Hello 19 Forever!!!

Selamat Tahun Baru 2012 jika mengikut kalendar orang putih! Kalau mengikut kalendar Islam dah lama dah kita sambut tahun baru! Apa - apapun, gua nak ucap juga lah selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog Hans nih! Terima kasih atas sokongan, komen membina, kritikan dan nasihat yang kalian semua kongsi dan berikan kepada gua selama nih!

Berkenaan analisis dan pencapaian blog gua pada tahun 2011dari beberapa segi ialah :-




1) Jumlah Entri : Jumlah yang dihasilkan pada tahun 2011 berkurangan hampir 1/2 daripada tahun 2010.

2) Jumlah Komen : Alhamdulillah! Ada peningkatan positif.

3) Jumlah Follower : Meningkat sekali ganda barangkali! Gua pun tak tahu apa penyebabnya tetapi semestinya gembira sebab orang follow blog gua kan! Terima kasih kepada semua!




4) Jenis Entri : Tahun 2011 membuatkan gua menghasilkan pelbagai jenis entri dan yang amat menjadi kesukaan pembaca atau pengunjung ialah entri berkenaan  imaginasi atau rekaan sendiri yang mempunyai humor, review filem dan pandangan tentang isu semasa. Terima kasih kepada semua!







5) Contest : Tahun 2011 bukan saya tahun pembawa tuah kepada gua dari segi kemenangan tetapi gua juga turut menganjurkan contest sulung blog gua dan alhamdulillah mendapat penyertaan lebih kurang 20 penyertaan. Terima kasih kepada yang menyertai dan mempromosi contest blog gua tu yer!

6) Rakan Blogger : Tahun 2011 juga menemukan gua dengan ramai blogger tak kira lama mahu pun baru. Ada yang boleh menerima sikap gua dan sebaliknya. Begitu juga dengan gua sendiri. Apa - apapun, semuanya baik - baik belaka! Alhamdulilah!

7) Rezeki Iklan : Alhamdulillah rezeki tahun 2011 agak murah dari segi iklan sama ada iklan sendiri mahu pun daripada nuffnang sendiri.




8) Blog Baru : Atas saranan beberapa orang rakan dan pembaca agar gua membuat blog khas untuk filem maka akhirnya lahir lah http://hansrollodepelicula.blogspot.com/ dan alhamdulillah walaupun gua sedar gua cuma amatur dalam bab - bab filem dan memang banyak perkara lagi gua kena belajar namun gua sangat bersyukur dan gembira kerana gua dapat mengenali ramai blogger yang juga terlibat dalam industri ini selain mendapat jemputan dari mereka atau orang filem untuk menonton filem terbaru. Sayangnya gua bukan tinggal di Kuala Lumpur atau pun Selangor jadi pergerakan agak terbatas. Apa - apapun, terima kasih pada sokongan semua.

Jadi, apa - apapun gua nak mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua! Semoga tahun 2012 membawa lebih rezeki dan kejayaan kepada kita semua. Selamat datang umur '19' dan selamat tinggal umur '19'. Maklumlah! 19 selamanya! Hahahaha!


P/S : Alhamdulillah! (^_^)Y


9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hebat!!
    teruskan usaha yo hans..!!

    BalasPadam
  2. huhuh
    gud2!
    aku bangga dgn kau!

    BalasPadam
  3. hahaha
    19 selamanya ya?
    maju blog tahun 2011 ! followers ramai pulak ! :o

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru! semoga 2012 membuka lembaran baru untuk kita semua menjadi manusia yang lebih baik...

    =)

    BalasPadam
  5. wahhhh..terkejut kot tgk jumlah entry..4 kali ganda dr dla..tahniah2, teruskan mengupdate..hp new year gaklah^^

    BalasPadam
  6. Apa yg 19 selamanye nih,hahaha.

    Selamat tahun baru. moga terus success..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama