Sabtu, 4 Februari 2012

Logo Halal Jakim

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Hans sekalian. Semalam saya berkesempatan membaca akhbar Kosmo(3 Februari 2012) dan agak tertarik dengan info yang diberi berkenaan Logo Halal Jakim yang terbaru ini. Maksud logo halal ini ialah logo yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) / Jabatan Agama Islam Negeri/ Majlis Agama Islam Negeri. Dibawah adalah beberapa info yang saya dapat daripada akhbar Kosmo semalam.




Ciri - Ciri Logo Halal Malaysia:
  1. Bintang berbucu lapan di tengah bulatan.
  2. Perkataan Halal dalam tulisan jawi di tengah - tengah bintang.
  3. Diikuti tulisan Halal dalam rumi.
  4. Bulatan logo tertulis perkataan Malaysia dalam tulisan rumi dan jawi.
  5. Dua bintang kecil berbucu lima diletak bagi memisahkan tulisan Halal dalam rumi dan jawi.


Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal:
  1. Pengeluar / pengilang produk
  2. Pengedar / penjual
  3. Pengeluar sub kontrak
  4. Pembungkusan semula
  5. Premis makanan
  6. Rumah sembelih

      Keperluan umum bagi pensijilan halal:
      1. Setiap pengeluar produk / premis makanan / rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.

      2. Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan - bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

      3. Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam segala aspek seperti yang digariskan dalam manual prosedur halal.

      4. Syarikat yang disenaraikan dalam kategori Multinasional dan Industri Kecil dan Sederhana adalah wajib mewujudkan Jawatankuasa Audit Halal Dalaman dan melantik seorang Eksekutif Hal Ehwal Islam (Pengajian Islam) bagi mengendali dan memastikan pematuhan prosedur pensijilan halal.

      5. Disyaratkan mempunyai minimum dua orang pekerja Muslim yang tetap dan warganegara Malaysia di bahagian dapur / pengendalian / pemprosesan makanan.

      Antara Logo Halal Yang Tidak Diiktiraf:

      Klik Untuk Lebih Jelas


      Pandangan Hans:

      Sepatutnya langkah sebegini perlu dilaksanakan lebih awal lagi dengan menyelaraskan logo - logo halal ini cuma kepada satu logo sahaja seperti yang telah dilakukan Kini. Memang sebelum ini terdapat masalah untuk membeli produk - produk terutamanya produk makanan kerana terasa agak sukar dan kadang - kadang agak musykil kerana keraguan dalam menilai kesahihan logo halal yang bermacam jenis. Apa - apapun, diharapkan agak pihak JAKIM dan yang seangkatan dengannya supaya lebih tegas dalam mendakwa pengusaha atau syarikat yang ingkar dengan arahan terbaru ini dan bukannya setakat hangat - hangat tahi ayam sahaja. Semoga umat Islam di Malaysia tidak akan terus - terusan ditipu lagi tentang status Halal pada makanan yang ditawarkan atau dijual pada mereka.


      P/S : Muak Dengan Masalah Yang Sama Dan Tak Pernah Selesai! (^_^)Y


      7 ulasan:

      1. semoga umat islam tidak akan ditipu mengenai logo halal yg palsu

        BalasPadam
      2. tak tau pulak ada logo halal diiktiraf dan tak diiktiraf,sbb prasa mcm smua sama saja..huh

        BalasPadam
      3. yg no 2 dari kiri tu cm lbih kurang aje kan ngn jakim pny --"

        BalasPadam
      4. farhan : insyaallah :-)

        Saiazuan : erk? apa yg makin diragukan?

        Wan : Logo Halal yang diiktiraf skrg cuma satu tu jer... :-)

        Fathiah : ar ar..lebih kurang sama..tapi yg logo baru yang diiktiraf nih lebih simple n senang ingat rasanya :-)

        BalasPadam
      5. datang singgah,
        thanks for the info.

        BalasPadam
      6. Sekiranya ada badan lain sebaik Jakim, boleh beri peluang supaya logo halal boleh digunakan. Untuk memudahkan.

        BalasPadam

      If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com