Hans Berjaya Menamatkan Latihan Praktikal

Alhamdulillah! Selepas suka duka selama 4 bulan akhirnya tamat jua latihan praktikal gua pada hari ini! Memang macam - macam perkara lah yang gua belajar! Banyak ilmu yang gua dapat! Satu perkara yang gua belajar dan akan ingat sentiasa ialah walaupun apa yang kita buat, lakukan atau disuruh untuk melakukan itu bertentangan atau langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang kita belajar tetapi jangan sekali - kali merungut! Cuba belajar dan anggap lah itu ialah salah satu ilmu yang mahal kerana bukan senang kita nak belajar sesuatu yang baru dengan percuma.




Itu tuah dari segi ilmu! Tuah dari segi rezeki pula lagi banyak yang gua dapat! Boleh dikatakan hari - hari ada saja orang nak belanja gua makan! Memang gua tak dapat nak diet sudah! Hahahaha! Memang segan lah bila hari - hari orang belanja tapi kalau kita tolak sekali dua tak apa lah lagi. Kalau tolak banyak kali nanti orang kata tak sudi! Nanti ada pula masam muka dengan kita. Jadi, kesimpulannya gua terima jer lah bila mereka nak belanja gua! Janji jangan lupa ucap terima kasih pada yang membelanja! Gua tak ucap terima kasih dekat seorang saja lagi bro nih! Dia belanja gua tetapi hari dia belanja tu gua lupa nak ucap terima kasih sebab muka dia nih ketat gila waktu hari pertama gua masuk salah satu bahagian yang gua praktikal! Hari pertama dia dah sound gua kut! Hahahaha! Cuak - cuak!!




Tuah seterusnya ialah kebanyakan yang kita kenal disitu dah macam ahli keluarga. Ada yang anggap gua macam anak mereka dan adik mereka. Memang seronok bila gua bekerja dalam suasana macam tu. Rasa sangat dihargai. Tetapi, seperti biasa bukan semua manusia suka kita walaupun kita tak pernah buat masalah pun dengan mereka. Hah! Itu pun gua dah lalui dekat tempat kerja gua! Itu memang perkara biasa! Dimana - mana tempat pun ada orang sebegitu jadi diharap bijak mengawal emosi. Pengalaman beb! Bukan senang nak dengar orang mengumpat gua dekat tandas! Hina betul tempat nak mengumpat gua pun! Mengumpat lah dekat ruang tamu pejabat ker kantin ke! Ada lah kelas sikit! Hahahaha!




Apa - apapun, gua pasti akan merindui beberapa orang di tempat gua praktikal tersebut seperti Umi, Kak Siti, Abang Din, Abang Faizal, Abang Rizal, Kak Su dan beberapa orang lagi lah! Terima kasih atas segala jasa, perkongsian ilmu dan rezeki kalian pada gua! Moga kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan hidup! Jadi, gua akan mula membuat laporan dan selepas ini kena lah bertungkus lumus mencari kerja pula! Doakan kejayaan gua yer!


P/S : Harap - Harap Gua Dapat Kerja Cepat! Doakan Gua! Amin! (^_^)Y


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. so kemana perjalanan karier selepas ini?

    BalasPadam
  2. gud luck!!!
    cepat2 dapat keje nanti ^^

    BalasPadam
  3. banyak pengalaman bila buat praktikal nikan.. semoga kau cepat dapat kerja hans.. amin..

    BalasPadam
  4. moga lepas ni dapat job lagi bgus..:)

    BalasPadam
  5. hahahaha,ceh. ingat dalam drama je nak ngumpat dalam tandas. realiti pun ade...

    baguih la,selamat dah hbs praktikal. semoga dpt kerja yg bgus.. ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama