Ahad, 29 Januari 2012

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 26

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali final juara lagu bermula pasti ia akan mengingatkan gua pada zaman gua belajar dulu. Zaman gua diploma dulu di hostel dan semestinya agak sukar untuk mendapat kemudahan televisyen untuk menonton Anugerah Juara Lagu nih sampai kadang - kadang gigih pergi menumpang dekat dewan makan sebab nak tengok kan. Siap paksa - paksa kakak dewan makan tu tukar channel lagi! Tak tukar aku dengan kawan - kawan boikot dewan makan diorang! Hahahaha!


 


Masuk zaman ijazah pula bila duduk di rumah sewa ada masalah lain pula. Televisyen yang tuan rumah bagi pula rosak. Jadi, gigih lah nak pergi kedai makan apa sebab nak tengok anugerah nih cuma sejak ada Live Streaming disediakan memang ia sedikit memudahkan walaupun kadang - kadang terlambat sikit. Paling lucu masa tu keputusan dah diumumkan tetapi gua masih menunggu FBI dengan Cheryl Samad umumkan keputusan masa gua menonton Live Streaming dekat laptop gua. Kehkehkeh!


Jadi, dekat bawah nih adalah link untuk sesiapa yang tak ada kemudah televisyen di rumah sewa mereka dan mungkin juga tidak tahu bagaimana untuk menonton Anugerah Juara Lagu Ke-26 ini. Cuma klik link di bawah dan anda sudah boleh melihat artis - artis kegemaran anda mempersembahkan lagu kesukaan anda pada malam ini. Selamat menonton Anugerah Juara Lagu Ke-26!






P/S : Seronok Baca Tweet Kawan - Kawan Pasal AJL Kali Nih! Hahahaha! (^_^)Y


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com