Sabtu, 10 Disember 2011

Tempat - Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Assalammualaikum dan salam sejahtera! Entri ini ditaip khas untuk rakan - rakan universiti aku yang bercadang untuk bercuti bersama - sama selepas tamat semester terakhir pertengahan Januari tahun depan. Jadi, ada yang bertanya tentang Pulau Pinang maka aku pun gigih lah google cari tempat menarik di Pulau Pinang nih. Jadi, ini adalah tempat - tempat yang berpotensi untuk menghabiskan duit dan memenuhkan memori telefon dan kamera masing - masing dengan gambar sebagai kenangan di hari tua kita semua nanti. Kahkahkah!


Feri Pulau Pinang

Kepada rakan - rakan ku yang berkenaan! Kalau korang semua feeling - feeling nak mendepakan tangan macam dalam filem Titanic tu maka boleh lah cuba buat benda nih waktu naik atas feri nih nanti! Tetapi, kalau ditakdirkan korang jatuh ke dalam laut lah kan waktu korang depa tangan tu maka aku minta halal makan, minum dan hutang(kalau ada) siap - siap la noh! Hohoho!! Kalau ada antara korang semua yang tak pernah merasa lagi naik feri maka ini lah peluang korang untuk menikmati tiupan angin laut yang mendamaikan!



Bukit Bendera

Pemandangan dari atas bukit dan panorama sekitarnya yang amat menarik dan indah sekali. Jadual waktu keretapi bergerak adalah seperti berikut :-

Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm.

Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm

Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return).

P/S : Guna kad matrik UiTM rasa - rasa boleh dapat murah lagi tak? Haha!

Kepada rakan - rakanku yang rasa macam nak feeling dating dengan brad pit ker Johnny Depp bagi perempuan dan dating dengan Taylor Swift ker Oprah Winfrey ke bagi lelaki boleh lah kita ramai - ramai berkunjung ke sini yer nanti!



Taman Rama - Rama

Kepada rakan - rakanku yang terasa nak feeling - feeling macam hidup di zaman dahulu kala ala - ala Snow White atau Cinderella tu boleh lah kita ramai - ramai berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan dan kecantikan flora dan fauna yang terdapat disini. Tiket untuk masuk ialah RM18 dengan mykad untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak(tertakluk pada perubahan harga minyak semasa dunia! Lol!). Kepada rakan - rakanku yang boleh menyamar menjadi kanak - kanak tu boleh lah mencuba nasib nanti yer. Kuikuikui!



Jambatan Pulau Pinang


Jambatan Pulau Pinang ini merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara setakat ini kalau tak salah aku lah. Kerja pembinaan jambatan ini bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985 iaitu memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan dengan kos sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar di semenanjung. Kepada rakan - rakanku yang ingin melihat jambatan ini dengan lebih dekat maka boleh lah melihatnya nanti sewaktu kereta kita bergerak di atas jambatan ini.



Menara Komtar

Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara Komtar merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya. Walaupun kemeriahan di Komtar nih tak sama macam dulu - dulu tetapi bagi kawan - kawanku sekalian untuk memuaskan hati kalian maka kalian kena juga datang ke sini. Hehehehe!!


Batu Feringgi

Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. Tahap kebersihannya tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat laporan negatif di akhbar - akhbar tetapi jika usaha - usaha yang dijalankan selama ini untuk membersihkan kawasan pantai tersebut maka cantik lah pantai. Kepada rakan - rakanku mungkin kita boleh mencuba untuk bermain belon terbang(apa nama lah aku nak sebut) disini jika korang ada membawa duit yang banyak untuk dibelanjakan. Hahahaha!



Rumah P.Ramlee
 
Rumah ini asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama bapa saudaranya, Rejab Hussain. Rumah ini diperbaiki oleh bapa saudaranya pada zaman pendudukan Jepun dan dibaiki sekali lagi pada 1948. Memandangkan rumah tersebut tempat tumpah darah Allahyarham P. Ramlee, maka Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan membaikinya. Walau bagaimanapun bentuk asal rumah itu masih dipertahankan. Projek membaik pulih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang mulai November 1990 dan siap pada penghujung Oktober 1991. Paling penting disini ialah bayaran masuk adalah percuma! Jadi, rakan - rakan sekalian kita boleh berjimat cermat sambil bergambar sakan dan menambah pengetahuan kita tentang seniman tersohor negara ini.



Pasar Chowrasta

Pasar Chowrasta nih berdekatan sangat dengan Padang Kota Lama jadi sebelum singgah makan di sana baik kita semua singgah dulu di Pasar Chowrasta nih. Dekat Pasar Chowrasta nih selain daripada korang semua boleh melihat syurga jeruk buah - buahan sebab ada pelbagai jenis jeruk dekat sini serta kain baju ada satu lagi keistimewaan yang menguntungkan kepada sesiapa yang suka membaca sebab dekat tingkat 2 ada dijual buku - buku lama dengan harga yang cukup murah dan macam - macam jenis buku yang korang boleh jumpa dekat sini. Jadi, ini adalah salah satu tempat yang seronok untuk korang semua membeli - belah.



