Ahad, 8 Januari 2012

Kalau Ada Hantu - Part 4

Tajuk:
Kalau Ada Hantu

Genre:
Tak Berapa Nak Seram

Pelakon:





Episod Terdahulu:



Part 3

Part 4

Kisah kembali bersambung.........


Afiek yang terlampau terkejut dan takut dengan apa yang sedang berlaku terus pitam tanpa disedarinya. Selang beberapa jam kemudian dia kembali sedar. Matanya yang sedikit kabur kembali terang dan dilihatnya si Faqa dan Nas ada disisinya. Afiek yang terkejut memandang wajah mereka berdua lantas terlompat ke dinding katil dan menjerit - jerit ketakutan.




Nas : Hoi! Kau nih pehal? Dah pukul 3 pagi dah kut! Jangan lah menjerit - jerit! Karang datang Pak Guard tak pasal - pasal nak kena menjawab macam - macam pula.

Faqa : Entah kau nih Afiek! Kau nih dah kenapa? Tengok kami berdua tadi terus pengsan?

Afiek : Sob Sob Sob! (Menangis)

Nas : Adoi! Apa kena lah dengan kawan kau nih Faqa weh? Dah buang tebiat nak mampus ker? Tak pasal - pasal menangis pula dah nih!! Risau pula aku tengok si Afiek nih!

Faqa : Afiek! Kenapa nih? Takkan sebab kau tak dapat makan prosperity burger kau tu sampai nak menangis macam nih kut? Buat teruk boleh budak nih!!

Afiek : Kau berdua tak tahu apa yang dah terjadi dekat aku sepanjang kau berdua tak ada tadi!! Ngeri kau tau tak!!

Nas : Kenapa? Apa dah jadi dekat kau weh? Cer citer!

Afiek : Esok jer lah aku cerita! Aku dah letih sangat nih! Korang berdua beli tak burger yang aku pesan tadi? Ker korang rembat dengan burger aku sekali masuk perut korang?

Faqa : Mesti lah beli! Nama pun kau belanja kitaorang dua kan! Tapi burger kau tu dah sejuk lah! Kau pengsan tadi pun dah nak dekat 4 jam!

Nas : Tu lah pasal! Hah! Kau makan lah dulu! Aku nak pergi tandas kejap! Faqa! Jom teman aku kejap!

Afiek : Adoi! Kau pergi lah sorang - sorang Nas! Biar lah si Faqa nih dekat sini! Aku takut lah!

Faqa : Alah Nas! Kau pergi jer lah sorang - sorang! Aku kesian pula dekat Afiek nih! Tak ada apa - apa lah kalau kau pergi sorang - sorang!


 Inilah Datin Maimun


Nas : Ek eleh! Malam tadi berani sangat! Konon - konon kalau ada apa - apa datang nak call Datin Maimun lah apa lah! Yer lah! Yer lah! Aku pergi sorang lah!

Afiek : Sejuk - sejuk pun sedap juga yer burger nih! Mungkin sebab aku lapar kut! Kau tak nak rasa sikit ker Faqa?

Faqa : Eh? Tak apa lah! Aku kenyang lagi lah! Tadi pun aku dengan Nas letih nak menghabiskan burger kitaorang! Besar kut!

Afiek : Owh! Okay! Jangan cakap aku tak pelawa kau makan ekk! Makan dulu!

Tiba - tiba telefon bimbit Afiek berdering - dering! Faqa pula berjalan ke pintu bilik mereka sambil menunggu Nas yang belum pulang - pulang dari tandas! Afiek pun dengan malasnya mengambil telefon dan melihat pada skrin telefonnya. Afiek menggeleng - geleng kepada melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya itu.




Afiek : Assalammualaikum! Hah! Nas! Agak - agak lah nak telefon aku dekat tandas pun! Kenapa woi? Pintu tandas terkunci ker apa?

Nas : Apa kejadahnya aku nak telefon kau dekat tandas pula! Weh! Asal kau tak angkat - angkat telefon? Mesej pun tak balas? Habis kredit aku sebab call kau! Tahu tak? Kau tidur mati ker apa? Grrrrr!!!

Afiek : Kejap - kejap! Nih apa kau merepek pagi - pagi buta nih? Sudah lah tu weh! Aku dah letih dah malam nih kena ganggu lah apa lah! Tak payah lah nak usik aku lebih - lebih!

Nas : Ya Allah! Kau lagi lah merepek! Buang masa aku jer nak usik kau! Aku dengan Faqa dekat MCD lagi nih! Dah naik kematu aku dengan Faqa tunggu kau datang jemput kitaorang balik! Kau lah tinggalkan kitaorang! Kejam betul! Macam nih ker kawan?

Afiek :Hah? Dekat MCD lagi? Woi! Agak - agak lah nak kelentong aku pun! Bila masa pula kau dekat MCD! Kan ker tadi kau pergi tandas?

Nas : Tandas atuk kau!!! Tayar motosikal cabuk si Faqa nih pancit masa kitaorang dua nak gerak dari MCD balik hostel! Dah tu kau pula tak toleh belakang terus blah macam tu jer! Kami berdua nak balik macam mana? Nak call orang tolong betul kan pun kitaorang tak ada duit! Call kau suruh patah balik sebab nak pinjam duit tapi kau tak angkat - angkat!




Afiek : Kau jangan tipu boleh tak! Serius lah sikit! Arghhhh!! (Nada suara Afiek meninggi)

Nas : Adoi! Nih asal kau cakap kuat sangat nih? Sakit telinga aku! Okay! Kalau kau tak percaya kau cakap dengan Faqa sekarang!

Faqa : Hello! Hello! Weh Pakcik! Wah wah wah! Dah kau tinggalkan aku dengan Nas boleh pula kau buat - buat tanya lagi. Dah! Dah! Kau datang MCD nih cepat! Burger kau nih dah sejuk gila dah nih! Cepat lah datang! Hello! Hoi! Afiek! Asal diam jer nih? Hello!! Afiek!! Afiek!!

Afiek yang semakin pening dengan apa yang berlaku terhadap dirinya telah melepaskan telefonnya daripada pegangan tangannya. Kejadian yang berlaku dari malam sehingga ke saat ini mula bergerak laju di dalam fikiran Afiek lantas dia memandang tepat terhadap 'Faqa' yang sedang berdiri membelakanginya di depan pintu bilik.

Faqa : Afiekkkk.....Siapaaaa yang telefonnn tadiiiii!! (suara yang menyeramkan)

Afiek : Owh! Tak ada sapa - sapa lah! Salah nombor tu! (nada ketakutan)




Faqa : Salah nombor kerrrr atau kau dah tahuuuuuuuuuuuu? Heeeeeeheeeeeheeeeeeeee!! (Ketawa Mengilai)

Afiek : ...........................(Pitam Sekali Lagi)


#TAMAT#


10 ulasan:

  1. seram nihh. seram pulakk nak tdo mlm kangg -.-'

    BalasPadam
  2. alahaiiii datin maimun -..-'

    BalasPadam
  3. perhh..cite antu pulak kat cni..

    xmo la baca..hehe

    BalasPadam
  4. ala..ending tergantung lak. ni yg aku malas nak bace citer hantu. tp eniwei, mmg seronok citer ni. sampai xtau yg mana satu kawan dia yg sebenar.. lol. ;p

    BalasPadam
  5. adduusss nie nak kena tdoq bawah tiak mak nie..waaaa

    BalasPadam
  6. oh..ade orang mnyamar jadi faqa rupenye..oi..aku ke antu nye? ahaha

    BalasPadam
  7. wah ada bakat jd produser filem seram ni.... hahah best gak melayan nyer release le tension sket... jom tengok blog akak lak ekk...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com