Sabtu, 26 November 2011

Siapa Yang Cipta Tali Pinggang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Walaweh! Perkara nih terjadi pada minggu lepas sebenarnya tetapi kerana kesibukan yang agak ketara sekarang jadi baru minggu nih dapat gua berkongsi tentang hal ini dengan anda semua.


Siapa Pencipta Tali Pinggang?


Siapa pencipta tali pinggang ye? Anda ada jawapan? Jika ada sila berkongsi dengan gua tanpa malu - malu yer! Alkisahnya begini! Gua baru perasan apabila melihat tali pinggang gua yang ada sebelum ini seperti tidak masuk dengan beberapa pakaian kemeja dan seluar slack gua. Jadi, pada hari Rabu minggu lepas gua telah mengambil keputusan untuk menambah koleksi tali pinggang, seluar slack dan kemeja gua yang sememangnya agak kurang kerana di zaman dahulu gua tidak meminati pakaian formal ini.




Selalunya tali pinggang nih gua beli jenis yang murah - murah jer lah cuma kali ini selera gua untuk merasa memakai tali pinggang yang sedikit berjenama dan mahal agak tinggi. Jadi, gua beli jer lah tali pinggang yang gua pakai sekarang nih. Maka pada hari kejadian sememangnya gua yang sememangnya jejaka idaman Lisa Surihans yang sedia kacak menjadi bertambah kacak dengan set persalinan yang segala - galanya baru. Hahahahaha! Jadi, tak ada apa - apa lah sangat kan sampai lah gua balik ke rumah! Apa yang terjadi? Bersambung?


Eh? Kenapa Tak Boleh Buka Nih?


Okay! Gua pun nak menanggalkan lah seluar gua sebab nak mengemas diri kan! Penat berpanas lah bersejuk lah! Alih - alih....kenapakah? Kenapa dengan tali pinggang nih? Asal tak boleh buka? Walawehhhh!! Masalah besar nih! Gua dah buat bermacam - macam dah masih juga tak boleh buka. Tali pinggang nih jenis kena tarik keluar dan bukannya jenis ada lubang tu jadi gua dah panik! Kawan - kawan gua bagi idea yang 'sangat bijak' iaitu dengan menggunting tali pinggang tu. Gila kah? Gua beli mahal - mahal dan baru pakai sehari memang gila lah kalau gua ikut nasihat mereka tu. Hahahaha!


Gunting?


Ditakdirkan sejak bertukar bahagian dan sememangnya sibuk sehingga kadang - kadang tak sempat makan membuatkan berat badan sedikit menyusut dan selepas bersusah payah mengempiskan perut, mengherotkan pinggang ke kiri kanan dan akhirnya dapatlah jua gua mengeluarkan seluar bersama tali pinggang tersebut dari tubuh gua. Kehkehkeh! Akhirnya selepas berbagai - bagai cara sehingga menggunakan pisau marjerin dapat juga gua buka tali pinggang yang masih berada pada seluar yang telah gua tanggalkan dengan bersusah payah tu. Memang kelakar gila lah situasinya! Sekarang dah okay dah dengan tali pinggang tersebut cuma waktu mula - mula pakai jer ada masalah! Nasib gua seorang jer dekat rumah waktu tu! Kalau ada keluarga ker orang lain ker memang malu sudah! Beli tali pinggang mahal - mahal tapi nak buka tak reti! Apa lah lu nih Hans! Kahkahkahkahkah! Apa - apapun, gua masih nak tahu siapakah insan yang mencipta tali pinggang? Terima kasih kerana alat tersebut menambah kekacakan gua! Hehehehe!


P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


10 ulasan:

  1. hahaha,,mesti kelakar kan masa nak cabut tali pinggang tuh,,

    BalasPadam
  2. aduai,kelakar jer. mesti panik time tu.. moral of d story beli jer belt cikai2 hee =D

    BalasPadam
  3. ish ish ish....kalau sedang tak tahan didalam tandas tu kan haruuu...huhu

    BalasPadam
  4. aper nak jadik ngan kau nie...kui3

    BalasPadam
  5. wehehuu...
    alat penambah kekacakkan -.-'

    BalasPadam
  6. Tali pinggang tu saja nak trolling. Hmm saapa yang cipta tali pinggang? Ntah. Tp rasanya org yang cipta tu mesti malas nak jerut2 perut dengan tali macam orang lain, sebab dia selalu asik tak dapat bukak je. Hahaha

    BalasPadam
  7. Tu lah beli yang mahal.. haha..

    BalasPadam
  8. kenapa nama dia tali pinggang bukan tali perut?

    BalasPadam
  9. kalo time tu ngah sakit perut nak berak...mst dah terburai dlm sluar kn?haha...

    BalasPadam
  10. panik pastinya kan?
    hehe, takpelah, jdkan itu pengalaman!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com