Jumaat, 11 November 2011

Lega! Syukur! Malu!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Petang tadi gua teringin nak cuba makan char kuew teow dekat sebuah tempat nih. Tak tahu lah sedap ker tak jadi gua ambil risiko untuk cuba membeli dan merasa. Jadi, gua pun sampai di tempat kejadian dan memesan lah char kuew teow tersebut. Gua minta untuk dibungkus supaya mudah gua nak makan di rumah.




Jadi, waktu gua nak balik gua nak belok ke kanan jalan. Tepi jalan tu ada ramai orang tengah makan - makan lah kan! Belakang gua ada sebuah motosikal! Gua pun masukkan gear lah nak gerak tetapi gua tak tahu kenapa! Gear tu macam tak masuk pun ada! Gua tekan minyak punya kuat tapi motosikal tak bergerak pun. Bunyi jer lebih! Argghhhhhhhhhhhhhh!!!! Malunyaaaaaaaaaaa!! Waktu ramai orang lah motosikal nih nak tunjuk perasaan! Gua perasan juga motosikal di belakang tu macam berhenti mengejut sebab dia ingat motosikal gua nak memecut! Haih! Lega dia sempat berhenti! Kalau tidak dah motosikal gua kena langgar dan memang gua lah yang salah secara teorinya sebab motosikal gua yang tak gerak pada waktu sepatutnya bergerak!




Tiba - tiba rasa malu menerjah diri gua dengan begitu kuat lalu gua membawa diri ke jalan lain untuk menyembunyikan wajah kacak ini sehabis mungkin. Hahahaha! Malu gila kut! Gua gigih pergi jalan jauh dan keputusannya char kuew teow gua jadi kering. Hahahaha! Makan pun dah tak sedap! Sedih betul! Apa - apapun, syukur alhamdulillah sebab tak ada apa - apa berlaku sebentar tadi! Fuh! Lega sangat walaupun malu tu tak payah nak cakap! Memang maluuuuuuuuuuuuuuuuu sebab semua orang tengok! Hahahaha! Okay! Nak makan roti dengan aiskrim kejap! Assalammualaikum!


P/S : Baru Turun 2.5 Kilogram Dah Pergi Bantai Makan Aiskrim! Hahahaha!! (^_^)Y


11 ulasan:

  1. spoiler betul gear motor ko,haha
    kang malu dapat, kuew teow pun da x sedap
    takpe, seb bek selamat
    len kali cuba lg kuew teow tuh, makan kat situ terus

    BalasPadam
  2. haha..cian abg aku ni...
    *tumpang malu gak*
    lagi 1 makan char kue teaw on the spot lagi sdp..klau bungkus kembang la beliauwww~..

    peace :)

    BalasPadam
  3. tu maknanya ko kena beli moto baru kot..hihi

    BalasPadam
  4. naik skateboard la lps beli char kuey teaw..hik3

    BalasPadam
  5. ade tersasul penggunaan perkataan 'aku' di situ keh3

    BalasPadam
  6. semalam pon aku hampir nak eksiden sebab ade lori benti mengejut kat depan. huhu. seb baik takde pape. :)

    BalasPadam
  7. Hehehe.. Kesian kau Hans. Malu, dekat mana² pun kita boleh dapat. Relax lah! ;D

    AKu pun pernah pulas minyak tapi rupanya gear free. Hahah mujur tak ramai yang tengok macam kes kauni.



    Aku nak tambah berat bukan main payah..

    BalasPadam
  8. hahahaha sadisnyeeee..saya dapat bayangkan perasaan tu..hahahaha sabar yep..haha XD

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com