Padang Kota Lama

Hah! Selepas kita semua dah penat berjalan - jalan membeli belah tu maka kita singgah la dekat Padang Kota Lama. Waktu macam nih lah rakan - rakanku terutama yang gadis - gadis tu terpaksa buang jauh - jauh rasa korang yang konon nak diet tu dengan mencuba macam - macam makanan terkenal yang ada dekat sini seperti pasembor, mee udang, laksa penang dan macam - macam lagi lah! Amacam? Rasa lapar tak? Hohoho!


Ada banyak lagi sebenarnya tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang seperti Pulau Jerejak, Muzium, tempat - tempat makan dan macam - macam lagi lah yang boleh diterokai. Kalau bertuah mungkin boleh naik beca mengelilingi kawasan - kawasan bersejarah di Pulau Pinang tersebut. Jadi, bagaimana kawan - kawan ku sekalian! Adakah Pulau Pinang destinasi percutian kita? Nilaikan sendiri!


P/S : Kalut Nak Pi Cuti Tapi Report Pun Tak Sentuh Lagi! Kehkehkeh! (^_^)Y



P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut

43 ulasan:

  1. wooo..byk gak tempat menarik kat sana kan..xpernah lg jejakkan kaki kat sana =)

    BalasPadam
  2. ouhh,banyak lagi tempat aku tak pergi.. yang pernah,jambatan n padang kota lama je.. sadis.haha

    BalasPadam
  3. dah pindah kedah nanti leh la gi komtar..dekat ja kan..hekhek

    BalasPadam
  4. Almost all kte dh pg tp haritu holiday kt Kedah pastu singgah Penang sempat naik feri dgn jmbtn =.= pastu lunch dekat Queensbay je.

    Tak puas tak puas XD

    BalasPadam
  5. syok2...alangkah best dapat jalan2 kat negeri org...

    BalasPadam
  6. war muzium pun menarik jugak. ce google.

    BalasPadam
  7. dulu2 penah duduk penang... bila tengok padang kota, teringat pasemboq! rindu makanan itu!

    BalasPadam
  8. penang mmg best pi jalan... bandar dia sendiri dah memang best..

    rasa nak pergi lagi

    BalasPadam
  9. jom pakat2 mai penang...saya bangga jadi org penang...heheheh

    BalasPadam
  10. aku baru naik bukit bendera beberapa hari lepas. train punya tiket pergi balik rm 8/sorang(dewasa) laaa hans :)

    BalasPadam
  11. tengah dlm proses cari tempat menarik kat penang. hehe.. tpi kawan cik tikah kata taman rama-rama dh tutup. btol ke?

    BalasPadam
  12. macaam sedap je pasembor..nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasembor memang sedap terliur bila cakap!

      Padam
  13. @Intan Suhaila..mmg RM8 seorg tp utk warga emas n kalau ada kad pelajar RM4 ja

    @Cik tikah...rasanya tmn rama-rama bukak lg.

    :)

    BalasPadam
  14. additional info,,, muzium perang (southbay)... toy museum (tg bunga)...

    BalasPadam
  15. aq dk kt pnang....mai la...

    BalasPadam
  16. Terbaek.... keep it up...

    BalasPadam
  17. Toy museum pun best!!

    BalasPadam
  18. mmg best..nk return pi cuti sek ni..x puas jalan..nak try canopy walk..

    BalasPadam
  19. mmg best..nk pi lg cuti sek bulan 3 ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. korang ni comel sangatt (macam comel je macam cantik je)

      Padam
  20. blog yg terbaik!!

    BalasPadam
  21. boring da aq at penang neyh...xda laen lg ka tmpt mnarik....

    BalasPadam
  22. tq info nya..bulan 12 nak pie penang...bnyk jga tmpt yg menarik ni

    BalasPadam
  23. pergi malam malam lagi best

    BalasPadam
  24. Penang mmg menarik terutama kalau kita ni kaki kamera.

    BalasPadam

  25. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak berminat ke indonesia tapi nak pi korea

      Padam
  26. tq 4 your info.. i tgh tgu...
    cuti skolah ni nk p penang bw anak4.

    BalasPadam
  27. bestnya tak sabar nak pergi peneng

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila nak mai sini naik feri tau

      Padam
  28. PENANG tempat pelancongan no 1

    BalasPadam
  29. kalau ada peluang nak pergi bukit bendera nak naik train .boleh anda semua kongsi tempat yang lagi menarik.

    BalasPadam
  30. saya orang penang memang duduk dekat sini best tak perlu pergi jauh -jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa ni ek duduk dekat bagitau nama

      Padam
    2. korang memang suka melancong ye

      Padam
  31. siapa gi pulau pinang kena pi toy museum

    BalasPadam
  32. siapa gi pulau pinang kena gi toy museum

    BalasPadam
  33. kalau datang sini kena pi escape park memang best

    BalasPadam
  34. escape park harga murah blh dapat banyak pengalaman

    BalasPadam
  35. hai semua saya budak penang kalau mai sini jangan lupa pi war museum memang best bayaran masuk hanya rm2 sahaja murah kan

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com