Jumaat, 6 Januari 2012

Kalau Ada Hantu - Part 2

 Tajuk:
Kalau Ada Hantu

Genre:
Tak Berapa Nak Seram

Pelakon:





Episod Terdahulu:






Kisah kembali bersambung.........


Afiek : Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Nas : Hoi! Dah kenapa dengan kau nih? Tetiba menjerit macam orang kena histeria ja pun!!

Afiek : Mahunya aku tak menjerit! Buka - buka jamban nih alih - alih ada ular tengah melingkar baik punya dalam mangkuk jamban nih!

Nas : Hah? Ular? Mana - mana?


Adakah Ular Ini?


Afiek : Tu! Sikit punya besar apa ular dalam mangkuk jamban tu! Hahahaha!!

Nas : Cis! Pengotor punya budak! Cepat lah berak!!!!

Afiek : Sabar lah! Takkan aku nak berak dalam jamban macam nih pula! Hah! Nasib jamban yang nih okay! Kau tunggu aku dekat luar tau! Jangan pergi mana - mana!!

Nas : Yer lahhhhhh!! Cepat sikit!! Aku lapar gila dah nih!!

Afiek : Yer lah! Yer lah! Dah! Dah! Jangan ganggu aku! Aku tengah fokus nih! Proootttttt!!! Proootttt!!! Wangi tak? Hahaha!

Nas : Wangi tahi kucing kau!




Selepas selesai maka Afiek pun keluar lah dari bilik air tersebut. Dicari - carinya si Nas yang langsung tidak kelihatan. Maka si Afiek mula merungut sendirian!

Afiek : Cis! Tak guna punya kawan! Aku suruh tunggu kejap pun tak boleh! Alih - alih dia boleh pula cabut macam tu jer! Haih! Menyesal pula aku belanja mangkuk tu!

Nas : Wah! Wah! Wah! Mengungkit tambah mengutuk nampak! Aku tak cabut kau tuduh aku cabut! Cis! Belanja tak ikhlas lah nih?


Afiek Terperanjat Macam Nih?


Afiek : Oh mak kau Datin Maimun cantik letup!! Tanjat Afiek! Adoi! Tengok aku dah melatah dah! Haihhh!! Kau nih memang suka kejutkan orang ker? Tiba - tiba jer kau ada dekat belakang aku nih! Dari mana kau datang?

Nas : Aku ada jer lah! Kau tu yang rabun! Dari tadi aku dekat belakang kau kut!

Afiek : Erkk!! Yer ker?

Nas : Yer lah! Aik? Kenapa muka kau tiba - tiba berubah nih?

Afiek : Hurmmmm!! Tak ada apa lah! Jom pergi bilik kejap weh!

Nas : Adoi? Aku dah lambat sangat dah nih! Karang si Faqa bertambah bising pula dekat bawah tu! Teman kau berak ja dah nak dekat 15 minit!

Afiek : Aku nak ikut korang dua lah pergi MCD!! Tak nak lah duduk dekat dalam bilik sorang - sorang!

Nas : Aik? Tadi kau juga cakap besar! Konon - konon nak call Datin Maimun lah apa lah! Ini lain pula jadinya!

Afiek : Alahhh!! Jom lah cepat! Kau nih berleter mengalahkan Datin Maimun betul lah!


Gambar Hiasan


Mereka berdua pun menuju ke bilik mereka! Afiek mengambil kunci motosikalnya dan kemudian menutup lampu bilik lalu mengunci pintu. Mereka berdua pun bergegas turun ke bawah mencari si Faqa.


Nas : Eh? Mana pula si Faqa nih? Hah! Tu lah! Aku dah kata dah!

Afiek : Kata apa?

Nas : Ini mesti si Faqa dah bengang sebab tunggu aku lama sangat nih! Mesti dia dah pergi dulu dah dekat MCD tu. Ini ko punya pasal lah nih! Berak batu!

Afiek : Adoi! Dah aku sakit perut nak buat macam mana! Hurm! Macam tu kita pergi dengan motosikal aku jer lah! Nah kunci nih! Kau bawa motosikal aku!

Nas : Alah! Aku mana tahu macam mana nak bawa motosikal kau! Aku kan tak ada lesen!

Afiek : Aik? Selama nih kau pinjam motosikal aku pergi kuliah tu tak ada lesen lah? Tak ada pula kau bising - bising kau tak ada lesen la apa lah! Dasar pemalas betul!

Nas : Hehehehe! Alah! Kau bawa jer lah! Ini motosikal kau! Apa - apa jadi senang! Hehe!

Afiek : Yer lah! Yer lah! Hah! Cepat lah naik!!!


Gambar Hiasan


Afiek dan Nas pun menuju ke restoran makanan segera itu dengan selaju mungkin. Sampai sahaja disana Afiek terus meletakkan motosikalnya sambil mencari - cari kelibat si Faqa bersama dengan Nas! Afiek akhirnya ternampak si Faqa yang sedang beratur menunggu giliran untuk membeli makanan yang dipesannya namun apa yang mengejutkannya ialah Nas juga turut berada bersama dengan Faqa ketika itu. Mereka berdua yang terkejut dengan kemunculan Afiek yang tidak disangka - sangka itu lalu melambai - lambai tangan memanggil Afiek datang ke arah mereka . Afiek terus berubah wajah! Walaupun takut dia cuba memberanikan diri menoleh ke belakang. Kosong!


Siapa Sebenarnya Yang Afiek Bawa Tadi?


Faqa : Hoi! Kau nih buang tebiat ker tiba - tiba jer datang sini! Tadi kata tak nak datang!

Nas : Entah! Konon nak study lah! Pelajar cemerlang lah! Hahaha!!

Afiek : Masa bila kau ada dekat sini nih Nas?

Nas : Kau nih dah nyanyuk ker apa? Memang lah aku ada dekat sini dah namanya aku datang dengan si Faqa nih!

Faqa : Entah kau nih! Buat mamai boleh! Eh, asal muka kau pucat semacam jer nih?

Afiek : Hurmmmm....Tak ada apa - apa lah!

Nas : Mana boleh tak ada apa - apa! Aku tengok muka kau pucat lesi sangat nih! Dah macam mayat! Kalau kau perasan ramai orang tengah tengok kau sekarang!

Faqa : Ar ar lah! Muka kau pucat sangat nih! Sebab tu ramai orang macam cuak tengok kau! Aku pun seram pula tengok muka kau dalam keadaan macam nih!

Afiek : Aku tunggu korang dua dekat luar lah! Nanti kita balik sama - sama okay!

Nas : Okay! Okay!




Selepas Nas dan Faqa selesai membeli makanan yang dipesan akhirnya mereka bertiga pulang bersama ke hostel mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Setelah mereka siap meletakkan motosikal mereka di kawasan parkir motosikal maka si Nas dan Faqa pun mula menyoal si Afiek yang kelihatan aneh tingkah lakunya.

Nas : Kau nih kenapa Afiek? Aku tengok kau nih semacam jer malam nih. Kau okay ker tak nih?

Faqa : Yer lah! Kau nih pucat semacam jer! Kau nampak hantu ker?

Afiek : Bukan setakat nampak!! Tapi aku siap tumpangkan dia ke MCD lagi!

Nas : Kau biar betul! Agak - agak lah nak bergurau pun weh! Dah malam kut!

Afiek : Aku serius lah weh! Hantu tu menyamar jadi kau Nas! Sebab tu aku terkejut bila nampak kau ada dengan Faqa tadi!

Faqa : Hantu tu menyamar jadi Nas? Kau biar betul?

Nas : Erk!! Serius??


BERSAMBUNG......


5 ulasan:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  2. start balik dah cerita bersambung dya... >,<

    BalasPadam
  3. Emmet : thanks emmet!

    Ishiko : hahaha....selamat menghayati nya :-)

    BalasPadam
  4. dia stat dah citer bersambung dia.. >,<

    BalasPadam
  5. ouh??aishh..continue lg!!copet ler habis kannn..huhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com