Selasa, 21 Februari 2012

Tukar Nama

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Tukar nama? Adakah entri kali ini berkisar tentang kata ganti nama? Sememangnya tidak kerana gua bukan guru bahasa. Hehehe! Sebenarnya gua teringin nak berkongsi perihal menukar nama sendiri kepada nama yang kita idamkan. Macam selalu bila korang tengok dekat televisyen dalam mana - mana drama Melayu kalau namanya Salmah di kampung maka di bandar pasti berubah kepada Sally. Kalau namanya Timah di kampung maka mungkin di bandar namanya berubah kepada Taylor Swift. Siapa tahu bukan?


Sally Ker Salleh?


Mesti ada yang kata dekat gua,"Hek eleh lu nih bro! Lu pun nama nak Hans bagai! Macam lah lu mat salleh!" dan gua cuma mampu jawab,"Gua buang huruf I jer beb! Gua tak tambah mana - mana huruf konsonan atau vokal pun!" Hahaha! Sebenarnya gua tetap juga menggunakan nama gua yang sebenar. Terciptanya nama gelaran Hans nih pun sebab gua nak membezakan nama gua dengan tiga orang lagi nama gadis dalam kelas gua masa sekolah dulu dimana nama kami berempat lebih kurang sama dan ia melekat sampai sekarang bagi sesiapa yang memang kenal gua sebagai Hans.


Anak Buah Gua Kalau Tengok Lukisan Gua Nih Mahu Nangis Dibuatnya!


Bagi gua kadang - kadang masyarakat di Malaysia nih terlalu meletakkan sesuatu pada perkara yang sepatutnya tak perlu dijadikan pertikaian pun. Kadang - kadang ada juga yang berasa pelik bila di pangkal nama seseorang lelaki ada perkataan Nur kerana bagi mereka perkataan Nur itu seolah - olah hak milik mutlak untuk wanita sahaja. Tidak kira lagi beberapa nama seperti Ezani, Iman dan sebagainya yang turut menjadi topik perdebatan adakah itu nama untuk lelaki atau wanita.


Berani


Hanis bermaksud berani. Nama Hanis terdapat di dalam buku senarai nama bayi - bayi di bahagian bayi lelaki manakala untuk perempuan pula cuma ada Hanisah. Itu adalah fakta dan itu juga merupakan jawapan gua sewaktu di sekolah dahulu dan ada ketikanya sekarang. Tetapi, gua tidak pernah pula mempertikaikan nama gadis - gadis yang bernama Hanis kerana bagi gua tak salah pun. Memang tak ada sebarang kesalahan! Itu ialah nama pilihan ibu bapa masing - masing. Pernahkah anda mendengar ada mana - mana bayi di dunia ini yang apabila keluar sahaja melihat dunia luar maka terus berkata - kata seperti di bawah ini :-


"Mak! Abang nak mak letak nama abang Lionel Messi Ronaldo!"

"Ayah! Akak nak ayah letak nama akak Permaisuri Rania Diana!"

"Ibu! Adik nak ibu letak nama adik Brad Pitt!"


Jadi, bila kadang - kadang diajukan persoalan seperti,"Kenapa nama kau Hanis?" maka apa jawapan yang selayaknya? Mungkin kerana maksud Hanis itu berani maka gua pun pernah juga dengan beraninya membalas pertanyaan itu dengan jawapan,"Tanyalah mak ayah aku! Tanya aku buat apa! Hahaha!" Mungkin di zaman kanak - kanak ada sedikit perasaan rendah diri dan pernah sekali dua menyoal mak ayah sendiri kenapa dalam banyak - banyak nama tetapi nama Hanis itu yang dipilih tetapi percaya lah sebenarnya apa - apapun nama kita asalkan jika ia membawa maksud yang baik maka jangan lah malu dan bangga lah dengan nama yang telah ibu bapa kita pilih untuk kita.


Hanis Kamal - Pelakon


Waktu gua tahu ada pelakon lelaki nama lebih kurang macam gua maka sedikit sebanyak menaikkan tahap keyakinan gua waktu muda - muda dulu. Sekarang memang ramai lelaki nama Hanis namun persoalan yang sama iaitu "Kenapa nama kamu/awak/kau/hang/you Hanis?" sentiasa juga berkumandang dari mulut - mulut manusia di luar sana. Susah untuk mengubah pemikiran atau pemandangan seseorang tetapi jangan disebabkan perkara tersebut kita pula tunduk pada pertanyaan yang seperti menghukum tersebut. Alhamdulillah gua rasa bersyukur sangat sebab dengan nama Hanis yang gua sentiasa bawa selama 19 tahun(Sentiasa 19 Tahun! Hahaha!) ini memang memberi banyak kelebihan. Syukur sangat - sangat! Jadi, kepada di luar sana sama ada anda lelaki mahu pun wanita dan jika nama anda terlalu unik pada pandangan orang lain dan mungkin suatu ketika pernah diejek atau dihina maka jangan sesekali anda tunduk pada tindakan - tindakan tak bertamadun tersebut. Bangun lah dan buktikan bahawa anda sebenarnya istimewa bukan sahaja dari segi nama tetapi juga dari segala sudut iaitu ilmu,  pemikiran, tindakan dan emosi. Jangan sesekali terfikir untuk menukar nama anda. Sekian!


P/S : Hargailah Nama Anda Dan Orang - Orang Sekeliling Anda! (^_^)Y


27 ulasan:

  1. hahahaha.. dl ad gak tpikir apsal la xletak nm camni2 kn..

    then i realize.. my name cant be replace...heee..

    BalasPadam
  2. Hihihi.. RelaX R.
    Nama kita pn Haniz...
    Pernah ada sorang staf ni suh tuka nama.. for y? 23 tahun da aku dengan nama ni.. tak jadi masalah.. Be proud of yourself bro!! BTW.. untung ko sama ngn pempuan.. aku satu class ada kawan lelaki gak nama die hanis.. so yg beza nyer...
    AKU HENSEM!! HAAGGAGA

    p/s : nama tu tak le buruk pon.. ada makna yg elokkn..

    BalasPadam
  3. chillek bro..
    senior aku pon ade name hanis jugak.. lelaki.. huhu

    alah, pompuan pun banyak name cam laki ape.. aiman la, syakirin la..

    berbangge lah ngan name sendiri..

    BalasPadam
  4. ada member aku laki nama Hanis gak...tak perlu malu bro..

    p/s-dh jadi android background ko..

    BalasPadam
  5. Apa yang hans tulis nie memang betul...

    P/s: Ramai yang tak percaya dengan nama saya...so, tunjuk IC baru percaya..hehe

    BalasPadam
  6. amboih comey hearer.hehe.eyh si hanis kamal tu xde fb ke?minat dia kot.dr dia start berlakon ag.haha

    BalasPadam
  7. Mak ayah ekau, letak nama ekau, sebab mkna nya elok..

    kadang2 zaman kanak2 kita selalu di ejek..cm den la..selalu gak kena ejek..bila dah besar ni, rasa bgga lak..nak2 pula nama selalu kuar tb..hihihi

    apa2pun abaikan je yg tanya2 tu..

    BalasPadam
  8. Zulhilmi : yups..bagus if u realize about this thing..hehe

    Blog Tip Kurus : Yer saya :-)

    Haniz : eh..gua memang relaks pun...saja jer gua update entri nih sebab dapat idea waktu chat dekat facebook semalam

    Ked : yups...harus bangga dengan nama kita

    Faiz : eh,mana ada malu bro...kan aku dah taip situ aku bangga dengan nama aku...adess

    Sandra : ar ar..ada juga baca pasal bro tulis about ur name ari tu..hehehe

    Koman Spanar : terima kasih :-)

    Maisarah : ko minat lakonan dia sejak bila? aku tahu2 masa dia berlakon budak2 lagi aku dah suka dah sebab nama dia sama dengan aku...haha..ada fb...Hanis Kamal Bakar..pergi la add dia

    Cik Nur : hahaha..tak kisah sangat dah bab tanya2 tu cuma bila kita jawab diorang masih pertikai tu adakala mahu jer nak hempuk kepala diorang dekat dinding...keh3

