Selasa, 31 Januari 2012

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis Part 3



1) Jika tidak mampu membeli tepung gandum janganlah berani menjanjikan sebuku roti pada seseorang.

2) Jangan sesekali berkata sesuatu perkara itu mudah jika anda tidak pernah melakukannya.

3) Segagah mana pun lelaki itu pastinya wajah mereka cuak apabila berhadapan dengan serangga bernama Charlie.

4) Jangan salahkan longkang yang tersumbat jika diri sendiri tidak memahami apa fungsi tong sampah yang ada di depan mata.

5) Jangan mengulangi kesilapan lampau anda semasa zaman kanak - kanak yang percaya pada iklan permainan di televisyen dimana setiap permainannya boleh bergerak, berlari, terbang dan menghias diri sedang kan hakikatnya tidak.

6) Makanan yang diminati dan menjadi sebutan ramai peminatnya selalunya tidak sihat untuk badan dan kesihatan kita.

7) Apalah yang nak dibanggakan dengan kamera mahal dan canggih jika hasil gambar yang diambil sama sahaja dengan kamera murah.

8) Jangan mengeluh rumah bersepah jika diri hanya sekadar menjadi pemerhati.

9) Hentikan niat anda untuk kurus atau langsing jika setiap masa mulut anda sentiasa mengunyah makanan tanpa henti.

10) Selesaikan masalah seperti cara CSI dan bukannya seperti cara sinetron Indonesia jika anda tidak mahu dibebani tekanan melampau pada masa akan datang.


P/S : Nantikan Edisi Seterusnya! (^_^)Y


20 ulasan:

  1. hahaha baca part atas bunyi mcm real,masuk bawah terus lain hahaaha

    BalasPadam
  2. Wan : hehehe...lain ke? tapi setiap ayat ada maksudnya walau nampak cam merepek sikit..ekekekeke :-)

    BalasPadam
  3. wah sentap habis baca ni.haha
    paling suka nombor 3 dan 10.mmg musuk qolbu.

    BalasPadam
  4. Fatin : hahaha...den pun sentap baca entri sendiri..camner tu? hahaha

    BalasPadam
  5. ha,a memang ada maksud yg mendalam cuma dengan gaya yg kelakar haha

    BalasPadam
  6. Wan : hehehe...kalau kelakar kira okay la tu..dah tgok part 1 n 2? hehehe

    BalasPadam
  7. Already Vote 4 ur blog (http://socialmediaweek)..Vote mind back..

    http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1

    Wanhazel.blogspt.com.

    Tengs.

    BalasPadam
  8. haha.. hans da jd pakar bahasa ke??

    BalasPadam
  9. terbaek!
    da ley ganti pka HAMKA ni hans...=D

    BalasPadam
  10. wan hazel : thanks

    cinta siswi : haha..mana ada pakar bahasa :-)

    eyqa : HAMKA tu hebat..saya nih manusia kerdil :-)

    BalasPadam
  11. yang nombor sepuluh tu saya ketawa. kalau macam sinteron, asyik zoom in muka jela...pastu bersambung. tak selesai. kehkehkeh.

    BalasPadam
  12. alamak!! no 9 tu aku selalu buat..muahahaha..

    no 3 tu lawak!hehe..

    BalasPadam
  13. terbaiklahhhh! confirm BM A1 ni zaman SPM dulu.hikhikhik :)

    BalasPadam
  14. terbaiklahhhh! confirm BM A1 ni zaman SPM dulu.hikhikhik :)

    BalasPadam
  15. haha,, no 9.. hati kata xnak mulut kata nak.. jadi mengunyah laa apa lg

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com