Ezani Juara MasterChef Malaysia



Pukul 9.00 malam ini segala - galanya akan terjawab tentang persoalan, kemungkinan, tekaan atau apa sahaja yang berkaitan tentang siapakah yang bakal menjadi juara MasterChef Malaysia musim pertama. Seperti biasa setiap peserta pastinya ada kelebihan dan penyokong masing - masing. Ada yang menyokong si gadis Ezani yang merupakan doktor gigi dan ada juga yang menyokong abang Wahidan yang merupakan antara peserta yang sedikit berumur namun cukup bersemangat waja.




Jadi, seperti biasa pasti akan ada macam - macam kisah dan gosip yang kedengaran sejak akhir - akhir ini tentang siapakah yang bakal bergelar juara. Kebanyakkannya menyatakan bahawa Ezani yang bakal muncul juara pada malam ini dan blog ini juga ada menerima komen daripada seseorang yang tidak dikenali menyatakan bahawa Ezani yang bakal merangkul gelaran tersebut. Sila lihat dibawah.


Klik Gambar Untuk Baca Dengan Lebih Jelas


Apa - apapun, aku pun tak berani nak mengiyakan atau menafikan kerana sebelum ini ada desas - desus menyatakan Felix juara namun akhirnya terbukti Felix sudah pun tersingkir. Jadi, segala - galanya masih belum pasti dan untuk mengetahui siapakah juaranya maka jangan lupa saksikan episod akhir MasterChef Malaysia pada pukul 9 malam ini hanya di Astro Ria. Agak - agak anda betul kah Ezani menang? Apa - apapun, mereka berdua memang hebat!



P/S : Anda Pilih Yang Kanan Atau Yang Kiri? Hehehe! (^_^)Y


Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama ialah:


Ezani


P/S : Tahniah Ezani Dan Semua Peserta MasterChef Malaysia! (^_^)Y


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kalau saya pun suka ezani jadi juara. tak kisahlah siapa pun sbb dua2 pun hebat!

    BalasPadam
  2. Ezani ada pakej untuk menang.

    Tapi Naib Johan pun bukan calang-calang.

    Kedua-duanya wajar dihargai.

    BalasPadam
  3. tak sabar tunggu malam ni...hehe..

    BalasPadam
  4. Tak pernah tengok pun mastercheff ni sebab kat rumah sewa takde astro. KEKEKEK

    BalasPadam
  5. wah tahniah ezani~ doktor gigi tu kn>>

    BalasPadam
  6. mmg dah agak dia menang..dia layak

    BalasPadam
  7. assalamualaikum..salam ziarah.
    first time kat cnie.sudi2 singah kat blog sy. ade contest.dapat hadiah misteri

    http://chomelmedia.com/blog/jom-join-contest-ni-sume/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama