Jumaat, 4 November 2011

Minggu Menghargai Pelakon Veteran Di Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Hah! 2-3 hari ini gua dan rakan - rakan di facebook seronok betul bergelak ketawa di halaman muka buku dengan menjadikan gambar pelakon - pelakon veteran sebagai profile gambar masing - masing. Bermula dari kisah drama Cik Kiah Kole Kacang dan atas permintaan blogger CIMOT maka gua pun berkongsilah kisah dan gambar artis - artis veteran yang kami semua kongsikan sepanjang 2 malam yang riuh - rendah di facebook tu.



Pelakon ini namanya Noryati Taib dan gua mengambil keputusan menjadikan gambar nih sebagai gambar facebook gua untuk minggu nih! Gua suka betul tengok dia berlakon dan kalau nampak dia berlakon di dalam mana - mana drama mesti gua tonton sampai habis! Sempoi, selamba dan lucu! Drama terbaru lakonan beliau ialah Cik Kiah Kole Kacang.



Pelakon wanita ini pula namanya Wan Maimunah atau lebih dikenali sebagai ratu air mata. Memang watak - watak dia di dalam drama kebanyakkannya asyik menangis jer. Senang betul dia menangis kan. Tengok jer lah iklan PTPTN dekat televisyen anda jika tidak percaya. Hahahaha!!



Pelakon nih pula gua tak pasti apa namanya tetapi gua panggil Mak Wan jer. Kini fenomena Kak Ton Mania(blogger Yuyu Ali lah kata) gara - gara penangan drama Soffiya membuatkan blogger Yuyu Ali memilih untk menjadikan gambar ini sebagai gambar facebooknya dan menggelarkan dirinya sendiri sebagai Kak Ton. Memang Kak Ton ini cukup berbakat dan nampak keikhlasannya dalam menjadikan watak Kak Ton itu betul - betul baik dan lemah lembut.



Pelakon Maimunah Ahmad atau nama panggilannya, Mak Jah pula memang kerap kali melatari drama - drama di saluran televisyen tempatan. Baru - baru ini Mak Jah muncul di dalam filem Raya Tak Jadi dan Mak Jah mula dikenali anak muda apabila beliau berlakon di dalam drama Sembilu. Pelakon ini amat digemari oleh blogger Saiful Hawiz dan dengan ini beliau dipanggil Jah oleh kami semua untuk 2 malam sebelum ini. Hahahaha!!



Pelakon Norlia Ghani yang merupakan ibu kepada Rusdi Ramli ini pula telah gua kenali melalui wataknya sebagai Joyah di dalam drama Opah yang begitu becok sekali. Hahahaha! Seronok menonton lakonan beliau dan pelakon ini begitu diminati oleh blogger CIMOT dan dia menjadikan gambar ini sebagai gambar facebooknya dan dia dipanggil Joyah di dalam 2 hari kebelakangan ini.



Jadi, gua dan mereka berempat lah yang menukar gambar dan merepek macam orang tak betul di facebook dan ada juga lah yan turut sama menyertai kami dalam dua malam sebelum ini. Memang meriah betul komen - komen kami semua di sana. Jadi, dibawah ini juga terdapat gambar beberapa artis veteran jadi selamat mengenali mereka. Hehehehe!!


Wan Hanafi Su


Maimon Mutalib


Jalil Hamid


Normah Damanhuri


Osman Kering


Khatijah Tan


Awie (Macam Tak Kena Jer Dengan Senarai Yang Lain! Hahaha)


P/S : Banyak Lagi Sebenarnya Pelakon Veteran Cuma Gambar Mereka Susah Untuk Dijumpai! Apa - Apa Pun Seronok Juga Menonton Lakonan Mereka Di Atas Serta Beberapa Orang Lagi Pelakon Lain Seperti Kismah Johar, Fadilah Mansor Dan Lain - Lain Lagi! (^_^)Y


19 ulasan:

  1. hehe ermmmm semua pelakon hebat tuh.

    hans jgn lupa dtg komen entri baru sy ;)

    BalasPadam
  2. heehe..ORAIT!..cuns..xsangka aku masok lam blog hans!!..woww..jah oo jahh..hihihii

    BalasPadam
  3. lakonan pelakon vetaran mmg mantap dan terkesan di hati. ada sapa berani lawann? ;p

    BalasPadam
  4. ohlalala..femes meletops la pasni!!kah kah kah

    BalasPadam
  5. kahkahkah..up jugak akhir nya

    BalasPadam
  6. ngaaaaaaaaa... terharu seyhh..
    tetibe ada awie kan,pe kes !kekeke

    BalasPadam
  7. rajin nya kumpul sume ni... tp kurng ske cte melayu sbb sume asyik sedih je cte ;(

    BalasPadam
  8. pelakon vateran yg mmg best, tetambah mak jah tu, kalo jadik watak angker tu menjadik aje.. uhuhu~ wa baru selesei tengok cite al hijab, lawak r cite tu,kakakaka!! hantu2 dia terbaik, ingt wa nk buat review sikit la pasal filem tu dkt blog gua nanti.. hahaha, pada wa boleh laa layan .. lawak si bell tu mmg mantop.. best2!! ;D

    BalasPadam
  9. suka tgk mak cik petir@ noryati taib,hehehe

    BalasPadam
  10. Aku pilih Makcik Noryati Taib, Kak Ton, Jalil Hamid dan Awie!.. ;D

    BalasPadam
  11. awie pun kategori pelakun veteran gak...hehhehee

    BalasPadam
  12. i like khatijah tan...hehe esp dalam dunia baru the series:)

    BalasPadam
  13. awie pun ada? memang tak kena :P
    ~suke kak ton :P

    BalasPadam
  14. noryati tu kalau blakon kelakar habis hehe

    BalasPadam
  15. aku suke yg paling atas uh.. kah3

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com