Jumaat, 18 November 2011

Tersalah Panggil Nama

Pernah tak anda mengalami satu peristiwa atau kejadian dimana anda dengan yakinnya memanggil nama panggil orang tersebut berhari - hari tetapi sebenarnya nama yang anda panggil itu bukan nama orang tersebut tetapi orang lain. Paling melucukan apabila walaupun nama orang yang anda panggil itu salah tetapi orang tersebut tetap melayan anda seperti itu namanya yang sebenar tanpa mahu memberitahu bahawa sebenarnya anda tersalah panggil. Adakah anda pernah merasai kejadian seumpana ini? Hahahaha!


Waduh - Waduh! Bila Jadi Orang Seberang Kok? Hahaha!


Pada minggu ini aku telah mengalami 2 peristiwa berkenaan tersalah panggil nama si empunya diri tetapi hanya 1 peristiwa yang ada hubung kait dengan tajuk ini manakala yang satu lagi pula tidak berkaitan namun aku bermurah hati untuk berkongsi disini dengan anda. Hehehe! Di bahagian kerja aku yang baru terdapat seorang wanita ini bernama Siti manakala seorang lagi bernama Ani. Kedua - duanya mempunyai jawatan yang lebih kurang sama tetapi sedikit berbeza. Sebagai contoh katakan Kak Ani dan Kak Siti ini berkerja di kedai makan di mana kedua - duanya mempunya kedai tetapi seorang menjual nasi dan seorang lagi menjual air. Jadi, kesilapan aku disini ialah aku memanggil Kak Siti itu sebagai Kak Ani selama 4 hari berturut - turut dengan yakin dan pasti sekali manakala Kak Siti cuma mengiyakan sahaja tanpa ada riak wajah menentang panggilan itu atau pun memberi apa - apa tanda bahawa panggilan yang aku berikan padanya salah. Hingga lah pada hari keempat itu aku tersedar bahawa selama ini panggilan nama yang aku beri padanya itu memang salah dan boleh anda bayangkan tak apa perasaan aku sewaktu mengetahui selama ini aku tersilap memanggil namanya? Rasa malu gila! Rasa kelakar pun ada! Hahahaha! Jadi, untuk mengubah nama panggilan itu memang agak kelakar lah kan sebab selama nih dengan yakin dan suara yang kuat sahaja menyebut nama kakak tersebut. Jalan selamat cuma buat - buat seperti biasa dan memanggil namanya yang betul. Hehehehe!! Patutlah supervisor aku yang pernah bekerja disitu suatu masa dahulu pelik apabila aku menyebut nama Kak Siti tu sebagai Kak Ani. Hohohoho!


Maluuuuuuuuu!!!! Hahahaha!


Kisah kedua pula yang tidak berkaitan dengan tajuk entri ini ialah berkenaan nama wakil supervisor aku sendiri. Memandangkan beliau adalah wakil dari supervisor aku yang betul jadi secara jujurnya aku langsung tidak mengenali beliau atau melihat wajahnya langsung. Cuma mendapat panggilan telefon dan aku yang sedikit pernah dengan kerja kurang menangkap nama yang disebutkan oleh beliau. Apa yang aku dengar seperti Zabidi atau Zubaidi. Jadi, apabila supervisor di tempat kerja aku yang sebenarnya merupakan kawan sekelas dan baik dengan wakil supervisor aku itu bertanya siapakah nama supervisor aku maka aku pun dengan separuh keyakinan berkata,"Saya tak pasti tapi tak silap namanya Zabidi ker Zubaidi! Macam tu lah!" Alih - alih nama sebenarnya beliau ialah Faizal! Lebih kurang tak namanya? Hahahahaha!! Patutlah tak ada siapa pun kenal sebab nama yang aku cakapkan tu salah padahal waktu beliau masuk sahaja ke bahagian pejabat hampir 70 peratus mengenali beliau. Seperti biasa untuk menyelamatkan diri daripada dilanda malu besar maka berlakon seperti tiada apa - apa yang berlaku. Hahahahaha!
Kesimpulannya, sila pastikan nama seseorang tersebut ialah sama seperti mana nama yang tercatat di dalam kad pengenalannya jika anda tidak mahu mengalami perasaan malu yang besar seperti aku! Hehehehe! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


