Jumaat, 30 Disember 2011

Cita - Cita Saya Nak Jadi...

Pada sesi pengenalan murid - murid darjah 1 di sebuah sekolah rendah maka terjadi lah sebuah peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan sampai bila - bila oleh Cikgu Morini Morziana sewaktu sesi perkenalan pertama diantara beliau dengan anak - anak muridnya.




Cikgu Morini : Baik lah murid - murid sekalian! Nama saya Morini Morziana! Kamu semua boleh panggil saya Cikgu Angelina! Jadi, saya ialah guru kelas kamu untuk tahun ini! Maka dipersilakan kamu memperkenalkan diri dan cita - cita kamu! Bermula dari yang sebelah kanan saya nih sampai lah habis! Baik, kamu mula dulu!

Alina : Nama saya Alina! Boleh panggil saya Maria! Cita - cita saya nak jadi doktor!

Din : Nama saya Din! Boleh panggil saya Danial! Cita - cita saya nak jadi polis!

Rosmaria : Nama saya Rosmaria! Boleh panggil saya Fazura! Cita - cita saya nak jadi guru!

Cikgu Morini : Saya musykil lah! Asal nama panggilan kamu semua tak sama langsung dengan nama betul kamu? Tak apa lah! Baiklah! Teruskan!




Korie : Nama saya Korie! Boleh panggil saya Awie! Saya nak jadi bomoh lah cikgu!

Cikgu Morini : Hah? Bomoh? Kamu nak jadi bomoh?

Korie : Betul lah cikgu! Saya serius nih! Tak main - main!

Cikgu Morini : Kenapa kamu nak jadi bomoh?

Korie : Jadi bomoh cepat kaya lah cikgu! Kerja pun tak susah! Hari - hari boleh duduk rumah!

Cikgu Morini : Mana kamu tahu jadi bomoh boleh cepat kaya? Kamu ada bukti?

Korie : Cikgu tak percaya? Mesti cikgu nih tak tengok televisyen nih! Kan?

Cikgu Morini : Hari - hari saya tengok televisyen lah Awie!

Korie : Cikgu tengok tak drama bersiri Tentang Dhia dekat tv3 tu?

Cikgu Morini : Mesti lah tengok! Tambah - tambah cikgu minat Adi Putra pula!

Korie : Cikgu tengok semua episod ker atau tertinggal beberapa episod?

Cikgu Morini : Cikgu tak pernah ponteng tengok drama tu. Eh! Eh! Melalut pula kamu nih! Apa kena mengena drama tu dengan cita - cita kamu nak jadi bomoh pula?


 Inilah Pak Boon - Sumber Gambar


Korie : Dalam drama tu kan ada bomoh nama Pak Boon.

Cikgu Morini : Habis tu?

Korie : Cikgu tengok lah kerja dia! Jampi - jampi air jer! Potong limau sikit! Lepas tu dah boleh guna iPhone! Tak ker kaya tu cikgu! Kerja pun mudah jer! Hari - hari boleh duduk rumah!

Cikgu Morini : Waktu rehat nanti ikut saya jumpa Ustaz yer Awie!!!!

Korie : .........................



P/S : Tamat Sudah Drama Bersiri Tentang Dhia! (^_^)Y


9 ulasan:

  1. ceh pasal DHIA rupanya..
    aku mmg tak puas hati ok mak dia tadek balasan..kojaq toi

    BalasPadam
  2. aha'..nama len..pnggilan lain.lawak2 :D

    BalasPadam
  3. yang mana cita2 xtahu.. smua cm nak jadi artis je. boleh panggil awie la, fazura la..haha

    BalasPadam
  4. tentang dhia..bertambah janda malaysia..haha

    BalasPadam
  5. hEHEH.. Pengaruh tV ni bahaye.. rosak palotak budakk

    BalasPadam
  6. tentang dhia terbaik. sedih gila. :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com