Khamis, 12 Januari 2012

20 Fakta Menarik Tentang Lipas

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog gua sekalian. Hah! Tengah seronok gua main twitter semalam tiba - tiba ada seseorang nih asyik tweet berkenaan fakta tentang lipas jer. Gua tengok dan rasa agak menarik untuk dikongsi. Lalu gua pun tanya lah dia dapat mana semua info nih. Dia pun cakap dia dapat info nih dari http://nizarazu.com.




Jadi, gua pun lihat di link tersebut dan memang banyak juga fakta menarik tentang lipas yang mungkin boleh dikongsi untuk pembaca - pembaca blog gua. Maka gua pun copy dan paste jer lah maklumat yang gua jumpa dari http://nizarazu.com dan harap tuan empunya blog tak kisah lah yer sebab gua dan ramai lagi member - member gua memang suka info berkenaan lipas nih. Jadi, dibawah ini ialah 20 Fakta Menarik Tentang Lipas yang perlu anda tahu.


  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.


P/S : Menarik Kan Fakta - Fakta Di Atas Nih! (^_^)Y


22 ulasan:

  1. gigi dalam perut. kaki dia pon dah mcm gigi tajam2 gitew, huhuhu!

    BalasPadam
  2. kalaulah lipas paling besar tu duk bawah katil..selagi tak bunuh, selagi tu rasa cm di hantui..huhuhu...

    eiii....geli + takut = LIKUT....!

    BalasPadam
  3. 1 fakta yg paling menarik.. my son takut lipas... hehehe

    BalasPadam
  4. Tambah lagi satu. Lipas yang paling common di Malaysia ialah German Cockroaches :D

    BalasPadam
  5. assalamualaikum hanis...info yg menarik sekali mama nak share info ni buat kengkawan yg lain yer...:)

    BalasPadam
  6. aler, bru nk post entry ni..kikiki~ aku geli la bile lipas naik kt badan.

    BalasPadam
  7. pelizzz la wei ckp psl lipas geli siottt
    argh

    BalasPadam
  8. lagi fakta lipas..
    sumber protein paling euw..uew...
    kui3..

    BalasPadam
  9. baru sekarang aku tau yg lipas boleh duduk...menarik haha

    BalasPadam
  10. tolonglahhhhhhh..tp sekurangnya dah tau fakta...iuuuuuuuu~~

    BalasPadam
  11. tu yg lipas leh hidup smpai 3-4 minggu sbb xbnafas dgn hidung...


    i like dis fakta.mkin byk leh tau sal lipas

    BalasPadam
  12. adakah lipas berketurunan mahsuri yang berdarah putih ?
    ekekekeke

    BalasPadam
  13. tak suka lipas..macam mana mereka tu boleh makan lipas..macam xde mkanan lain je..hahahaha~

    BalasPadam
  14. erkk, kenapa lipas? geli la. :)

    BalasPadam
  15. banyak banyak perkara,kenapa lipas jugak dipilih bro? Lol

    BalasPadam
  16. walaupun lipas, info yg bagus bangat

    BalasPadam
  17. Lipas ni bleh buat org menangis bla x dpt bunuh !

    BalasPadam
  18. Lipas ni bleh buat org menangis bla x dpt bunuh !

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com