Senja Nan Merah

Assalammualaikum! Tak tahu kenapa gua tengah kemaruk layan lagu yang dulunya gua anti gila - gila iaitu Senja Nan Merah dendangan Awie dan Ziana Zain. HAHAHA! 20 kali dah dengar nih sambil karok sorang - sorang depan laptop! Hehehehe! Gua sebenarnya nak cerita apa entah! Gua dah lupa jadi gua cerita apa yang berlaku jer lah setakat nih terhadap diri gua! Rojak lah sikit sebab malas nak taip baku malam nih! Hahaha!


1st....seluar jeans gua kembali menyelesakan pinggang gua! Kalau tak sebelum nih gua tahan nafas 20 kali pun belum tentu dapat pakai tapi tadi tak payah tahan nafas dah relaks jer gua pakai! Muahahaha! Betul lah member gua cakap! Gua nih senang kurus dan senang gemuk! Gua tak makan nasi 2 hari dah muat balik seluar jeans! Jadi, tadi konon tak mahu makan nasi lagi lah! Gua ingat nak makan tomyam tapi alih - alih gua terbeli..diulangi..terbeli nasi! Hahahaha! Tak apa! Esok gua tak makan nasi pula lah! Gua nak kurus macam zaman diploma gua balik! Semoga berjaya! Hahahaha!!

2nd...hari nih dekat pejabat ramai gila mencari gua! Supervisor gua cari gua! Ada akak sorang nih yang gua baik dengan dia cari gua! Ada juga bila gua terserempak mereka dan mereka kata lama mereka tak nampak gua! Sob Sob Sob! Gua tak pernah lagi ponteng kerja tau! Gua sebab tadi rasa macam geram(gua kalau dekat luar kalau geram yang biasa - biasa nih tak nampak geram sangat pun...maybe!) jadi gua pun,"Haihhh! Kesiannyaa dekat saya! Hari - hari datang tapi orang tak nampak! Padahal saya tak pernah ponteng pun!"(sopan tak ayat gua? sebab tu diorang kata gua naif! kalau gua dengan geng - geng gua harapan lah nak cakap SAYA SAYA nih! Hahaha!) Lepas tu diorang pun cepat - cepat lah betul kan persepsi gua tu! Takut gua emo lah kut!! Hahaha! Ialah! Jenis gua nih kalau gua tak ada kerja lepas tu tak ada internet(ada tapi gua tak ada laptop yang boleh dibawa) memang silap - silap gua rasa macam nak terjun bangunan sebab kebosanan! Jadi, gua akan cari kerja apa gua boleh buat dan memang gua dah jumpa kerja yang memang banyak gila dan tak mungkin gua dapt siapkan dalam sebulan pun tetapi gua sangat - sangat enjoy bekerja di situ. Asalkan ada kerja dan gua tak adalah melangut kira berapa buah kereta melintas depan pejabat gua. Dan bila gua buat kerja memang gua fokus lah depan komputer tu tak pergi mana - mana! Nasib ada yang nampak gua buat kerja tu dah bagitahu supervisor gua! Kang dia ingat gua ponteng mampus markah gua berkurang! Hahaha!!

 Kau Pergi Mana? Aku Tak Nampak Pun Muka Kau??

Malam semalam pula ada budak sekolah rendah gua buat group dekat facebook dan ramai lah budak - budak sekolah rendah gua yang join benda alah tu! Gua dari nak tidur awal alih - alih terlajak la kan sebab memang seronok kut jumpa kawan - kawan lama! 10++ tahun tak tahu apa cerita dan bila dapat tahu wajah terkini dan apa mereka buat memang best gila! Gua seronok sebab memang gua nih jenis tak suka pandang rendah dekat orang(insyaallah) jadi gua tak ada hal lah nak tegur budak - budak yang dulu kelas tercorot pun. Macam dulu ada budak duduk kelas paling bawah tapi sekarang ambil kau! Jadi jutawan sudah kerja dekat pelantar minyak! Hebat betul! Ada yang berak dalam kelas pun sekarang dah jadi polis dah! Sumpah gua gelak macam nak mati semalam! Hahahaha! Best! Tak kurang juga budak yang sudah termaktub annoying dari dulu, kini dan selamanya juga ada dalam group tu! Hahaha! Meluat betul gua tapi gua buat bodoh jer lah! Janji kau tak kacau gua sudah!!

Okaylah! Gua budget macam gua artis jer kan cerita kisah hidup gua hari nih dekat anda semua! Hahahaha! Tak apa lah! Memang dari dulu gua suka merepek dekat blog gua nih! Jadi, gua nak karok kejap lagu Senja Nan Merah depan laptop! Jumpa lagi bila gua rasa nak update blog! Assalammualaikum!!

P/S : Layan Lagu Lama - Lama! (^_^)Y

P/S : Esok Peruntuk Satu Jam Jalan - Jalan Seluruh Bilik Tunjuk Muka! Hahahaha!!


13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kdg2 layan lagu lama pun best!

    ko kena buat org sedarlah kehadiran kau.. contohnya buat2 annoying... hahah..

    BalasPadam
  2. lagu senja nan merah, lagu raya la bro..heheh

    BalasPadam
  3. untungla cpt naik cpt turun..hihi
    best gk dgr lagu lma2 ni..hee

    BalasPadam
  4. abis ar Kamil dump ko pasni sb ko dh kurus alek...hahahhaa

    BalasPadam
  5. Perghhh.. Lagu Awie.. Mmg lagu tahap oldies...

    BalasPadam
  6. nak org sdar kehadiran?rajin2 sembang n kua lepak ngn dorang ah~~~ p makan or p pantai ramai2~~~~~ buat2 mesre aa .. :)

    BalasPadam
  7. suke jugak lagu senja nan merah tuh !
    kalau pegi karok mesti amik lagu tuh. huahuahua

    BalasPadam
  8. bapak : eh,mana ada....tak ada satu pun lirik dia sebut pasal raya2...

    hazirah : bila aku malas baru aku sembang dengan diorang sebab kalau sembang memang 2 jam pun tak habis...aku berdedikasi sikit hal kerja2 nih...pasal pantai pula...dekat tempat aku berpraktikal skrg 98% ialah warga yang telah berumur...xpernah dengar lagi event ke pantai yang dianjurkan mereka...hahaha

    BalasPadam
  9. hazirah lagi : eh,lupa nak cakap...setakat nih semua kenal aku dekat situ(insyaallah) cuma mereka tak nampak aku berjalan - jalan...ko kena refer balik pada entry yang aku sedikit2 emo-emo tu sebelum nih...dan ko akan faham...hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama