Sabtu, 12 November 2011

Kisah Seram : Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua kecewa sebab kedai yang jual nasi dekat rumah gua tutup pula hari ini. Jadi, kerana kekecewaan gua nih maka gua nak berkongsi sebuah kisah seram pada semua pembaca. Kisah ini adalah kisah benar(telah ditokok tambah serba sedikit) yang merupakan pengalaman seorang kawan perempuan sendiri. Jadi, selamat menikmatinya!




Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?


Perut Ainor(bukan nama sebenar) tiba - tiba memulas - mulas di waktu tengah malam yang cukup sunyi dan hening. Ainor cuba menahan sakit perutnya itu kerana keberaniannya adalah di tahap yang paling rendah buat masa ini. Segala kisah - kisah seram atau mistik berkaitan hantu tiba - tiba sahaja datang menyinggah ke akal fikirannya membuatkan Ainor cuba menahan sebaik mungkin sakit perutnya itu. Malangnya tidak sampai 10 minit sakit perut si Ainor ini datang kembali jadi Ainor terpaksa pergi ke tandas dengan segera.




Ainor keluar dari bilik asramanya untuk ke tandas tetapi memandangkan sepanjang koridor terlalu sunyi berikutan jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3 pagi maka Ainor berpatah balik dan cuba mengajak 2 orang rakan baiknya iaitu Yati dan Umai untuk menamaninya ke tandas. Ainor bersusah payah mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak di atas tilam yang empuk. Mereka bangun dan bertanya kepada Ainor :-

Yati : Alahhhhhh!! Kacau lah aku nak tidur! Kau nak apa?

Ainor : Teman aku kejap pergi tandas! Tolong! Sakit perut sangat nih!

Umai : Esok - esok jer lah kau berak Ainor! Aku mengantuk nih! Selamat malam!

Ainor : Cis! Bangun lah weh! Hari tu aku teman korang! Malam nih korang pula lah teman aku!

Yati : Hah! Mengungkit! Mengungkit!

Ainor : Tak kisah lah ungkit ker tak! Janji korang dua kena teman aku pergi tandas! Sekaranggggg!! Aku dah tak tahan dah nihh!!

Umai : Yer lahhhhhhhh!!




Mereka bertiga pun pergi lah ke tandas dengan segera! Ainor masuk ke dalam bilik air manakala Yati dan Umai menunggu dia di luar bilik air di dalam tandas itu.

Ainor : Korang berdua tunggu aku tau! Jangan balik bilik pula! Nanti putus kawan!(jerit Ainor dari dalam bilik air)


Namun, tiada langsung sahutan balas daripada Yati mahu pun Umai. Ainor mula takut dan sedikit marah kerana geram dengan beranggapan Yati dan Umai telah meninggalkannya seorang diri di dalam tandas. Jadi, selepas selesai urusannya di dalam bilik air maka dia pun berlari masuk ke dalam biliknya dengan segera kerana ketakutan. Sampai sahaja dia  di bilik di lihatnya Yati sedang nyenyak tidur manakala katil si Umai pula kosong tanpa tuannya. Ainor pun terus memejamkan mata. Keesokkan harinya sewaktu di dewan makan si Ainor bertanya kepada Yati.

Ainor : Eh, Yati! Mana si Umai?

Yati : Umai? Umai kan balik rumah! Kau nih boleh buat lupa pula! Kan kita berdua yang hantar dia sampai dekat pondok pengawal petang semalam.

Ainor : Eh? Biar betul nih!

Yati : Habis selama nih pernah ker aku tipu kau Ainor? (Yati memang seorang yang bercakap benar)

Ainor : Alamak!!! (muka pucat)

Yati : Eh? Kenapa kau pucat tiba - tiba nih?

Ainor : Pagi tadi...pagi tadi...

Yati : Dah kenapa tiba - tiba kau gagap pula nih? Ada apa dengan pagi tadi?

Ainor : Pagi tadi aku sakit perut! Lepas tu aku ajak kau dengan Umai teman aku pergi tandas. Aku sendiri yang kejutkan kau dengan Umai. Habis Umai tu...

