pasukan Vietnam. Jadi, tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menampilkan permainan yang amat menarik dan berkualiti. Semoga pusingan separuh akhir nanti juga akan memihak kepada pasukan Malaysia. Tahniah Malaysia!



Malaysia 1 - 0 Indonesia


P/S : Meriah Dunia Twitter Sebentar Tadi! Hahaha! (^_^)Y


5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. perjalanan masih panjang. yang penting pertahankan pingat emas...

    p/s : Hans, Bapak ada kasi tag..heheh

    BalasPadam
  2. Malaysia main dengan baik semalam..tahniah pada pasukan malaysia..lagi satu suka tengok syahrul azwari main semalam..dia memang seorang striker yang laju..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama