Khamis, 16 Februari 2012

Pusingan Akhir Contest Gadget Impian - Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

Assalammualaikum! Hari ini entri saya pula yang keluar di blog Denaihati dan seperti syarat - syaratnya saya mesti letakkan entri contest saya di blog saya. Apa - apapun, entri saya rasanya yang paling simple kut setakat nih sebab memang itu jer lah pun sebab saya nak kan gadget nih. Nak terang lebih - lebih saya bukan tahu sangat apa kelebihan ke atau kekurangannya tetapi mengikut apa yang saya baca ramai yang kata gadget nih sesuai dan bagus. Jadi, apa - apapun di bawah adalah entri contest saya dan juga cara - cara bagaimana anda semua boleh bantu saya untuk menang iPad 2 idaman kalbu nih. Ewahhh!


Entry Contest Hans



Assalammualaikum kepada team Denaihati sekalian. Apa – apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menganjurkan contest hebat ini dan Alhamdulillah saya layak ke pusingan seterusnya selepas jumlah keseluruhan saya melebihi 1000 mata iaitu sebanyak 1181 mata. Walaupun pihak Denaihati member keizinan untuk menukar gadget pilihan jika mahu namun saya tetap memilih iPad 2 sebagai gadget impian saya sehingga kini.

Sebab saya inginkan gadget ini juga sama seperti mana entri awal penyertaan saya sebelum ini dimana saya memang perlukan sebuah gadget baru bagi menggantikan laptop saya sekarang yang menunggu hari sahaja untuk rosak kerana saya sudah menggunakan laptop berjenama Acer lebih 5 tahun lamanya sejak awal pengajian saya di dalam diploma sehingga tamat pengajian saya di dalam ijazah penyiaran di Uitm. Saya mengaku sememangnya saya tidak mempunyai wang untuk membeli gadget baru dan antara sebab - sebab lain saya mahukan iPad 2 ini ialah :-

1) Senang untuk dibawa kemana – mana kerana saiznya yang kecil dan tidak seberat laptop dan ia memudahkan saya untuk mengemas kini blog saya.

2) Laptop usang saya kini berbunyi sangat kuat seperti mesin rumput dan untuk menghidupkannya memerlukan saya menggunakan pen untuk menekan suis di dalam kerana butang On pada laptop ini sudah rosak. Memang laptop saya ini cuma boleh digunakan dirumah sahaja kerana agak sukar dan memalukan untuk membawa laptop ini keluar kerana untuk menghidupkan laptop ini menggunakan pen juga mengambil masa lebih 5 minit dan saya hanya membiarkan laptop saya sekarang dalam keadaan SLEEP sahaja untuk memudahkan saya menghidupkannya. 

3) Sememangnya bila usia laptop melebihi 3 tahun maka pelbagai kelengkapannya rosak dan laptop saya yang lebih 5 tahun penggunaan ini pasti juga tidak terkecuali untuk mengalami nasib yang sama. Bateri, Sound, Bluetooth dan USB sudah tidak boleh digunakan lagi manakala skrin laptop dan papan keyboard sedikit rosak.

4) Saya juga akan mula bekerja selepas tamat pengajian dan mahu tidak mahu saya terpaksa lah menggunakan laptop yang ada dan semoga rezeki saya ada pada contest gadget impian ini.

Jadi, itulah sahaja sebab – sebab saya mahukan gadget impian saya iaitu iPad 2 ini dan bagi saya 99% kehendak saya untuk memiliki gadget ini adalah kerana saya ingin menggunakannya untuk pekerjaan saya bermula Februari ini dan jika saya ditakdirkan terpilih sebagai pemenang maka Alhamdulillah saya berpeluang untuk menggunakan gadget terkini ini dan secara tidak langsung dapat mendekati dan mempelajari teknologi baru dan terkini tanpa tertinggal belakang. Semoga saya adalah orang yang bertuah memenangi contest hebat yang dianjurkan oleh team Denaihati dan penaja – penaja contest ini. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak


Cara - Cara Untuk Bantu Hans Menang iPad 2

Oleh itu, saya dengan rendah dirinya sangat-sangat memerlukan sokongan anda pembaca blog ini, rakan-rakan blogger serta rakan - rakan saya untuk memberi sokongan di entri iPad 2 Gadget Impian Hans dengan memberikan klik button retweet,FB like,Google Plus, Linkedin serta tinggalkan komen yang melebihi 7 patah perkataan di entry tersebut atau anda boleh ikut langkah satu persatu seperti dibawah:
  1. Tekan@Klik button like di entry iPad 2 Gadget Impian Hans.

  2. Tekan@Klik button Google Plus di entry iPad 2 Gadget Impian Hans.

  3. Tekan@Klik button LinkedIn di entry iPad 2 Gadget Impian Hans.

  4. Tekan@Klik button FB Like di entry iPad 2 Gadget Impian Hans.

  5. Tinggalkan komen paling kurang 7 patah perkataan di entry iPad 2 Gadget Impian Hans. (kalau kurang komen anda akan dipadam penganjur dan saya tak dapat markah dari komen anda tersebut.sob sob sob!)

P/S : Terima Kasih Pada Yang Kamu Telah Klik Semua Button, Komen Lebih 7 Patah Perkataan Dan Promosi Entri iPad 2 Gadget Impian Pada Rakan - Rakan Kamu Yer! (^_^)Y

P/S Lagi : Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak


53 ulasan:

  1. dah like semua langkah langkah tu,,,harapa hans berjaya.

    BalasPadam
  2. putera klik semua tu kat blog denaihati ,,,hehehe

    BalasPadam
  3. gud luck.
    tmpt keje aku bagi sebijik free kat pekerja dia. jom keje kat tempat aku. hihi.

    BalasPadam
  4. dah buat semua.. gud luck yer hans~.. :)

    BalasPadam
  5. Dah LIKE, TWEET dan +1 di blog DH..

    Good luck ye ;)

    BalasPadam
  6. Dah like..gud luck k ! dh menang nti bole a share2 haha..kiddin :)

    BalasPadam
  7. semoga berjaya bro sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan yang mendorong anda untuk mendapatkannya..

    BalasPadam
  8. hans,kte tak faham la nak wat cmne...kte juz klik like entry tu je..yg laen tu cm blurrr...adeyh...

    BalasPadam
  9. dah buat semua.. heee good luck ye :)

    BalasPadam
  10. ok dah...gud luck ok hans..klu dpt jgn lupe dri...:)

    BalasPadam
  11. moga2 dpt laa. all the best hans

    BalasPadam
  12. Wow hans..tetap pilih Ipad2 sebagai hadiah yg diingini yea. Gud luck hans!

    BalasPadam
  13. Insha Allah kalau ia rezeki Hans, mesti menang lah:)

    BalasPadam
  14. all the best hans! moga dpt la apa yg diimpikan tu ! ;)

    BalasPadam
  15. gud luck.dah klik mana yg mampu >_<

    BalasPadam
  16. all the best, Hans! may you get what you wish for; the iPad 2! :)

    BalasPadam
  17. dah komen dah!!!
    Semoga berjaya bro..
    tapi kali ini buat pertama kali entri Hans memang betul2 formal/skema..kekkeke

    BalasPadam
  18. dah dapat, jgn lupa kwn2 yek. hehe!
    All the best! (>.<)

    BalasPadam
  19. salam..
    saya sokong agar anda mendapat
    ipad2 idaman di hati nih..
    semoga berjaya Bro :)

    BalasPadam
  20. kalo menang kita share sorang sikit....ehehehe

    BalasPadam
  21. oppa follow sini...follow oppa balik okey... nice sgt blog ni... blog yg superb! entry yg sgt cool...
    selamat berblogging.. Maju Jaye! hehehehe.. nice to meet you...

    BalasPadam
  22. oppa follow sini...follow oppa balik okey... nice sgt blog ni... blog yg superb! entry yg sgt cool...
    selamat berblogging.. Maju Jaye! hehehehe.. nice to meet you...

    BalasPadam
  23. Hans.. good luck for you too.. kalo dh dpt nanti kena blanje k..

    BalasPadam
  24. dah tlg mne yg patot..gud luck ;)

    BalasPadam
  25. salam tuan rumah....saya dah like, hope blh menang gadget to yer...

    BalasPadam
  26. dah comment n like.. tapi ada yang x dapt buat sebab kurang kefahaman... heheheh.. apapon gud luck yer hans...

    BalasPadam
  27. ok, sok saya akan komen dan klik apa yang patut..good luck..

    kalau sudi, meh tlun klik like, tweet & g+ di http://malaysia.topglobalsite.com/2012/02/notre-belle-histoire.html

    thanks..

    BalasPadam
  28. ok dah like dan comment^^

    BalasPadam
  29. Yang terbaik untuk kau Hans! Kalau berjaya kami tumpang gembira, kalau tak pun ok je asalkan dah usaha..

    BalasPadam
  30. Dah like n promote kat blog..hee~
    n baru jer follow~

    BalasPadam
  31. mampir disini membantu sahabat semoga bisa meraih gadget impiannya.

    BalasPadam
  32. singgah disini, buat sokong sahabat...semoga berjaya !

    BalasPadam
  33. Singgah sambil beri sokongan buat rakan seperjuangan.
    Good luck ye :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com