    BalasPadam
  9. x kisah nama apa pun janji maksud nya baik

    BalasPadam
  10. abg hanis..nama saya faqar. orang pggil saya biler men futsal qarr..nme tu da lekat da..nmpk mcm famous plak>WAKAKKA

    BalasPadam
  11. lahh....mati2 dari dulu guwa ingat nama lu Hans Isaac

    rupanya hanis...comel gila..maksud pun indah2 belakoooo..time dkt akhirat nanti dipanggil pun menggunakan maksud namanya sahaja....hoho...syukur2 mak apak bagi nama indah2 ...

    start dari skg ..panggil guwa "haruman kasturi" seriyes...mmg itu maksudnya....walaupun bau guwa ni sama seperti haruman kari ....

    wakakakaka

    nice bro..
    awesome entry is awesomeeeehhhh

    BalasPadam
  12. minat dr dia budak2 ag.rasanya ada sorang pelakon yg budak tu adik dia kot.muka sepesen.haha.

    choi!!aritu punya la aku taip nama penuh dia, nama singkatan suma xjumpa.kali ni sekali tekan je dh jmpa.aihh hampeh betul.haha

    BalasPadam
  13. Phat : betul tu bro :-)

    Qarr : hahaha...tak apa adik Qarr..abang Hans faham..nama kita memang glamor..hehe

    Nyamuk : Hi nyamuk..erk? nyamuk?

    Wanabee : eh,betul la tu..nama samaran gua waktu berlakon..lu tak tahu ke skrg gua couple dengan Loofa? hahaha

    Maisarah : ar ar..adik dia la tu..tak silap ada dua orang..muka lebih kurang je tiga2..hehehe

    BalasPadam
  14. untung betul ada adik beradik muka sepesen nih.haha

    BalasPadam
  15. siswi igt hans hanis tuh name hans dgn awek..huu.. siap ckp sorg2 lagi.. untungla dpt awek name same..hoho.. ampun!! xtau pun name hans sbenarnya hanis..heee..

    #mase sekolah dulu.. kerani salah letak jantina kt nama siswi gara2 ade AKMAL kt belakang..padahal kt depan tuh elok je nur dgn name pompuan..haihhh.. stahun siswi dianggap lelaki..haihhh.. org dpt akak angkat..siswi dpt abg angkat..haha..tp untung jgk!!haha ^^

    BalasPadam
  16. kan bagus kalau nama aku lisa surihani. ahaha.

    BalasPadam
  17. comel pe nama hanis tu...
    ha'ah,kdg2 aku tak fhm gak nape org suke sgt tukar nama...kalo bunyinye dekat takpe gak,tapi jauh bebenor larinye kdg2...
    aku tpp suke nama aku wpon bersepah org nama sama cm aku...mksdnye pon da baek...:)

    BalasPadam
  18. hahha teringat kisah kat hot fm. nama dia teruk giler sampai dia malu. dah besar dia tukar nama ngan nama bapak2 dia sekali dia tuka. hahah

    BalasPadam
  19. hehe klu tuka ejaan nama? huhu aku tukar ejaan nama aku.. sebab apa? lebih senang nak search aku di google.. kalau taip syazwan, bayangkn ada brapa ribu orng nama syazwan klu kita search? huhu sbb tu aku tuka ejaan saiazuan.. but cara pronounce still sama ;)

    i love my name

    eh template baru ek bro?

    BalasPadam
  20. sebut tentang tukar name ni~

    ade jer yang kalau name die mksd xelok mmg kene tukar sebab dah xelk kan..hee~

    lg satu orang selalu jer panggil joyah dengan name jo..kan kan kan~ahaks~glemer gitu~

    BalasPadam
  21. be proud of our name..hoyeahhh~ hehe
    unik ape name hans = HANIS / HANIZ..


    guwa pon minat tgk haniz kamal tu blakon dr die kecik2 dulu..aah la guwa pon prasan gak ade srg bdk pmpuan tu muke mcm haniz kamal nih.. adik die kot ea =P









    luv,
    cik ana

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com