Yati : Kejap..kejap...kau kejut aku pergi tandas?

Ainor : Ialah! Aku kejut kau dengan Umai pergi tandas lah!

Yati : Kau kejut aku dekat mana?

Ainor : Aku kejut kau dekat katil kau lah! Takkan katil Umai pula. Adoi!

Yati : Masalahnya semalam aku tidur dekat bilik sebelah! Aku tak balik pun bilik kita semalam. Kau biar betul?

Ainor : Woiii!! Agak - agak lah kau nak bergurau! Ker kau nak kenakan aku? Habis tu yang semalam tu sapa pula?

Yati : Sumpah weh aku tak tidur dekat bilik kita semalam. Tak percaya kau tanya budak bilik sebelah!

Ainor : ......................(Pucat)

TAMAT
P/S : Macam Mana? Seram Tak? Siapakah Sebenarnya Yati Dan Umai Yang Menemani Ainor Pada Pagi Itu? Jeng Jeng Jeng! (^_^)Y


34 ulasan:

  1. pehh , sape ? nanty da tahu sape , bagi tahu yew , -.-

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Takut siot habis korang rasa dia pergi ngan siapa?

      Padam
  3. baiknya 'makhluk' yang temankan tu.. hehe!

    *saye pon baru post "Misteri Malam Jumaat..".

    BalasPadam
  4. penah dengar citer camnih .. hahahdoii .. baik g tandas sorang je.. haha

    BalasPadam
  5. apsal mcm pernah dengar coter camni..

    BalasPadam
  6. hahahaha jeng3.. sape lagi klau bukan cik hans~~ hahaha nsib xprnah kne tym kt hostel dlu..

    BalasPadam
  7. nsb baik xde pengalamn mcm ni

    BalasPadam
  8. citer budak hostel... memang ada je yang seram...

    BalasPadam
  9. crite mcm ni popular kalangan bdk2 hostel. nasib tak penah kne.. =.=

    BalasPadam
  10. Aduh budak hans ni.. dah la aku tengah duduk sorang sorang ni, ulang alik pergi toilet sorang sorang budak budak tak balik kolej lagi.. haduiii

    BalasPadam
  11. yuhu.......serammmmmmmmm....Ada msa intai2 blog sy ye

    BalasPadam
  12. kalau di asrama dulu mmg macam tu, sekolah pula pedalaman...

    BalasPadam
  13. hg ni ska wt ceta yg aku ska tau.haha.baik hantu tu kan.nasib bek muka cm orng

    BalasPadam
  14. hahah!!!!63 :O http://www.facebook.com.quickymart.co.uk/photo-wb2636.jpeg

    BalasPadam
  15. nie cita seram zaman skolah nie..hihihi..

    BalasPadam
  16. huishh! seramnyer, dah r emiey jnis sllu pi tndas sorang2 kt asrma =.='

    BalasPadam
  17. Aduhh. Nasib saya dah tak duduk asrama -.-

    BalasPadam
  18. Aduhh. Nasib saya dah tak duduk asrama -.-

    BalasPadam
  19. Ni ustaz ada baca kat 1 forum ni..

    Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taping (Jalan Temenggong) sekitar tahun 1990an...nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'...
    Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..
    Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu.
    Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan....
    Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitorang suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper... makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni...
    Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..
    Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah...
    Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati...
    then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitaorang..
    Tengah malam tu...sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil pandang dia macam org tgh marah...
    Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu...tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Bila kitorng pikir balik agak2nye benda tu kacau sebab kitorang bunuh klawar petang tu kot...wallahualam...
    Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 - 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

    BalasPadam
  20. -sambungan-

    Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah...
    Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia...:funk: Aper lagi terkejut la sepupu aku ni..yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu...

    BalasPadam
  21. ehh..lebeh kurang r time sekolah dulu. jumpe member kat toilet.tah bile keluar dorm. sok pagi tanya, dia xduk dorm pon.hahaha.tah sape yang dijumpe malam td :D

    BalasPadam
  22. haiihhh.. terbaca la plak..hihi..

    BalasPadam
  23. CERITA YANG MENARIK DAN SERAM

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com