Sabtu, 25 Februari 2012

Kerana Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walaweh! Gambar jejaka mana pula gua letak dekat blog gua nih? Nampak kacak ker? Baik gua lagi kacak dari mamat bawah nih! Kalau sesiapa yang membaca atau pun terbaca surat khabar Kosmo pasti mereka tahu tentang perihal mamat dekat bawah ini yang dipanggil sebagai Samer Khan dan tak pasal - pasal di dalam minggu nih menjadi terkenal secara tiba - tiba gara - gara dipercayai menyebabkan seorang gadis bawah umur yang bakal mengambil sijil pelajaran Malaysia(SPM) tahun ini lari dari rumah dan dikatakan kini berada bersama - sama dengan lelaki tersebut. Wallahualam!


Samer Khan Kacak? Bermulut Manis? Puuuiiii!!


Cinta ini memang aneh! Apabila seseorang mengalami perasaan hebat itu kebanyakkan mereka tidak kisah tentang apa yang bakal terjadi pada masa hadapan mereka kerana apa yang mereka nampak atau fikirkan cuma perkataan CINTA sahaja. Walau apapun alasan yang direka atau diberi gua tetap beranggapan gadis - gadis ini yang sebenarnya memilih jalan hidup yang membuatkan mereka sendiri merana. Mungkin mereka mempunyai masalah keluarga atau apa - apa sahaja yang tidak dapat ditanggung secara keseorangan dan mereka beranggapan dengan mengikut kata hati yang kononnya paling tepat ketika itu dengan cuba berdikari bersama dengan jejaka asing ini adalah salah satu langkah yang paling ideal. Memang pemikiran mereka ini terlalu cetek kerana namanya pun baru meningkat remaja namun sekali tersilap langkah memang menyesal seumur hidup.


Lari Dari Rumah?


Kalau kau mengatakan,"Saya tidak bahagia tinggal bersama keluarga saya! Mereka tidak memahami saya! Semuanya saya buat tidak kena! Saya asyik didera!" maka adakah dengan membuat keputusan drastik dengan lari dari rumah mengikut kekasih hati yang berasal dari Pakistan atau Lombok maka anda yakin segala masalah anda akan selesai? Seminggu atau sebulan mungkin hidup anda masih terasa keindahan tersebut namun selepas beberapa bulan atau tahun maka timbul lah berita di dada akhbar yang meminta tolong agar dibawa pulang kembali ke tanah air kerana kehidupan yang cukup susah dan daif padahal dahulunya anda sendiri dengan yakinnya berkata mahu hidup berdikari dan tidak sesekali akan menyesal dengan apa yang telah anda tentukan dalam hidup anda ini.


Eh? Asal Keluar 'Gambar Gua' Pula Nih? Hahaha!


"Kau tak faham Hans! Kau tak berada di tempat aku!" kata mereka kepada gua namun memang gua tak faham kenapa kalian memilih jalan tersebut kerana bagi gua hidup ini bukan berdasarkan satu pilihan. Banyak pilihan yang anda boleh lakukan untuk mencari yang terbaik namun seperti mana anda menjawab soalan peperiksaan jenis pilihan jawapan maka jika tersalah memilih jawapan yang betul maka hilang lah markah anda dan begitu juga dalam soal cinta ini. Memang tidak dinafikan ada yang bahagia hingga ke akhir hayat namun peratusannya terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang kecewa dan merana dengan kehidupan yang dipilih mereka sendiri atas alasan mahu berdikari. Jika anda merasa kecewa dengan hasil tindakan anda itu maka pasti bibir anda dengan lancarnya akan mengeluarkan perkataan "Kalau lah dulu aku..." yang menunjukkan tanda penyesalan anda atas keputusan yang telah anda lakukan sebelum ini namun semua itu sudah tiada gunanya lagi.




Kepada adik - adik serta gadis - gadis di luar sana tolong lah bertindak dengan lebih bijak dalam menentukan soal hidup kalian. Jangan sesekali anda merasakan anda sudah terlalu dewasa atau sudah tahu selok belok kehidupan kerana anda masih lagi mentah dalam mengenal maksud perkataan berdikari apatah lagi soal kehidupan. Sebab itu gua beranggapan pentingnya bagi anda remaja di luar sana agar sentiasa mempunyai hubungan baik dengan orang yang lebih dewasa sama ada ibu bapa atau guru - guru anda kerana dari segi itu sahaja anda sudah boleh belajar atau bertanyakan pandangan mereka yang sudah mengalami selok belok dunia kehidupan ini. Jika kehidupan anda hanya sekadar bersama kawan - kawan di dalam lingkungan umur anda sahaja maka pemikiran anda cuma menjurus kepada satu hal sahaja namun sebaliknya jika anda mengambil kira pandangan orang lain yang berlainan umur. Apa - apapun, semoga adik - adik di luar sana lebih bijak dalam membuat keputusan untuk hidup kalian sendiri. Sekian.


P/S : Cinta Memang Penting Tetapi Masih Belum Cukup! (^_^)Y
 

21 ulasan:

  1. saya rasa saya sudah bertindak bijak menentukan soal hidup saya.

    BalasPadam
  2. Cinta tu buta..tapi kita yang memiliki akal ni...celikkanlah cinta tu..barulah tak buta..hihih

    BalasPadam
  3. Orang macam ni sebenar bukan cinta, tapi nafsu. Ingatlah yang akan kekal dengan kita adalah ibu bapa.

    Kawan, boleh hilang, Kahwin boleh cerai, tapi ayah,ibu dan anak, tiada benda yang boleh putuskan hubungan ni.

    BalasPadam
  4. kadang2 tertanya sendiri gak apa perasaan mereka lari dari rumah tinggalkan family yang dah bertahun hidup bersama mereka.. kena marah sikit mulalah wat perangai.. konon family tak sayang.. kononnya jantan tu lebih faham dia, lebih perhatian dari keluarga... dah bnyk kes tpi gadis2 yang muda remaja ni tetap lakukan kesilapan yang sama... ble dah terjadi bru nak nyesal... sebelum tu adik2 fikirlah sebaiknya. tak nak fikir orng lain pun fikirlah diri sendiri... jangan kerna cinta hidup kalian merana....

    BalasPadam
  5. Huhu cian parents die weh..
    Pape pn..doa jekla mereka sedar..

    BalasPadam
  6. urmm..dulu waktu remaja pernah terfikir nak lari dari rumah..puncanya,sebab kene marah..tapi bila fikir tak tau nak lari ke mana langsung kecut perut..dan yang buat fikir banyak kali tu ialah.."aku takde duit nak lari dari rumah..."

    *duit takdak,semua plan kansel..haha*

    BalasPadam
  7. hans kachak! tepuktepuk tgn~
    =..='

    BalasPadam
  8. rase macam tanak layang cinta lah. .okey tak? haha

    BalasPadam
  9. sekali pandang macam ensem, dua kali pandang...wa cau lu la.

    BalasPadam
  10. Kerana cinta aku lebih matang..haha~


    eh hans, cmne nak buat tempat komen mcm ko ni n cmne nak hilangkan word verification kat koman..huhu(T.T)

    BalasPadam
  11. umur baru setaun jagung ada hati nak lari rumah -.-

    BalasPadam
  12. cinta cinta..itulah cinta...budak kecik lagi...lain manusia, lain pendapat berkenaan cinta..tapi jgnlah jadi bodoh kerana cinta.

    BalasPadam
  13. cinta cinta..itulah cinta...budak kecik lagi...lain manusia, lain pendapat berkenaan cinta..tapi jgnlah jadi bodoh kerana cinta.

    BalasPadam
  14. biarla..remaja nk buat silap..dh sedar tawu la dier balek kepangkal jln..kite yg tahu silap dier neh jgn la buat kesilapan yg sama...kot2 manetawu tu jodoh dier? ingat..fate waaaay smarter then us~

    BalasPadam
  15. anak cik talip : entri ini hanya untuk saling ingat mengingati...takdir tu bukan sekadar kita menanti dan menyerah..kita lah yang menentukan takdir kita..kena faham konsep takdir yang sebenarnya dan mungkin anda akan faham entri ini :-)

    BalasPadam
  16. betul2..U must understand the meaning of fate~btw thanks hans~

    BalasPadam
  17. hensemnyeee 'gambar gua' tue...hehhe
    nice header =)

    BalasPadam
  18. saya setuju dengan pendapat Hans.. =)

    BalasPadam
  19. hmm bukan skali bnda ni terjadi dah, cuma aku rasa kena ada badan tertentu handle masalah camni..mungkin diorang akan lebih terbuka ceritakan masalah mereka..

    mungkin sama kes dengan mereka yg bunuh diri

    BalasPadam
  20. cinta tu apa Hans ?






    Hahahaa. tanya mcm mintak penampar plakk.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com