P/S : (^_^)Y


24 ulasan:

  1. zubaidi dengan faizal, dekatnya beza?
    hahaha, klakor la ko hans
    boleh plak tersasar jauh


    konpem ko malu kan jumpa kak siti skang?
    seb bek kak siti org yg tak kisah,haha

    BalasPadam
  2. malu? hah tahu takpe. pernah kene gak...pergh! malu gilelah...yg hot nya org sekeliling xde plak nak tegur yg kite salah panggil nme org tuh...

    BalasPadam
  3. supervisor nama pon leh silap? mmg kurangla markah kau kena tolak nt kalau kau kau nk mintk evaluate form bhaha..

    kalau kak ani or siti susa nk ingt panggil akak pon dah ok

    BalasPadam
  4. Dayah : untuk pengetahuan anda...dia bukan supervisor aku...dia wakil pada supervisor aku sahaja....aku tak pernah silap langsung tentang nama supervisor aku...markah tak ditolak sebab bila aku jumpa dia aku dah tahu nama sebenarnya dia cuma sehari sebelum jumpa tu aku kurang pasti nama dia...berkenaan panggil akak sahaja tu bukan sesuai untuk semua situasi...ada situasi yang kita perlu sertakan nama mereka sekali..harap maklum :-)

    BalasPadam
  5. hans2..apelah...
    nasib baik kemaluan ade lagi bile time malu 2..hahahaa

    BalasPadam
  6. aku tak pernah lagi panggil orang salah nama. tapi orang selalu je panggil aku tetukar dengan nama kawan aku. kenapa? mengapa? why ??

    hahaha

    BalasPadam
  7. nama aku ingat x? weeeeeeeeee~

    BalasPadam
  8. J Syazwana : kes ko cam aku la..orang selalu panggil aku Shah Rukh Khan...pelik tul...lalalala

    BalasPadam
  9. hehehe, xpe wat2 slamber je...wat muka tembok, wlupun dlm ati tu malu gilerrr

    BalasPadam
  10. same laaa aku..dengan yakin nya melambai-lambai kononnya member aku..tetibe bile dah dekat baru perasan orang lain...huuuuuuuuuu..malu sial laaaa..

    BalasPadam
  11. iqa pnah g komen kt blog org tu,tp slp letak nama blogger laen dlm komen...mamat tu bley plak g approve komen tu...ble bce blk komen tu rase nk delete je...nmpk sgt ta alert ngn nama tuan blog..huhuhu

    BalasPadam
  12. hahha.sy kalau tak ingt nme tegur je pastu tnye nme ckp terlupa la nama ape.hahha

    BalasPadam
  13. mesti ko bt muke naif ko kan~ kakaka

    BalasPadam
  14. kelakar lah....
    blh plak mcm 2....
    btw.. Enna pon penah...
    malu siot!!

    BalasPadam
  15. pernah jgk. baru2 nie wish senior kat fb. kak lina dan kak yana. dorg dok satu dorm dan mmg rapat dlu. dgn yakin nye wish hb kak lina. padahal kak yana. pastu dy ckp 'eh salah org la' damnn! sgt malu nasib baik dlm fb je. haha


    p/s : name fb toh letak la name yg betul. jgn nak merepek2.

    BalasPadam
  16. pentingnya mengenali nama seseorang kan.hehe

    BalasPadam
  17. dah banyak kali... nk panggil awek baru,tapi tersebut nama awek lama penah, g keja keta org lain, ingatkan membe sendiri penah, marah kat salah org pon penah... bykla pengalaman salah nama/org ni...

    BalasPadam
  18. izzad : mana ko tahu ni? hahaha

    BalasPadam
  19. adoi hans.. haha.. mesti kak siti gelak tergolek blakang hans.. kahkahkah.. hee. sorry

    Latest!| Klik SINI |

    BalasPadam
  20. nama aku brad pit.. jangan silap panggil

    BalasPadam
  21. kalau orang lain takpa. kalau salah nama pak mertua? kehkehkeh. larik!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com